Ciri-Ciri Syarikat Berhad [Nota Visual]

MUDAHNYA AKAUN GAYA VISUAL | Pendekatan kalini Cikgu Akin bawakan dalam kelas bersama pelajar Funtastic Online Tuition (FOT) dan semua pelajar cikgu adalah melalui kaedah gaya visual.

Bermula tahun ni, misi cikgu adalah untuk #BantuPelajarZeroAkaun, siapa di sini yang ada kawan-kawan atau kenalan yang betul-betul perlukan bantuan dalam subjek Prinsip Akaun from basic, boleh jemput dia join Telegram cikgu ya : Pro Akaun Gaya Visual.

 

 

Siapa tahu tajuk yang cikgu simplify kan dalam ilustrasi di atas?

BETUL! Tajuk syarikat. 1 🌟 untuk awak!

Okay jom, kita explore sikit ilustrasi di atas ni berkenaan apa.

ILUSTRASI 1 : ENTITI BERASINGAN
⇒ Pemilik / pemegang saham adalah dianggap berbeza dari perniagaan mengikut undang-undang.
⇒ Pemilik dianggap satu entiti yang boleh boleh saman orang, beli aset dan berhutang atas nama sendiri. Syarikat juga ada satu entiti lain, ada hak yang sama iaitu beli atas nama syarikat (Contoh : Syada Clothes Sdn Bhd), boleh disaman atas nama syarikat tanpa perlu melibatkan nama peribadi pemilik syarikat.

ILUSTRASI 2 : LIABILITI TERHAD
⇒ Abu, Ali dan Anis adalah pemegang saham dalam Triple A+ Sdn Bhd dan menyumbang sebanyak RM10 000 bagi Abu dan Anis, manakala Ali menyumbang modal sebanyak RM30 000. Sekiranya syarikat mengalami kerugian, mereka hanya perlu menanggung maksimum sebanyak modal mereka sahaja.
⇒ Sekiranya ada liabiliti yang tak dapat dijelaskan selama bertahun-tahun, syarikat perlu mencairkan aset yang dimiliki atas nama syarikat untuk menjelaskannya.

ILUSTRASI 3 : HAYAT BERTERUSAN
⇒ Syarikat beranggapan bahawa operasi perniagaan syarikat akan terus beroperasi sampai bila-bila walaupun ada pemegang saham dalam syarikat meninggal dunia. Hal ini kerana syarikat dan pemilik adalah entiti yang berbeza.
⇒ Bagaimana dengan pemilikan syer tersebut? Untuk syarikat Sdn Bhd boleh dipindah milik DENGAN PERSETUJUAN pemegang saham lain. Untuk syarikat Awam Berhad, syer boleh dipindah milik dengan bebas kerana ianya mudah untuk dijual beli.

ILUSTRASI 4 : PENGASINGAN FUNGSI PEMILIKAN DAN PENGURUSAN
Pemegang saham sahaja : Tidak berhak campur tangan tangan dalam pengurusan namun mereka ada hak atas pemilikan syarikat.
Lembaga Pengarah sahaja : Hanya berhak dalam pengurusan saja. Tiada hak atas pemilikan kerana mereka dilantik oleh pemegang saham untuk menjalankan operasi syarikat.
PEMEGANG SAHAM boleh jadi LEMBAGA PENGARAH? Haa boleh!

Semoga bermanfaat.

Jemput kongsikan.

Ada soalan, jemput komen di ruangan komen atau boleh pm Inbox Cikgu Akin.

#CikguAkin
#MisiBantuPelajarZeroAkaun
#MudahnyaAkaunGayaVisual
#ProAkaunGayaVisual
#CMNAcademyPetalingJaya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *