Setelah berhasil sebuah E-Book yang bertajuk ‘Santainya Belajar Akaun Dengan Aktiviti’. E-book tersebut menceritakan tentang panduan, langkah-langkah dan teknik yang membantu pelajar untuk memahami Prinsip Akaun.
Kalini saya bawakan sebuah lagi E-book Freebies untuk pelajar-pelajar yang merasakan seolah-olah hilang harapan dalam pembelajaran di saat pandemik ini.
Saya kongsikan ‘Bagaimana E-book ini Terhasil’?
E-book ini dihasilkan berdasarkan 66 kisah inspirasi dari pelajar-pelajar Cikgu Akin Akaun dan juga pelajar yang pernah berkongsi tentang pelbagai isu dan masalah yang dihadapi dalam kehidupan mereka. Kadang-kadang pelajar hanya perlukan tempat atau seseorang untuk mendengar permasalahan mereka, tak perlu membalas, tetapi hanya izinkan dia pinjam sedikit masa dan emosi untuk mermahami jiwa berkecamuk mereka.
Manusia adalah insan yang ada emosi.
Dan kita juga perlukan seseorang untuk mereka berpaut dan luahkan apa yang terbuku di dada.
Maka, saya mengambil peluang ini untuk sama-sama membantu pelajar dan juga tutor yang mungkin mempunyai isu yang boleh saya dan team bantu mudahkan urusan kalian. Maka, dengan itu terhasillah E-book kedua saya iaitu E-Book ‘Ini Kali Terakhir Aku Gagal’ dan Bonus dalam E-book tersebut disisipkan sekali 6 Formula B.A.N.G.K.I.T untuk dijadikan panduan pelajar untuk mula bangkit dari rasa terpuruk. Bangkit dari rasa emosi yang berat. Bangkit dan temui cahaya yang Allah janjikan bila kita bangkit.
Ada 5 Sebab kenapa anda sebagai pelajar perlu mendapatkan E-Book ini.
- PERCUMA! FREEmium FREEbies! E-Book diberikan tanpa sebarang bayaran.
- SESUAI. Bagi Pelajar yang sering merasakan keGAGALan terutama pelajar Prinsip Akaun.
- BABY STEP. Disediakan sebagai Panduan Pelajar untuk Mulakan Perubahan secara Individu
- INFOGRAFIK. E-book mudah dibaca dan tidak membosankan.
- Q & A SESSION. Ada ruangan Q & A bagi pelajar yang ingin berikan pandangan, tambah baik dan ingin membuat aduan.
Saya kira ini merupakan langkah pertama untuk membantu para pelajar yang stuck dengan banyak isu terutama berkaitan dengan pengajaran, pelajaran dan pembelajaran.
Semoga usaha kecil ini menjadi sumber pencetus rasa ingin terus berkongsi pada yang memerlukan. Yang merasakan tidak perlu, tak mengapa. Saya doakan semoga anda berjumpa dengan apa yang anda cari dari insan yang lebih baik dan sesuai.
“Tidak semua orang sukakan kita. Adakala mereka membenci kita tanpa mengenali kita pun. Itulah kehidupan. Teruskan saja.” – Mufti Ismail Menk.
Sebagai tanda sokongan buat adik-adik, saya dan team telah tubuhkan sebuah Channel di Telegram. Jemput untuk support dan selamat mengambil iktibar dari penulisan yang dikongsikan. Inshaa Allah.
Telegram : BANGKIT With Sis Akin
Youtube : PCG Circle
Facebook : PCG Circle
Instagram : PCG Circle
Kongsi Pencetus Rasa.
Salam Sayang,
Sis Akin @ Cikgu Akin
Penulis cikguakin.com & mawarassufi.com
One Comment
[…] Ebook Ini Kali Terakhir Aku Gagal! […]