HELLO! I'M CIKGU AKIN👋🏼
Salam semua. Saya Cikgu Akin. Graduan Bachelor of Accountancy (Hons.) di UiTM Shah Alam dan Diploma in Accountancy di UiTM Machang.
Mula serius dalam bidang pendidikan pada tahun 2015 ketika bekerja sepenuh masa sebagai Akaun Eksekutif dan sebagai pelajar Degree secara part time.
Pengalaman paling saya ingat dalam tutoring adalah apabila di-reject oleh 10 buah pusat tuisyen kerana tiada pengalaman mengajar. Alhamdulillah, setelah yakin untuk menamatkan perkhidmatan sebagai Accountant Assistant, saya dilamar menjadi salah seorang Speaker Online Funtastic Prinsip Akaun bersama CMN Academy pada 2020.
Kini, setelah mencuba pelbagai teknik mengajar untuk disesuaikan dengan kepelbagaian tahap pelajar (lemah hingga pandai), saya jumpa formula yang dapat diaplikasikan untuk bantu pelajar lemah (G) hingga akhirnya cemerlang dan ada beberapa yang dapat menyambung pelajaran di Amerika, ambil ACCA dan lain-lain.
🩷 Merupakan Pengurus CMN Academy Petaling Jaya yang menawarkan ‘Online-based Learning’ dan ‘Home-based Learning’ di seluruh Malaysia.
💛 Merupakan Penulis Edublog dan biasa menulis perkongsian tentang Tip, Panduan, Checklist dan Content pembelajaran Akaun Teknik Visual di platform cikguakin.com.
🩷 Merupakan Certified Legend Trainer CMN Academy. Doakan ya, salah satu impian saya dalam bidang education adalah teruskan berkongsi untuk manfaat semua.
💛 Pengasas Modul Akaun Visual dengan mencipta Lebih 15 Jenis Kit Inovasi Akaun Tingkatan 4 dan 5, Game Kit, Nota PAV (Penyata Akaun Visual), Buku Kerja Akaun Visual, Online Courses Prinsip Akaun Tingkatan 4 & 5 dan Inshaa Allah lebih banyak akan menyusul. Doakan ya.
🩷 Speaker Utama Bengkel Akaun Visual - Bengkel Akaun di sekolah kerajaan dan swasta (Kolej Yayasan Saad Melaka) dengan Keunikan Aktiviti Visual dan Bahan Kit Inovasi sebagai Content Utama.
💛 Speaker Prinsip Akaun di Platform TikTok SPMFlix & FrogAsia Sesi 2023/2024.
🩷 Merupakan Design Trainer / Module Developer di CMN Digylearn untuk Program Pembinaan Modul bersama Pendidik Sekolah, Kolej dan Universiti di Malaysia.
PRINSIP