Student Akin tahun 2019 merupakan jumlah student yang paling ramai setakat ini. Alhamdulillah. Tahun 2019 adalah tahun untuk betul-betul fokus untuk bantu student yang lemah Prinsip Akaun.
 
But, now! I’m a happy kids. Kalau dulu this student tak suka subjek leceh ni. But, now. You’re doing great!
 
You can help him to change mind set. “I’m going to be an auditor one fine day!”
 

BAGAIMANA PERMULAANNYA?

Kakak nya yang jumpa Akin di Instagram @CikguAkinAkaun 🙂
 
Akin suka tanya detail terus sebab takda masa nak basa-basi memang tak cukup masa :’) Student form berapa, perangai macamana, apa dia suka, apa dia tak suka, rajin belajar ke tak, result form 4 berapa (First analysis), result exam latest berapa, subjek apa lagi student ambil etc.  Last year memang 7 hari kerja. Non-stop. This year baru slow down. Penat sebab kena travel jauh je. Sakit badan driving hehe.
 
Macam cerewet kan nampak? Tapi, itu cara masing-masing. I’m doing my part. You’re doing yours. Akin ada cara sendiri nak analisis student tu. So, that we can blend our ‘commitment’ together. I’m not a teacher. Akin tak ambil kerja cikgu sekolah. Kita tutor.
 
Kita fokus pada kekuatan dan touch up kelemahan student. Bukan ajar semata-mata untuk habiskan silibus..
 
Usually.. Kita jadi kawan baik, cikgu nak ajar mudah. Student nak kongsi masalah dalam pelajaran pun mudah. Kita buat kerja kita.. Perangai dia ni pun senang nak mix and match, perangai acah-acah macho adus!
 

MASALAH YANG DIHADAPI STUDENT?

Masalah student ni adalah Form 4 dari awal tahun fail. Sampai akhir tahun fail. Fail dia guys bukan besye-besye guys..! Dia pernah cakap, dia fail yang tahap tepuk dahi. Tak silap Akin paling worst dia cakap, 2% je dia dapat. 5%, 10%. Paling tinggi 36%. Sampai cikgu sekolah pun tepuk dahi oii! Katanya subjek ini susah untuk dia faham konsep asasnya.

Buat latihan pun selalu salah dan tak sama seperti skema jawapan. Parent dan kakak dia dah tahap penat dan tak tahu nak buat apa dah.

Kalau kita duduk tempat dia, kita fedup kan?

Nak drop? Haha, of course!
Drop tu for sure ramai akan rasa macam tu.

[BACA : Tips Apa Nak Buat Bila dekat Dekat Nak Exam?]

 

APA PERLU BANTU?

Bulan Julai. 1 Julai 2019 (Tengok message di IG balik hehe). Masa tu baru je naik raya. Kelas bermula as usual. Student yang sorang ni mudah diajar. Nak tahu apa RAHSIA MUDAH HADAM ILMU?

Rahsia diaa …. HORMATI DAN SANTUNI GURU.

Dah faham konsep. Kena rajin buat latihan yang Akin bagi sebab Akin tahu level each student ni.. Kita nak sampaikan ilmu, tak boleh pukul sama rata. Sampaikan ilmu ikut tahap masing-masing, slowly but steady. Sampai masanya, dia dah level ajar classmates pula. A Big Applause for student!

Perasaan dia lain bila student kita sampaikan ilmu pada student lain. Dah level ganti cikgu dah la kan hehe. Laagi seronok, TRIAL SPM dah mula perform!

Can u imagine? You tak pernah rasa D pun subject ni tau hehe. Terus lompat C.


Lagi best bila dia tak merasa langsung nak dapat B dalam subjek yang dia ingat ‘susah gila’ ni.. Dah la tak rasa B, C pun rasa kejap je.Tengok-tengok SPM sebenar terus merasa A- selama-lamanya.The Point here is :
– Kalau you rasa penat, rehat sekejap. Jangan berhenti!
– Kalau rasa tak larat, take a nap. Mula semula. Bukan DROP!
– Tak faham, rajin tanya dengan cikgu. Bukan senyap.Sekian coretan Akin saat PKP,
02/06/20
Selasa

 

No Response Yet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Apa Kata Adik Husna?
Apa Kata Adik Aminah?
Apakah The Baesic Kit?
YOUR INTEREST
ARCHIVES