Kisah Kejayaan Pelajar Tuisyen Akaun yang Mengubah Persepsi Diri & Keluarga
Syukur Alhamdulillah.
Tahun lepas, hampir 10 orang pelajar tuisyen akaun saya berjaya melanjutkan pengajian ke UiTM Tapah dalam bidang Perakaunan. Itu pun sudah cukup membahagiakan. Melihat pelajar yang suatu ketika dahulu bergelut memahami debit dan kredit, kini mampu melangkah ke alam universiti, adalah satu nikmat besar sebagai tutor.
Namun tahun ini, Allah menghadiahkan satu lagi kisah yang menyentuh hati 🥹
“Alhamdulillah.. Saya masuk UM Cikgu!”

Ayat ringkas, tetapi sangat bermakna 🥹
Tahun ini, seramai 5 orang pelajar yang mengikuti tuisyen akaun di Funtastic Online Tuition (FOT) bersama saya berjaya mendapat tawaran Diploma Accounting di Universiti Malaya (UM) — antara universiti terbaik untuk kursus Perakaunan di Malaysia. Lebih istimewa, majoriti datang dari sekolah yang sama, SMK Subang Bestari.
Sekolah sama, universiti pun sama.
Satu perancangan Allah yang sangat indah.

Namun, kejayaan ini bukan sekadar tentang tempat pengajian. Ia adalah tentang membuka mata ibu bapa bahawa anak mereka sebenarnya mampu berjaya. Ramai pelajar tuisyen akaun saya datang dengan keputusan yang sangat rendah — ada yang dapat gred G di setiap kali ujian.
- Emosi mereka terganggu
- Keyakinan diri merosot
- Lebih menyedihkan bila kata negatif datang daripada orang terdekat
Sedangkan realitinya, mereka bukan tak pandai. Mereka cuma tidak faham asas dan mungkin tak diajar mengikut cara yang sesuai dengan tahap.
Walaupun hanya sebagai tutor, saya tetap berdoa :
“Ya Allah, tingginya harapan anak-anak ini. Kau mudahkanlah jalan mereka dan bukakan peluang terbaik buat mereka.”
Satu hal penting yang saya pegang sejak awal mengajar tuisyen akaun
— saya tidak pernah menjanjikan gred A.
— Saya bantu ubah persepsi.
— Selebihnya kita nikmati proses. Usaha sehabis baik.
— Hasil pasti takkan khianati usaha. Insya Allah.
Bagi saya, kejayaan sebenar bukan tentang kesempurnaan. Pelajar tidak perlu menjadi sempurna untuk diterima. Tak perlukan validation dari siapa pun. Apa yang lebih penting :
- Sejauh mana pelajar meningkat daripada sebelumnya
- Dari tidak faham kepada mula faham
- Dari takut Akaun kepada berani jawab soalan
Konsep belajar Akaun tanpa hafal, tetapi faham logik dan aliran, adalah asas utama dalam kelas tuisyen akaun saya. Apabila pelajar faham, keyakinan akan datang dengan sendirinya.
Sama seperti seorang tutor, matlamat kami bukan untuk dikenali atau dipuji. Cukuplah melihat pelajar melangkah lebih jauh daripada semalam. Dan hari ini, melihat mereka diterima masuk ke universiti adalah bukti bahawa perubahan kecil yang konsisten mampu membawa hasil yang besar.
Salam Sayang,
Cikgu Akin
Baca artikel :


No Response Yet