Student Akin tahun 2019 merupakan jumlah student tuisyen akaun yang paling ramai dan banyak feedback tuisyen akaun setakat ini. Alhamdulillah. Tahun 2019 adalah tahun untuk betul-betul fokus untuk bantu student yang lemah Prinsip Akaun.
Ada seorang pelajar ini β kisahnya masih segar dalam ingatan saya sampai hari ini.
Kalau dulu, dia langsung tak suka subjek Akaun. Katanya leceh, pening dan susah nak faham. Setiap kali buka buku, rasa nak tutup balik. Tapi sekarang? Dialah antara pelajar yang paling yakin dengan subjek ini. Malah pernah berkata, βSaya nak jadi auditor satu hari nanti.β
Siapa sangka, ayat itu keluar daripada pelajar yang pernah diminta oleh cikgunya untuk drop Akaun.
“Saya Pernah Diminta Untuk Drop Je Akaun!”
π BAGAIMANA SEMUANYA BERMULA?
Kakak nya jumpa saya di Instagram @CikguAkinAkaunΒ π
Dari awal lagi, saya memang jenis terus bertanya detail β bukan sebab tak mesra, tapi sebab masa sangat terhad dan saya perlu faham keadaan pelajar secepat mungkin. Antara soalan yang saya tanya :
- Pelajar tingkatan berapa
- Perangai & minat
- Rajin belajar @ tidak
- Keputusan Akaun Tingkatan 4 (analisis awal)
- Keputusan peperiksaan terkini
- Subjek lain yang diambil
Tahun itu memang tahun yang sangat sibuk. Hampir 7 hari seminggu bekerja, travel jauh, badan pun selalu penat. Tapi setiap kali tengok pelajar mula faham, semua letih itu rasa berbaloi.
π MASALAH SEBENAR PELAJAR
Sejujurnya, keadaan akademik pelajar ini memang sangat mencabar.
Sejak awal Tingkatan 4 sehingga hujung tahun, dia fail berterusan. Pernah dapat markah :
- 2%
- 5%
- 10%
- Markah tertinggi pun hanya 36%
Sampai cikgu sendiri pun angkat tangan. Konsep asas Akaun langsung tak lekat. Buat latihan, jawapan hampir semuanya tak sama dengan skema. Ibu dan kakaknya pula sudah terlalu penat mencuba pelbagai cara.
Kalau kita berada di tempat dia, memang rasa fed up.
Nak drop subjek? Ya, itu pilihan yang sangat logik pada waktu itu.
BACA : 10 Strategi Jawab Exam PT3 / SPM

π DAPAT PELAJAR BEGINI? APA PERLU DIBUAT?
1. Kenalpasti Karakter Pelajar
Saya percaya hubungan guru dan pelajar sangat penting. Pelajar perlu rasa dihormati, bukan dihakimi. Guru pula perlu bermanis muka, sabar dan jujur. Bila hubungan ini terbina, proses belajar jadi lebih mudah.
2. Bantu Pelajar Faham Foundation
Bantu pelajarΒ Memahami Konsep Asas sebelum lompat topik advance. Semua bermula dengan konsep asas β debit kredit, logik transaksi, aliran soalan. Bila asas kuat, barulah keyakinan datang.
3. Mengajar Ikut Tahap Pelajar Tuisyen Akaun
Elakkan βpukul sama rataβ. Setiap pelajar bergerak ikut pace sendiri. Slowly but steady. Sampai satu tahap, pelajar ini mula boleh bantu rakan sekelas pula. A Big Applause for student!
Dan masa itu, perasaan saya sebagai guru memang happy π
Keputusan Yang Mengubah Segalanya π₯°
Semasa Trial SPM, prestasi pelajar ini mula tunjukkan perubahan ketara. Daripada tak pernah merasa E atau D, terus melonjak ke gred C. Satu peningkatan besar untuk seseorang yang pernah hampir berputus asa.
Dan yang paling indah β dalam SPM sebenar, subjek yang dia anggap βsusah gilaβ itu akhirnya menjadi A.
Pengajaran Untuk Semua Pelajar
π Kalau rasa penat, rehat sekejap. Jangan berhenti.
π Kalau rasa tak larat, tidur sekejap, mula semula. Bukan DROP.
π Kalau tak faham, bertanya. Jangan diam.
Kerana setiap pelajar sebenarnya boleh berjaya β asalkan diberi cara belajar yang betul, masa, dan sokongan yang sesuai.
Sekian coretan Akin saat PKP,
02/06/20
Selasa






No Response Yet