Key Paling Penting Engaged Dengan Student

Key Paling Penting Engaged Dengan Student

KEY PALING PENTING ENGAGED DENGAN STUDENT | Kadang, mereka tak nak nasihat pun, mereka cuma perlukan telinga untuk mendengar, bahu untuk bersandar dan hati untuk menenangkan. Allahu 😢

“Manusia suka tengok apa dia bagi, tanpa hargai apa dia terima.” Syukur alhamdulillah, Allah mudahkan perjalanan kelas Funtastic Prinsip Akaun (FOT) malam ni 🥰

Rasanya 1 benda yang saya cuba breakthrough malam ni adalah kuasa DOA dan KEIKHLASAN ❤

Harini saya design ROADMAP kelas dengan anak-anak FOT, kelas akaun jeee pun tapi kita share dan remind tentang saling menghargai.

Saya cuma minta mereka fikirkan tentang 2 insan yang mereka nak Hargai Sangat2 dalam seminggu ni. Macam kita expect, Asalnya mereka cakap TAK ADA.. Biasalah.. mana ada orang kita nak appreciate selain mak ayah kan. It supposed to be like normal routine lah, bangun, mandi, makan, kelas, main game dan tidur. Rutin yang menjadi kebiasaan sampai kita tak perasan ada hal yang perlu kita STOP, TAKE A DEEP BREATH, SAY THANK YOU to someone and BE BLESSED.



And I didn’t expect that THEY WILL CRY!! OMG!!
Jenuh nak bawa bertenang ni hehe

Sentuh soal hati dan emosi, pelajar yang tak on camera, dia on je walaupun rasa insecure 🤗 Jarang bercakap pun boleh bercakap, pakej berkongsi tentang insan paling bermakna dalam hidup dia. Rasa IMPRESSED sangat sebab sudi share dengan Cikgu Akin tentang orang yang awak sayang ❤

Siap dengan ucapan “Bayangkan Cikgu kawan awak, apa awak nak ucapkan..”❤ (Tahan sebak masa depa cerita, Ya Allah…) Rasa terharu walaupun bukan tuju kat kita 😅

Sekian, dari saya penyampai amanat.
Cikgu Akin,
Tanpa awak tak seimbang hidup saya. Ceaa 😀

#CikguAkin
#FuntasticOnlineTuition
#EducateToUnderstand
#TrainingOfFutureLeader

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *