Jika kita sebagai player yang baru bermula dalam bidang tutoring ni, CA sarankan untuk take note 7 kesilapan tutor baru perlu elak ni. Kesilapan ni adalah antara 7 hal yang CA sendiri pernah buat dan lalu sejak tahun 2015. Memang tak mudah nak lalu tapi jika ada seseorang yang dah pernah laluinya, tak ada salah pun untuk bertanya pendapat dan pengalaman.

 

Jangan malu untuk mula bertanya. Kalau malu, jangan segan silu untuk follow sharing kami dalam Telegram Channel – PCG Circle.

 

CA dulu memang lalu semua sendiri sebab tak jumpa rakan tutor dan tak pernah berada dalam bidang pendidikan. Habis study terus bekerja dan sambung belajar separuh masa. Alhamdulillah, satu persatu tangga dan cabaran kita cuba lalu. Allah mudahkan semua cabaran. Alhamdulillah.

 

Dalam artikel kalini, CA cuba simplified kan beberapa tips untuk memudahkan pembacaan kalian. Tak kesah tutor baru, tutor lama atau guru yang baru berjinak-jinak menjadi tutor. Semoga sedikit perkongsian ini bermanfaat untuk kalian.

 

 

7 Jenis Kesilapan Perlu Tutor Elakkan

1.   Takut untuk promote servis pendidikan sendiri

  • Dulu CA juga takut tapi CA beranikan diri.
  • Jika bukan aku jadi ambassador kepada nama Cikgu Akin, siapa lagi?

 

2.   Beli bahan yang tak diperlukan

  • Benda basic tutor perlu tahu dulu adalah NAK AJAR APA.
  • Baru beli bahan, buku rujukan, buku teks dan lain-lain keperluan. Ini untuk mengelakkan pembaziran dan terlalu banyak subjek nak cover.
  • Saya sarankan beli buku hanya apabila ada kes atau job yang sesuai dan boleh cover (strong)

 

3.   Mengajar subjek yang tak strong

  • CA berpengalaman mengajar subjek yang kurang strong. Sains.
  • Alhamdulillah kelaut sebab kita bukan pakar dalam bidang itu. Memang struggle dan banyak bazir masa untuk belajar semula dan banyak masa yang di-invest.
  • Saranan, pilih subject yang kita confident zaman belajar dulu atau subjek dengan dengan jiwa kita.
  • Worst case, ajar subjek sekolah rendah. Ramai tutor berpengalaman sekarang, boleh tanya pendapat mereka tips mengajar dll.

 

4.   Takut nak follow up payment

  • It’s okay to follow up setiap hujung bulan.
  • Kita bukan buat charity works ya teachers.

 

5.   Risau bertanya dengan Tutor Profesional / Guru berpengalaman

  • Jangan risau. Kita tak tahu buat cara tak tahu. Kita nak tahu buat cara nak tahu..
  • Any issue nak bertanya pendapat, boleh pm CA di Facebook Akin Assufi dan boleh join Tutor Profesional Malaysia untuk join Training of Tutor. Inilah seminar yang CA cari since 6 tahun lepas. Alhamdulillah, seminar-seminar inilah yang banyak membantu CA dalam grow tutoring journey.

 

6.   Overpromising

  • Beri sesuatu yang kita yakin dapat beri pada clients.
  • Jangan overpromising hingga client rasa kita tak boleh dipercayai. Jaga kredibiliti, jaga nama. Kita nak guna nama servis kita lama ya bukan short term.

 

7.   Undercharging atau undervaluing pengalaman diri sendiri

  • It’s okay untuk bermula dengan null. Naik perlahan-lahan, upgrade value servis tutoring.
  • Setahun dua tahun, servis kita akan naik sesuai dengan apa yang kita mampu offer kepada clients dan students.
  • Pengalaman memang sesuatu yang tak mampu dibeli dengan wang tunai. Disitulah mahalnya sebuah pengalaman. Lagi power, sentiasa ada growth mindset. Kita adalah apa yang kita fikir. Jangan stuck di tempat yang sama ya.

 

Paling penting, sentiasa ingat ya..

 

Growth is the Evidence of Life.

 

 

Jadilah seseorang yang bermanfaat pada diri kita dan orang sekeliling.

 

#CikguAkin
#TutorProfesionalMalaysia
#CMNAcademy
#PCGCircle
.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *