3 Tip Pro Akaun Untuk Beginner

3 Tip Pro Akaun Untuk Beginner

Hello Everyone!

Assalamualaikum.

Adakah korang antara student yang baru dalam subjek Akaun?

Adakah korang masih belum dapat adapt dengan subjek baru yang rare ni?

Adakah korang juga antara yang rasa subjek Akaun ni susah?

 

Haa, harini Cikgu nak share 3 Tips yang Student Form 4 boleh apply dalam subjek Prinsip Akaun. Moga tips kalini boleh guide korang nak focus Pro Akaun ni. Inshaa Allah.. Apa-apa pun yang penting, usaha. Ini antara checklist lah yang boleh student cuba master dulu sebelum go to the next topic yang makin advance.

 

 

Ikut pandangan Cikgu Akin, sebenarnya semua pelajar boleh skor Prinsip Akaun asalkan you jumpa dengan the right mentor untuk guide you guys faham konsep asas dalam akaun ni. Ramai je sebenarnya cikgu-cikgu Akaun yang hebat dalam Malaysia ni, you cuma kena pandai cari dan gunakan.

 

Even cikgu sekolah masing-masing pun hebat, sebab tu boleh jadi cikgu sekolah, betul kan? So, inilah masanya you nak gunakan cikgu-cikgu kat sekolah tu. Tanya je sampai betul2 faham apa yang bermain di minda tu 🙂

 

3 TIP PRO AKAUN UNTUK BEGINNER

1.  MASTER PERSAMAAN AKAUN

  • Ini adalah topik 2 Tingkatan 4 iaitu Persamaan Akaun. Dan topik ini adalah topik paling asas yang pelajar kena skor dan faham item bagi kategori-kategori akaun yang ada seperti belanja, aset, liabiliti, ekuiti pemilik dan hasil. Pelajar kena tahu apa ciri-ciri bagi setiap kategori akaun. Cikgu ada terangkan detail tentang asas akaun secara detail dalam Ebook Santai Belajar Akaun Dengan Aktiviti beserta dengan nota infografik dan video penerangan lengkap.

2.  FAHAM DEBIT DAN KREDIT

  • Bila pelajar dah mula faham jenis-jenis akaun, kategori akaun, pelajar dah mula faham yang mana satu duduk debit dan mana satu duduk kredit. Jika bertambah di bahagian mana, jika berkurang di bahagian mana.
  • Jika kamu berfikir bahawa DEBIT adalah MASUK dan KREDIT adalah KELUAR, kamu silap.
  • Jika kamu berfikir belanja (B) dan aset (A) => DEBIT adalah KIRI, KREDIT adalah KANAN. Liabiliti (L), Ekuiti Pemilik (EP) dan Hasil (H) => DEBIT adalah KANAN, KREDIT adalah KIRI, kamu masih silap.
  • Jika kamu fikir, B dan A => BERTAMBAH di DEBIT, BERKURANG di KREDIT. Manakala, L, EP dan H => BERTAMBAH di KREDIT, BERKURANG di DEBIT. Kamu tepat! Tahniah!
  • Masih tak faham? Cari guru, betulkan kefahaman itu. Atau boleh dapatkan Ebook Prinsip Akaun Asas dari Cikgu.

3.  FAHAM PELARASAN PENYATA KEWANGAN

  • Tip Nak Pro Akaun yang ini sangat penting untuk pelajar faham dan skor. At least Skor B inshaa Allah. Ini kerana kebanyakan topik advance Tingkatan 5, basicnya adalah datang daripada topik 8 Tingkatan 4. Pelajar kena tahu treatment untuk kesemua pelarasan yang biasa kita akan jumpa. Contohnya, hutang, susutnilai, pelupusan dan akaun nominal.
  • Settle part ni, inshaa Allah memang boleh go. Trust yourself!

 

Dapat sesuatu?

Jemput kongsikan sekiranya bermanfaat. Cikgu Akin akan buat Bengkel Akaun dalam wakttu terdekat, ada yang berminat nak join? PM Cikgu Akin okay.

Telegram : Cikgu Akin Akaun & Pro Akaun Gaya Visual

Youtube Channel : Cikgu Akin Akaun

Facebook : Cikgu Akin Akaun

 

#CikguAkinAkaun
#FuntasticOnlineTuition
#ModulProAkaunGayaVisual
#CMNAcademyPetalingJaya
#BelajarAkaunMudahGayaVisual

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *