Dalam kebanyakan situasi, ramai pelajar rasa tak mampu nak teruskan belajar Elektif subjek Prinsip Akaun. Mungkin boleh jadi foundation yang kurang kukuh dan jadi penyebab kepada result kurang memberangsangkan. CA nak kongsikan 3 Input Bengkel Prinsip Akaun bersama Pelajar Tingkatan 4 Kolej Yayasan Saad, Melaka (KYS).
3 Input Ketika Bengkel Prinsip Akaun Bersama Pelajar Kolej Yayasan Saad (KYS)
Bengkel Akaun bersama KYS Pertama kali dijalankan pada 27 Mei 2023.
Lokasi : Kota Damansara
Semasa cuti sekolah Penggal 1 Tahun 2023.
Atas permintaan Puan Saleha. Ibu kepada salah seorang bekas pelajar CA sekitar 3-4 tahun lepas. Peluang untuk berkongsi ilmu dengan anak-anak secara berkala, antara impian 2023.
Permulaan tahun yang cukup menarik. Pelajar-pelajar Tingkatan 4 di sini memang datang dengan result kurang baik. Ada yang fail. Tapi, analisis dari performance ketika bengkel, memang boleh nampak ada harapan untuk improve dan cemerlang.
Dari segi cara menjawab, cara menerangkan dan cara berkongsi pendapat. Cukup luar biasa!
Ada 3 hal yang perlu dititikberatkan sebelum mula Bengkel Prinsip Akaun dengan pelajar :
1. CONTENT | BENGKEL PRINSIP AKAUN
Sebelum mula berkongsi, as speaker kita kena tahu dulu apa expectation pelajar dalam sesi bersama nanti. Bila melibatkan pelajar yang ramai, CA belajar bahawa dapatan dan penerimaan pelajar tak sama. Ada yang cepat dan lambat sedikit.
Jadi, jaga pace semasa proses penerangan. Supaya pelajar dapat sesuatu. Tidak terlalu laju dan tidak terlalu lambat. Just nice. Lebih baik pelajar dapat bawa balik something dari tak tahu apa benda yang nak dibawa balik.
2. MODUL & BAHAN
Alhamdulillah, setiap bengkel Prinsip Akaun CA dah allocate Kit dan bahan sesuai dengan tajuk dan aktiviti pengukuhan yang sesuai.
Dalam sesi bersama pelajar Akaun Tingkatan 4 KYS, CA gunakan bahan The Baesic Map (TBM) untuk membantu pelajar faham perbezaan setiap kategori akaun. CA happy sangat, diorang baru masuk 1st bengkel dengan CA terus dah faham dan boleh bezakan dan boleh explain semula bila buat group discussion.
Ketika Bengkel Bersama Pelajar Tingkatan 4 Kolej Yayasan Saad (KYS)
Untuk ibu ayah, kita bagi masa pada anak-anak untuk memahami sesuatu secara Deep Learning. Jangan terlalu push! Jangan memaksa. Bagi mereka peluang untuk belajar sesuatu hal dan ibu ayah hanya perlu monitor.
CA selalu juga dengar pelajar bercerita, ada ibu ayah yang selalu cakap “Kenapa susah sangat nak faham? Dulu kakak abang kau sebulan je dah boleh dapat result baik.”
Ibu ayah, anak-anak kita ada berbeza tahap IQ. Berbeza semua.
Jadi, kita raikan mereka bersama. Moga pelajar-pelajar ni lebih bersemangat untuk belajar untuk masa depan masing-masing. Bukan kerana terpaksa.
BACA : 10 Tips Tutor Baru Perkara Perlu Elak Oleh Tutor Baru
3. MOTIVASI | BENGKEL PRINSIP AKAUN
Dalam Bengkel haritu bersama diorang, CA perasan diorang rasa down sebab result Ujian 1 dah gagal. Heyy! People learn from mistakes. So, janganlah takut berbuat salah. Kita kan manusia. Tak sempurna 🙂 Jadi, jangan takut buat salah. Sebab kita akan belajar dan terus belajar.
Motivasi dan kata-kata semangat tersangatlah penting.
Semasa kelas Akaun ke, Tuisyen Akaun ke mahupun Bengkel Prinsip Akaun.
PENUTUP
Semoga pengalaman ni dapat menjadi diary dan reminder untuk bantu diri sendiri dan terus bersemangat untuk bantu orang lain. Moga bermanfaat untuk orang lain juga dalam persediaan membuat Bengkel Prinsip Akaun di sekolah atau di Pusat Tuisyen. Sekadar berkongsi untuk rujukan masa depan.
No Response Yet