Menjadi impian setiap manusia untuk capai impian setahun ke belakang, bukan? Samalah kita. Dan menjadi satu kegembiraan apabila ada beberapa dalam impian yang ditulis tu menjadi kenyataan. Masha Allah. Itu salah satu keajaiban bila kita merutinkan buat journalling setiap hari. CA nak kongsikan 5 sebab kenapa setiap dari kita perlu ada sesi journaling masing-masing.

 

Masa journaling kita tak semestinya sama. Tapi, sebelum tu, apakah maksud journaling yang sebenarnya?

 

 

Siapa dekat sini biasa menghadapi masalah overthinking di sini?

 

Ada tak dalam kalangan kalian yang selalu rasa setiap hari terasa banyak sungguh tugasan perlu dibuat, rasa hampir menimbun, bila terlalu banyak benda dalam fikiran, membuatkan hari kita berlalu tanpa selesai satu pun tugasan. Dan ia akan berulang untuk esok hari dan hari-hari mendatang.

 

Procastinate.

Diri rasa lemau dan lemas selalu.

Otak rasa lemah dan penat.

Buatkan fizikal juga terasa penat.

Terasa diri burnout.

 

Salah satu sebab kita ada perasaan di atas, adalah sebab kita kurangnya rasa motivasi dalam diri sendiri. Percaya atau tidak. Kadang-kadang kita rasa penat dengan diri sendiri, kan?

 

Itu apa yang CA pernah rasa dan kadang-kadang rasa tu datang semula. Tapi, alhamdulillah. Semua tu dapat dikawal dengan journalling. One of my life secret 🙂 (ala, tak jadi secret dah) Si overthinker sangat perlu untuk ada sesi journaling ini.

 

Journaling? Apakah itu?

Journaling merupakan satu praktikal menulis buku harian (tidak semestinya diari hidup) yang bertujuan untuk menjelajah fikiran kita, perasaan, emosi dan tugasan hakiki dalam kehidupan. Salah satu tricks untuk bantu fikiran si overthinker ni bertenang adalah melakukan Aktiviti Brain Dump @ Journaling.

 

CA suka buat Brain Dump instead of tulis peristiwa diari hidup. Brain Dump jujurnya membantu kita untuk sort apa yang mengganggu fikiran kita. Yang rasa berserabut tu, brain dump bantu untuk kita luahkan kebisingan dalam fikiran kita tu. Tulis apa nak buat seharian, nak beli apa, nak message siapa, nak makan apa, nak rehat jam berapa dan nak reward diri dengan apa seharian ni.

 

 

Bila Waktu Journaling Yang Dicadangkan?

Bergantung pada diri masing-masing.

  1. Ada yang suka journaling 10 minit sebelum waktu tidur.
  2. Ada yang journaling selepas subuh, lebih fresh.
  3. Ada juga yang journaling sekitar 8 – 9 pagi. Selepas selesai urusan kemas rumah.

Ianya tergantung dan variasi mengikut keperluan setiap orang. Menentukan waktu ‘Me Time’ untuk productivity diri, ia menjanjikan diri kita jadi lebih positif everyday! 🙂

 

Yang penting, sebelum memulakan aktiviti seharian, buat journaling @ brain dump terlebih dahulu. Supaya hari kita lebih berkualiti dan productive! Setiap tugasan yang berjaya diselesaikan, silakan (/) dan rasai pengalaman gembira dan teruja bila dapat selesaikan tugasan tersebut.

 

5 Sebab Kita Perlu Journaling

  1. Menjadikan diri lebih motivasi dan ada tujuan hidup
  2. Latih diri untuk jadi lebih baik dan positif setiap hari
  3. Menyerlahkan kekuatan dan potensi dalaman diri dan buat diri semangat setiap hari
  4. Mendidik diri untuk bertenang dan melalui proses kehidupan dengan lebih sabar dan bersyukur
  5. Melihat self-growth dan self-development meningkat setiap hari

 

Jika Sebagai Pelajar, Buku Journaling Apa Yang Sesuai?

Sebagai pelajar, jujur. Terlalu banyak yang berserabut dalam fikiran korang betul? CA cadangkan korang gunakan Student Planner dari Syabab ni. Exclusive dan sesuai untuk student, dengan Calender plan setahun. Untuk mudahkan korang plan waktu belajar, waktu buat side bisnes dan waktu untuk berprogram.

Buku journaling sesuai, Student Planner 2023.

 

 

 

Jika korang bukan lagi student, pekerja goverment, cikgu, bisnesman, nak ada planner juga tapi tak nak yang terlalu berat, nak yang simple, convenient dan easy to go planner.

Buku journaling sesuai untuk korang, Standard Planner 2023 

 

 

Apa Beza Standard dan Premium Planner?

 

 

Jika korang memang sejenis suka journaling, suka menulis dan tulis cantik-cantik dan kemas. Cadangan CA, korang try Premium. CA sendiri tahun ni tahun ke3 guna Premium Planner. Exclusive, Harga berpatutan dan berbaloi dengan content Premium Planner 🙂

Buku journaling sesuai,  let’s be the best version of us dengan Premium Planner 2023 

 

Kenapa Pilih Planner Exclusive Syabab 2023?

 

Perbezaan 3 Jenis Buku Journaling / Planner 2023 Ini?

 

 

 

Tak dinafikan sebenarnya journaling adalah sebagai salah satu terapi untuk minda. Bukan semua orang, healing dengan muzik, ada juga manusia yang healing dengan menulis dan bagi mereka, menulis adalah satu cara meluahkan dan meredakan kebisingan dalam fikiran.

 

Haa, gitew! Jika ada sebarang cadangan dan soalan, jemput untuk tinggalkan komen anda di ruangan komen.

 

Semoga bermanfaat untuk semua ya 🙂

 

Whatsapp untuk Konsultasi Percuma
Tentang Modul Akaun, ABM Kit Akaun dan Tuition Prinsip Akaun

Konsultasi Percuma

Baca :

 

No Response Yet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Apa Kata Adik Husna?
Apa Kata Adik Aminah?
Apakah The Baesic Kit?
YOUR INTEREST
ARCHIVES