Menghasilkan content menarik dalam pembelajaran bersama pelajar memang satu cabaran. Jika kita tak merasa itu sebuah cabaran, kita sedang dalam sebuah masalah. Masalah kerana tidak memilih untuk grow. Bagaimana agaknya menjana 4 IDEA menghasilkan pembelajaran Visual Berimpak buat pendidik?
Ini yang CA nak kongsikan untuk semua sahabat-sahabat pendidik.
CA bukan pakar tapi CA sekadar berkongsi apa yang CA buat bersama pelajar dalam sesi kelas.
Ya, sesuai untuk pembelajaran secara offline dan online.
Alhamdulillah, Bersyukur ke hadrat Illahi. Allah permudahkan urusan untuk membuat persiapan Training Funtastic Educator (TFE) yang mana sudah pun bermula sejak Ogos 2021. Bersama dengan Cikgu Beeha, Ustazah Akmal dan Dr Husniza.
Sesi CA sepatutnya bertarikh 19 November 2021. Tapi, perancangan Allah sentiasa terbaik. Sesi CA berjalan sekali dalam sesi Digytal Booth ketika Simposium Tutor Profesional Malaysia (STPM) 2021.
Baca : Pengalaman Jadi Crew Simposium Tutor Profesional Malaysia (STPM) 2021
Memasuki tahun ke-7, satu-satunya program tahunan terbesar yang mengumpulkan tutor, pendidik, guru, trainer, dan usahawan pendidikan dari seluruh Malaysia ini kini membawakan..
Simposium Tutor Profesional Malaysia (STPM
dengan TEMA baru dan terkini,
SPEAKER berpengalaman yang lain dari sebelumnya,
TAJUK dan TOPIK yang bervariasi.
1) ‘Digital Booth’ Sharing – perkongsian pakar tentang topik kepakaran mereka untuk tingkatkan ilmu pengetahuan & kemahiran.
2) Educator’s Showcase – Best Practice & Teknik/Formula sebagai pendidik.
3) Module Highlight – contoh modul yang bagus, serta bagaimana untuk sebar & kembangkan modul tersebut.
Ada 4 Step untuk Cipta Pembelajaran Secara Visual yang beri impak bersama Pelajar iaitu I.D.E.A.
I.D.E.A ni bercakap tentang apa?
- I – Issue Pelajar
- D – Design Idea
- E – Execute Plan & Ideas
- A – Amend mengikut kesesuaian
Boleh Ke Tengok Recording Pembelajaran Visual Berimpak Ni?
Bagi penerangan lebih lanjut, jemput Tuan Puan, pendidik mahupun Tutor yang berminat. Boleh tonton sharing CA secara ulangan di link ini ya :
Tonton : Impactful Visual Learning for Educators
Alhamdulillah, pengalaman yang sungguh manis atas peluang muncul di Modul Highlight dan Digytal Booth walaupun awalnya agak kurang yakin.
Tapi, Allah adalah sebaik-baik perancang dalam kehidupan.
#CikguAkin
#TutorProfesionalMalaysia
#CMNAcademy
#Digylearn
2 Responses
[…] Learning Study Style? Day #7 [17/12] > 7 Kesilapan Tutor Baru Perlu Elak Day #8 [18/12] > Formula IDEA Hasilkan Pembelajaran Visual Berimpak Day #9 [19/12] > Pengalaman Jadi Crew Simposium Tutor Profesional Malaysia (STPM) 2021 Day #10 […]
[…] Banyak lagi actually cara untuk kita maintain focus dalam tutoring journey ni. Kita je, nak ambil tahu atau tidak. Contohnya, belajar tentang 4 IDEA Hasilkan Pembelajaran Visual Berimpak. […]