3 Cabaran Dihadapi Oleh Pelajar Akaun | Menjadi seorang pelajar memang mempunyai cabarannya yang tersendiri. Cabaran dari segi pengurusan masa, emosi, fizikal dan mental dan banyak lagi. Kita merasa semakin meningkat tahap pelajaran kita, makin besar cabarannya. Memang tak dinafikan kebenaran fakta itu.

Tapi, sebenarnya cabaran itulah yang sebenarnya menguatkan diri kita untuk terus mengorak langkah lebih jauh dan terus menuntut ilmu πŸ’ͺπŸ˜€

Adakah awak pelajar perdagangan yang mengambil elektif Prinsip Akaun?
Selalu dapat Gred G, Gred E, Gred D dan lepas tu result susah sangat nak naik?

Adakah awak merupakan salah seorang pelajar seperti di atas?

Don’t worry guys. Saya (Kodis) dah pernah merasai apa yang kalian rasakan sebelum ni.. Nak tahu tak guys, ada 3 faktor yang mungkin boleh menjadi penyebab kepada gred result exam you guys tak naik-naik.

1. MASA

Mesti awak semua beranggapan masa yang diambil untuk menjawab satu soalan akaun dengan betul tu akan mengambil masa lebih kurang 2 hingga 3 jam kan? Lagi-lagi kalau keluar soalan Penyata Kedudukan Kewangan (PKK) tu fuhh fuh!

Only accounting student can relate πŸ˜‚ Nak seimbangkan akaun tu memang boleh siap bertapa tau. Pulak lagi tu, kalau dah lah tak dapat imbang, tiba-tiba pula maklumat tambahan jauh benar beza nilai keseimbangan tu. Memang betul-betul mencabar.

Kalau nak cari dekat mana kesilapan tu dari awal, adoi memang sampai pukul 3 pagi pun tak jumpa-jumpa.

Ended up, pergi sekolah semak jawapan baru muncul kesedaran tentang kesilapan seperti berikut :

Tak habiskan maklumat tambahan
Tak kira betul maklumat tambahan
Jalan kira betul tapi salah tekan di kalkulator pula
Salah kategori item, contohnya aset semasa letak di aset bukan semasa adududu

2. HAFAL FORMULA

Kalau cakap pasal hafal formula ni lagi lah pening kepala. Tapi, tak dinafikan most of the students beranggapan bahawa Prinsip Akaun ni kalau dapat ingat semua mak nenek formula je dah dapat kuasai subjek Prinsip Akaun ni.

Tapi, rupa-rupanya di sebalik ‘Mudah’ yang kita rasa tu, terdapat konsep yang kita kena strong dan Master kan dulu. Baru lah kefahaman tu padu! πŸ’₯

Tapi, kan.. Macamana pula kita nak faham topik-topik kecil ni kan? Okay, jom tonton video Cikgu Akin yang mengajar cara untuk ingat dan faham bab 1 form 5 prinsip perakaunan. Senang sangat nak faham!

Student Form 4 juga boleh tengok supaya dapat jadi Master subjek Akaun lebih awal dari kawan-kawan di sekolah heheπŸ˜†

 

3. UNDERSTANDING / KEFAHAMAN

Nak understand satu chapter tu kalau study seminggu pun belum tentu cukup tau. Sebulan pun belum tentu. Tapi, jangan pula kita bandingkan diri kita dengan kawan sebelah kita. Rasa jealous sebab member sebelah selalu lepak dengan kita di sekolah dan di luar sekolah. Selalu tengok member tu online. Bila waktunya dia belajar?

Adakah dia belajar waktu malam? Adakah dia bangun awal pukul 4 pagi dan belajar. Hem, banyak persoalan di minda kan… Rasa tercabar bila tengok member lain lebih terror dari kita. Haaa, inilah masanya kita nak memanfaatkan kawan-kawan kita yang bijak ni.

Jangan cemburu! Tapi, gunakan kawan2 kita ni untuk bantu kita dalam pelajaran 😘

Barulah boleh sama-sama berjaya. Tak gituuu? 😍

Jemput kongsikan jika bermanfaat πŸ˜‰

Credit : Kodiswaran
Alumni Pelajar Funtastic Online Tuition (FOT) Sesi 2020

#CMNAcademyPetalingJaya
#CMNAcademy
#tipsbelajar
#PrinsipAkaunSPM

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Apa Kata Adik Husna?
Apa Kata Adik Aminah?
Apakah The Baesic Kit?
YOUR INTEREST
ARCHIVES