Persoalan ni CA terima dari salah sorang kenalan CA yang berminat nak jadi tutorasbab selalu tengok Whatsapp status CA katanya. Tergoda juga nak mengajar student 😀  Kau tak tau struggle di sebalik semua tu. Tapi, jangan risau sebab struggle ni menyeronokkan walaupun awalnya CA memang sedikit malu nak mengaku yang CA kerja mengajar. Tapi, sekarang CA seronok dan happy nak bagitahu yang CA freelance tutor dan full time tutorpreneur 🙂

Kenalan CA tanya “Kalau jadi tutor ni, apa benda yang kita boleh buat dan tak boleh buat?”

 

 

 

Sebenarnya, ada banyak dan kadang-kadang tak perlu pun CA ulas, korang boleh fikir guna logik akal perkara yang akan buat kita ada masalah etika pada agensi atau pusat tuisyen dan juga masalah etika yang membuatkan client kita hilang kepercayaan pada kita sebagai tutor anak diorang.

 

Kali ni CA kongsi dulu apa :

10 Perkara Perlu Elak sebagai Tutor Baru

 

1. Kerap datang lewat / Kerap batal kelas tanpa notis

  • CA tak nafikan isu ni sebabnya kadang-kadang CA pun lewat juga. Kalau lewat 1-5 minit itu normal. Sebab sometimes CA ada kelas lain sebelum ke kelas yang lain. Dan ianya fizikal. Sebab tu tahun 2019 ni alhamdulillah dapat job bolehlah tahan banyak juga dari tahun lepas dan mudah nak deal jadual. Siap request satukan dalam sehari kelas Ting 4 dan 5 pun diorang okay, sebabnya jadual CA pack.
  • Kalau diorang tak follow, diorang kena cari cikgu lain sebab jadual CA yang lain, dorang dah booking awal-awal dari last year. Alhamdulillah baik-baik tahun ni 🙂
  • Kesimpulannya, sekali dua boleh. Seminit dua lewat boleh. Kalau kerap kali, possibility tinggi untuk diorang cari cikgu baru sangat tinggi.

 

2. Mengajar sambil lewa / Mengajar tak ikut silibus sesuai

  • Sebagai tutor yang bukan cikgu sekolah, please spend your time untuk study sikit pasal syllabus sekolah. Study kertas peperiksaan sekolah dan soalan peperiksaan sebenar dan dapatkan clear view tentang syllabus sekolah yang terkini. Sebab sekolah banyak perubahan yang jauh berbeza dengan zaman kita sekolah dulu.

3. Bermain gajet semasa mengajar

  • To be honest, CA sangatlah jarang pegang smartphone masa mengajar. Even masa student buat latihan. Sebab masa diorang buat latihanlah kita kena guide dan bantu diorang sehabis baik bagi memahami topik yang baru diajar. So elakkan selalu berkepit dengan smartphone korang. 2 jam je pun takkan lah tak boleh berenggang sikit.

4. Tarik diri / Pindah tanpa notis / dengan notis secara serta-merta

  • Tersangatlah tak bagus. Jangan ambil job kerana nak cuba-cuba tau. Kita kena fikir, sekali kita ambil job tu, agen tuisyen tak ada cari dah tutor lain. So diorang stick dengan kita je.
  • What happen kalau kita tarik diri secara tiba-tiba tanpa notis. Kalau dengan notis pun tapi still berhenti secara tiba-tiba. Kau expect apa? Agen boleh cari tutor pengganti dalam masa terdekat? Yee, CA tahu kita ada masalah tapi cuba kita letak diri kita kat tempat orang sekian-sekian. So, please be considerate dengan masalah orang sekeliling juga ya 🙂

5. Kerap mengubah jadual

  • CA tak deny hal ni. Hal ni cuma banyak jadi masa awal-awal mengajar je dan ianya home tuition. Awalnya kita dah selesa dengan hari dan time sekian-sekian, sekali client tak available on the next class.
  • Okay, tukar lagi sampai fixed. Sebab kita kena cari masa yang match antara masa kita dengan student. Ianya bukan isu favourite pun, sebabnya dalam 10 clients mungkin 1 je yang macam ni. Bukan apa, pening kat agen je nak kira claim nanti. Kalau direct ke client, it shouldn’t be an issue.

6. Berkata & Berpakaian kurang sopan

  • First impression. Tunjukkanlah keperibadian yang baik-baik. Awak tu nak mengajar anak dia, awak rasa makpak dia nak ke benarkan awak yang berbahasa agak sombong, tak yakin dan tak berpakaian sopan untuk ajar anak dia?
  • Sebab pelajar belajar dari sekeliling dia tau. So, tunjukkan lah yang baik-baik. Kalau pun bukan peribadi kita, paksa diri jadi yang baik-baik. Inshaa Allah, lama-lama ikhlas tu datang dalam menjadi orang yang baik-baik 🙂

7. Tidak mengganti tuisyen yang batal

  • Tuisyen yang kita tak dapat buat kelas perlu diganti dan ditunda pada tarikh yang akan datang. Unless untuk home tuition kalau parents sendiri request tak perlu ganti, tak payah lah kau sibuk-sibuk nak ganti jugak haha. Biasa CA ganti nak dekat-dekat dengan exam atau panjangkan waktu kelas.
  • Contoh, skip 1 kelas yang bersesi 1.5jam. Biasa kelas 1.5 jam, so untuk 3 kelas CA ganti 2jam x 3 sesi kelas. So, selesai ganti 1 kelas yang CA skip tu.

8. Kurang komunikasi dgn ibubapa

  • Ni penting sebenarnya. Sebab kita ajar anak dia, tugas kita untuk sampaikan pada orang tua pelajar kita tu penilaian anak dia, macamana anak dia belajar, rajin buat homework tak dan lain-lain. Yang pasti, report je segalanya pada ibu bapa.
  • Kadang-kadang CA suka remind parents untuk remind anak dia homework yang CA tinggalkan. Itu dulu. Tapi sekarang CA tak tinggalkan homework dah sebab student selalu tak siap. So, terus discuss dalam kelas siap-siap.

9. Guna teknik pengajaran membosankan

  • Kita cuba pelbagaikan kaedah mengajar. Mana nak tengok? Tengok kat Youtube dan boleh juga tanya pendapat kawan-kawan tutor korang. Bertukar-tukar pengalaman dan pendapat, inshaa Allah banyak input yang korang akan dapat bila saling berkongsi pandangan masing-masing tanpa rasa kedekut mahupun iri hati dengan rezeki orang lain 🙂

10. Berunding rahsia dengan ibubapa / Mengambil bayaran terus daripada ibubapa

  • Honestly isu ini pernah terjadi pada CA. Tapi, bukan CA yang propose seriously. Sebabnya bagi CA, dari mana CA dapat job tu, kita perform sebaiknya untuk agen atau pusat tuisyen tersebut bagi pihak diorang. Itu prinsip CA. Yelah, kita takkan nak cantas rezeki orang. Kalau kita sendiri nak ke orang cantas rezeki kita? Kalau betul terjadi itu maknanya bukan rezeki kita lah tu okay 🙂

 

Macamana? Lengkap tak perkongsian kalini?

 

Ada lagi tak yang korang nak CA cover atau kongsikan? Boleh lah komen dekat komen di bawah? Jom share pengalaman korang 🙂

No responses yet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *