Ada ramai sebenarnya yang tercari-cari cara untuk stay focus dalam membina journey sebagai tutor ni. Permulaan always the hardest. CA memang rasai perasaan seperti tu di awal-awal tutoring. Kalini CA nak kongsikan 5 guideline kekal fokus tutoring goals.

Semoga sedikit sebanyak dapat beri idea dan semangat untuk kalian stay dan teruskan perjuangan ini. Pantang mundur sebelum berjuang, eh gitew.

 

guideline focus achieve tutoring goals

 

5 Guideline Kekal Fokus Achieve Tutoring Goals

1. Determine your WHY. Apa Why kita lakukan sesuatu hal tu? Apa why yang kuat untuk kita buat tutoring? Stay dalam tutoring?

–  Adakah sebab duit? Kita memang dapat duit.
–  Adakah sebab minat? Kita akan dapat execute minat kita dan puaskan hati saja.
–  Yaa, sebab apa kita nak itu yang kita dapat. Allah mengikut sangkaan hambaNya.

  • Bila kita letakkan Why lebih tinggi dan lebih besar, impian besar, Allah pasti makbulkan sesuai masa.
  • Bagi CA, tutoring bukan sekadar passion. Tapi ada sesuatu lebih besar iaitu perjuangan untuk menyebarluaskan ilmu pinjaman Dia dalam pelbagai medium.
  • Pastinya untuk ASDK (Amanah Saham Dunia dan Kubur)

 

2.   Learn, Unlearn and Relearn. Jika pelajar, kita boleh nasihat untuk jadi seseorang yang lebih baik dalam kehidupan. Dengan cara belajar. dan belajar. Jangan pernah berhenti belajar. Kita sendiri? Berhenti belajar. Macam tak allign kan?

  • Menjadi tutor yang bagus bukan kerana banyaknya tahun mengajar.
  • Bukan juga kerana ramainya pelajar kita mampu ajar.
  • Tapi, lihat berapa ramai pelajar yang dihasilkan dan manfaatkan apa yang kita ajar dalam kehidupan mereka. Bukan pelajar je upgrade diri, kita juga kena ya. Barulah sama-sama naik, gitew.

 

3.   Buat Dream Board jangka pendek. Tahun ni CA banyak belajar ilmu tentang LUA Dreamboard, Power of Visualization. Mahalnya ilmu tentang Visualisation ni. Dulu tak pernah nampak manfaatnya, bila tahu terus apply.

  • Perancangan setahun, nak apa? Kecilkan skop sebulan nak buat apa untuk capai target hujung tahun tu.
  • Contoh, nak jadi speaker subjek Akaun. Sebulan pertama, upgrade ilmu teaching. Sebulan kedua, upgrade content / upgrade module content. Sebulan ketiga, upgrade ilmu sebagai trainer atau speaker. Sebulan seterusnya, boleh plan untuk buat seminar / event dan sebagainya. Ni contoh yang boleh diaplikasikan.
  • Tak perlu apply semua, cuba perlahan-lahan. It’s okay.

 

4.   Buat daily planner

  • Paling terkesan. Tahun 2020 menjadi saksi CA mulakan sebuah journey sebagai online tutor dengan sebuah planner yang dihadiahi oleh Teacher Zy, geng PCG Circle.
  • To be honest, I’m not into a planner user. Tapi, rupanya hari-hari lebih tersusun dan lebih productive dengan adanya rutin baru yang kita susun.
  • I’m lovin’t! And you guys also can practise it.
  • Planner 2022 yang awesome boleh dapatkan di Galeri buku Malaysia.

 

5.   Track or Monitor time schedule

 

guideline focus achieve tutoring goals

  • Ini sangat membantu untuk kita track progress kita macamana.
  • CA pernah stress due to banyak benda dalam kepala. So, at last I buat Brain Dump untuk keluarkan everything dalam kepala. Seriously, it helps a lot!

 

Banyak lagi actually cara untuk kita maintain focus dalam tutoring journey ni. Kita je, nak ambil tahu atau tidak. Contohnya, belajar tentang 4 IDEA Hasilkan Pembelajaran Visual Berimpak.

 

guideline kekal fokus achieve tutoring goals i

 

#CikguAkin
#ProAkaunVisual
#TutorProfesionalMalaysia
#CMNAcademy
#TutoringTips

No Response Yet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Apa Kata Adik Husna?
Apa Kata Adik Aminah?
Apakah The Baesic Kit?
YOUR INTEREST
ARCHIVES