Bismillah.

Assalamualaikum. Selamat Datang kepada pengunjung baru blog cikguakin.com, yang mungkin terdiri daripada para ibu bapa, guru-guru, tutor dan pelajar. Terlebih dahulu, perkenalkan, nama diberi adalah Noor Asyikin dan lebih mesra dikenali sebagai Cikgu Akin.

 

Beliau merupakan seorang Speaker Online Beyond Expectation Student Tutoring (BEST) / Speaker Funtastic Online Tuition / Full Time Tutor / Personal Tutor / Online Tutor /  Tuition Center Tutor, Edublogger, Module Creator Subjek Prinsip Akaun dan Youtube Content Creator.

 

Beliau berpengalaman dalam bidang pembelajaran dan pengajaran subjek Prinsip Akaun dan Perniagaan sejak tahun 2015 dan banyak menerima tugasan mengajar di kawasan sekitar Selangor dan mengajar secara online bagi kawasan seluruh Malaysia.

 

LATAR BELAKANG PENDIDIKAN & KERJAYA

Merupakan lulusan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dengan Kepujian dari Universiti Teknologi MARA pada tahun 2018. Beliau juga merupakan salah seorang penerima Anugerah Naib Canselor (ANC) semasa pengajian Diploma Perakaunan dari Universiti Teknologi MARA pada tahun 2014.



Pada 2014, beliau memulakan kerjaya dalam bidanPerakaunan sebagai Kerani Akaun Percubaan selama 3 bulan sebelum ditawarkan jawatan sebagai Eksekutif Akaun di salah sebuah syarikat industri ‘oil and gas’ di Bangsar setelah dua minggu menamatkan pengajian Diploma di UiTM. Rezekinya untuk menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda dipermudahkan setelah diterima belajar secara separuh masa di UiTM dalam tahun yang sama.

 

Bekerja, belajar dan mengajar dalam satu masa memang mencabar, namun inilah passion yang beliau inginkan iaitu, mendidik. Mendidik diri dan anak bangsa. Pada 2015, beliau memulakan tugas pertama sebagai Tutor Prinsip Akaun di rumah dan pusat tuisyen secara Sambilan di Kota Damansara.

 

Tugas hakiki sebagai Eksekutif Akaun beralih ke Pembantu Akaun di Jabatan Bendahari di UiTM Sungai Buloh selama 3 bulan dan seterusnya sebagai Accountant Assistant di sebuah syarikat pembinaan swasta di Kota Damansara sehingga bulan Ogos 2018. Hal ini kerana, syarikat lama telah berpindah lokasi. Seterusnya, beliau meneruskan pembelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dalam mod bekerja sambil belajar (part time study) dan meneruskan pengajaran kepada para pelajar yang memerlukan perkhidmatannya.

 

Setelah yakin dengan rangkaian pelajar dan ibu bapa yang berpuas hati dengan perkhidmatan tutoringnya, beliau mengambil risiko dan peluang ini untuk lebih fokus dalam bidang pendidikan. Baginya, ilmu yang dipelajari bertahun-tahun ini bukan untuk beliau seorang tapi untuk dikongsi dan disebarkan untuk manfaat bersama.

 

Berpengalaman sebagai Speaker Online (KLIK SINI):
   > Seminar Beyond Expectation Tutoring Student (BEST) 2020 (Mei 2020)
   > Seminar BEST : Marathon Edition (Julai 2020)
   > Seminar BEST : Foundation Edition (Januari 2021)
   > Seminar Finale Prinsip Akaun SPM 2020 (6 & 7 Mac 2021)

 

(Jemput tonton Video di atas)

 

Sijil Pengiktirafan Untuk Program-Program Pendidikan

> Menyertai Simposium Tutor Profesional Malaysia 2019 dan 2020

> Sijil penglibatan dalam Legend Blueprint Mentorship Award 2021

> Menerima Sijil Certified Trainer 2021

> Penyertaan dalam Youtube Master Class anjuran Cocombee

Alhamdulillah, mempunyai 3 Modul, E-Book Santainya Belajar Akaun Dengan Aktiviti, 60 Minit Pro Akaun Visual, 7 Checklist EZI Formula Akaun dan 1 Modul terbaru dalam pembikinan, Misi Pro Akaun – Versi KOMIK sudah dibuka Pre Order!

modul prinsip akaunmodul prinsip akaun

modul prinsip akaun

 

 

 

 

 

 

 

PENDEKATAN “SANTAI JANJI SAMPAI”

Dengan menggunakan pendekatan Santai Janji Sampai dan menggunakan tagline #BelajarAkaunGayaVisual dan mengajar secara Fun Learning semasa kelas online, beliau percaya dengan memahami asas dan tahu aplikasi dalam kehidupan semasa, cara belajar yang lebih santai tapi sampai ini dapat membantu pelajar bukan hanya fokus untuk menjawab soalan peperiksaan tetapi, tahu untuk menjawab apa saja soalan berkaitan akaun walaupun tiada dalam soalan peperiksaan.

 

In shaa Allah, cara yang santai, Deep & Easy Learning dan Real Life Experience Teaching Based adalah lebih efektif dan mudah sampai pada student yang betul-betul mahu dibimbing untuk faham dari asas dan pasti mampu menjawab soalan yang diusulkan.

 

Beliau menggunakan pendekatan ini adalah berdasarkan pengalaman lampau, hampir 90% pelajar yang bertemu dengan beliau datang dengan background ‘Result rendah’, ‘Saya nak drop Akaun’, ‘Saya benci Akaun’, ‘Saya tak boleh go dengan Akaun’ dan ‘result yang kurang memberangsangkan dari 2% hingga 36% sepanjang 2 tahun exam hingga sebelum Percubaan SPM.

 

BACA ARTIKEL : INSPIRASI PELAJAR (Dari Result 2% mampu dapat A SPM 2019)

==========================================================

Beliau tak pernah menjanjikan A pada student dan client, cukup sekadar mendidik dan menjadikan pelajar memahami dan mengaplikasikan Akaun dalam kehidupan semasa dan menjadi ‘Master’ dalam subjek Prinsip Akaun. Tak perlu tunggu A+ baru cemerlang.

 

Cukup pelajar faham, mampu ‘present’ dan menjadi mentor kepada rakan-rakan dan retention ilmu lebih lama adalah lebih baik daripada Master A bila dekat exam, tetapi lupa selepas exam. Bagi beliau, pelajar yang mendapat result lemah bukan kurang pandai. Cuma belum jumpa button Turn On saja dalam subjek Akaun.
=========================================================

Ini antara contoh testimoni pelajar yang sangat perform dalam Prinsip Akaun.

 

>> INSPIRASI PELAJAR <<

Maka, sekarang beliau lebih tekad untuk membantu mendidik anak bangsa dan bersedia untuk mencurahkan ilmu dan pengalaman yang beliau ada hari ini untuk membantu anak bangsa berjaya dalam kehidupan mereka. In Shaa Allah.

Di sini beliau sertakan beberapa aktiviti, quiz lesson, game based learning semasa kelas Funtastic Prinsip Akaun (FOT) bersama Cikgu Akin.

 


 

 


 

KAWASAN PERMINTAAN PENGAJARAN

Kini, beliau telah melepaskan jawatan sebagai Accountant Assistant iaitu industri dalam bidang Akaun yang cukup beliau sayangi dengan satu niat untuk menjadikan anak-anak meminati Prinsip Akaun dengan potensi dalam diri sendiri. Beliau sudah mengajar hampir 100 pelajar sejak Tahun 2015 dan masih juga mengajar di beberapa buah pusat tuisyen di sekitar Kota Damansara, Subang Bestari, Sungai Buloh, Denai Alam, Bukit Jelutong dan Shah Alam.

 

Antaranya Pusat Tuisyen Berjaya (Kota Damansara), Imperial Tuition (Denai Alam) dan Pusat Tuisyen Terlajak Ilmu (PTTI) (Sungai Buloh) sejak tahun 2017. Dan kini, fokus beliau untuk reach dan bantu lebih ramai pelajar dalam kelas secara online bersama tutor-tutor terlatih yang lain.

 

GROW LEBIH BESAR

Alhamdulillah. Bermula Mac 2021, beliau sudah mula mengorak langkah lebih jauh di bawah CMN Academy Petaling Jaya dengan mempunyai team yang berpengalaman dan terlatih dalam mendidik pelajar. Kini, beliau berjuang bersama-sama 10 tutor yang terlatih akan mengajar subjek Prinsip Akaun dan tutor lain yang mengajar subjek teras dan elektif bagi tahap SPM.

 

Semoga, usaha ini dapat membantu lebih ramai pelajar di luar sana. Inshaa Allah 😊

 

AKTIF BERKONGSI SECARA LIVE & MELALUI VIDEO
 
TESTIMONI PELAJAR INSPIRASI

INGIN MENDAPATKAN KONSULTANSI PENDIDIKAN?

Home Tuition (Personal & Grouping)
Online Tuition (Personal & Grouping)
Funtastic Online Tuition (FOT)

E-Book Santainya Belajar Akaun Dengan Aktiviti
E-Learning 60 Minit Cabaran Pro Akaun Visual
[FREE] 7 Checklist EZI Formula Akaun
PRE-ORDER! Misi Pro Akaun Versi KOMIK!


===

Bagi beliau, KUALITI adalah lebih baik dari KUANTITI ❤️

Yakin dengan keputusan? Dah ready ke nak kena ‘ketuk’ dengan Cikgu Akin? 😉

 

Pendaftaran 2022 Dah Dibuka! Tuition Prinsip Akaun #FunLearning

Dapatkan E-BOOK ‘Santainya Belajar Akaun Gaya Visual’ Secara PERCUMA!
TERHAD 50 TERAWAL Sahaja!

DAFTAR SEKARANG UNTUK KELAS PERCUMA SFC!

#FuntasticOnlineTuition
#CikguAkinAkaun
#FunLearningPrinsipAkaun
#NakBelajarAsasPrinsipAkaun
#SantaiBelajarPrinsipAkaun