Menjadi seorang student memang tak boleh lari daripada cabaran-cabaran dan isu-isu tersendiri lebih-lebih lagi di zaman pandemic yang melanda negara, kaedah pembelajaran secara fizikal telah serta merta ditukar kepada pengajaran dan pembelajaran secara online.

Belajar secara fizikal pun dah mencabar, apatah lagi belajar secara online, cabarannya pasti berkali-kali ganda. Betul tak? Awak semua mesti berdepan dengan bermacam-macam isu belajar secara online ni kan?

Sama mcm kawan kita kodis, kongsikan dalam perkongsian bersama cikgu Akin tentang isu-isu yang beliau lalui semasa PDPR

Nak tahu tak apa isu-isu yang kodis hadapi semasa belajar secara online ni dan bagaimana kodis tangani isu-isu tersebut? Mana tahu ada isu-isu yang sama macam awak semua lalui, boleh la aplikasikan cara yang kodis gunakan untuk tangani isu-isu belajar secara online. Ada 3 isu dan 3 solusi yang kodis kongsikan.

  1. MASA

Masa belajar secara fizikal dan belajar secara online ni memang berbeza dan bertukar hampir 360 darjah. Kalau dulu, awal pagi dah kena bangun untuk pergi ke sekolah dan belajar di sekolah. Sekarang sudah tidak boleh hadir ke sekolah, pasti ada yang tertinggal kelas sbb terlewat bangun tidur memandangkan kelas hanya dijalankan secara online dan dirumah saja.

Apa yang kodis kongsikan bagaimana beliau tangani isu ini, diri kita sendiri bertanggungjawab mengurus masa kita sendiri supaya kita idak tertinggal perkara penting. Kita perlu buat planning dan susun jadual supaya masa kita sentiasa teratur dan tidak terlalu banyak terbuang begitu sahaja.

 

  1. Kerja Sekolah

Awak semua pasti ada isu juga kan dengan kerja sekolah? Jika dulu kerja sekolah kita buat didalam buku dan hantar kepada cikgu untuk cikgu semak. Tapi sekarang kerja sekolah semua dibuat secara online dan tidak dinafikan kerja sekolah secara online ni lebih banyak. Vibes semasa buat kerja sekolah juga lain kerana kita baut kerja sekolah secara menaip, tidak lagi menulis.

Apa solusi yang kodis aplikasikan dalam menangani isu kerja sekolah ni? Haa. Solusi yang kodis aplikasikan adalah, buat kerja sekolah yang cikgu bagi didalam kertas supaya dapat semangat dan vibes yang sama mcm buat kerja sekolah di sekolah. Selain itu, kodis juga susun kerja sekolah yang perlu disiapkan dan buat satu persatu.

 

  1. Keadaan Belajar

Suasana belajar secara online ni memang berbeza. Kadang tu kelas online kat laptop, tapi kat tangan kita ada handphone. Akhirnya kita lebih sibuk layan handphone, main game dan sebagainya berbanding dengan focus di dalam kelas. Betul tak?

Haa macam mana nak selesaikan isu yang ni? Solution yang kodis aplikasikan adalah, simpan telefon bimbit di tempat lain yang jauh untuk dicapai dan jangan charge telefon bimbit sehingga bateri penuh. Dengan car aitu kodis lebih focus didalam kelas kerana tiada gangguan dari gadget-gadget lain.

Haa amacam? Sama tak isu-isu yang kodis lalui ni dgn awak semua lalui? Sebenarnya tak semua isu tu takde jalan penyelesaian. Semua cabaran dan isu ada jalan penyelesaian, tapi bergantung kepada diri kita sendiri sama ada nak selesaikan atau biar saja. Bak kata pepatah “hendak seribu daya, taknak seribu dalih”.

Kredit: Nisa Naimah

No Response Yet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Apa Kata Adik Husna?
Apa Kata Adik Aminah?
Apakah The Baesic Kit?
YOUR INTEREST
ARCHIVES