“You Menuntut Ilmu Tapi Adab Zero!” | Saya tak menyentuh mana-mana pihak, lebih kepada berkongsi apa yang saya rasakan dan semoga kalian dapat manfaatkan. Cuma sekadar ingin keluarkan idea yang berada dalam fikiran. Tuan Faizul pernah berkata idea tidak bertahan lama. 5 minit macam tu je, lepas itu idea akan hilang.
Kenyataan di atas terlintas saat saya sedang menyediakan jadual kelas Funtastic Prinsip Akaun untuk bulan May 2020 ni. Bukan mudah sebenarnya menjadi seorang pendidik tapi tak mudah juga menjadi seorang yang bergelar pelajar. Saya pun pernah merasa menjadi seorang pelajar, dari zaman sekolah hingga zaman universiti.
Perbezaan pelajar masa zaman sekolah dulu dengan pelajar zaman universiti adalah, kita lebih belajar tentang respect semakin kita menginjak dewasa. Setuju?
Tapi, naluri pendidik ni guys. Hati pendidik ni lembut. Kita cuma inginkan anak-anak bangsa berjaya walaupun dengan cara mereka yang tersendiri. Hanya saja kita sebagai pelajar ini yang suka mengambil kesempatan. Buat perkara yang guru kita tak suka.
Bila selalu rasa down dengan perangai pelajar yang bermacam ragam, I’ll take some time. And back to Allah. Hati manusia Dia yang bolak balikkan. Lepas tu, cakap dengan diri sendiri. “Kau serahkan semuanya pada Dia. Ini urusan Dia. Allah Wa Waduud.”
Sini saya kongsikan apa perkara penting perlu kita jaga untuk kita mendekati cemerlang. Alhamdulillah, bila kita jaga hubungan dengan Allah. Ibu bapa dan guru-guru. Inshaa Allah Allah pasti akan bantu mudahkan urusan kita.
3 Adab Dalam Menuntut Ilmu
1. Sentiasa jaga lisan bila berhadapan dengan mereka
- Menjaga lisan tu sebenarnya perlu walau di depan siapa pun. Jangankan pada guru je, pada orang tua kita lagilah perlu jaga lisan dan jaga hati mereka. Ibu bapa adalah keramat hidup utama kita. Hormati mereka, berbaktilah sebaiknya pada mereka. Ingat, keberkatan hidup kita bermula dari mereka.
2. Buat apa yang mereka minta
- Diminta untuk siapkan assignmnet. Buatlah. Attend class. Attend lah. Siapkan homework. Siapkanlah. Semua benda ni untuk siapa kalau bukan untuk diri pelajar tu juga? Kalau guru boleh korbankan masa bersama family dan masa untuk diri sendiri semata-mata nak siapkan all the preparation untuk their students, why not students pun sacrifice masa dan tenaga untuk settle down semua yang diminta oleh guru?
3. Jaga hubungan baik
- Quite relate dengan point 1. Jaga lisan equals to jaga hubungan baik antara kita dengan para guru. Apa yang mereka ucapkan, dibalas baik. Apa yang mereka usulkan, diterima baik dan berbincang dengan berhemah. Tak perlu meninggikan suara dengan mereka. Jangan bila perlu je baru nak buat baik.
Inshaa Allah. Saya akan cuba beri yang terbaik untuk anak-anak yang memerlukan ilmu. Ilmu ini Allah punya. Jadi, tanggungjawab kita sebagai pendidik adalah untuk kita sampaikan pada orang lain.
Sekian,
Salam Sayang,
Cikgu Akin
#TegurSebabSayang
One Comment
[…] ni baru 5 student yg PM dapat Dip Accounting. Kalini semua dapat di Uni Terbaik untuk course Accounting. Di Universiti Malaya. Dahlah sekolah sama-sama di SMK Subang Bestari, universiti pun nak sama. […]