Etika Pakaian Pelajar UiTM (2022) (Terkini)

Setiap tahun ramai lepasan SPM yang berlumba-lumba ingin memasuki universiti pilihan masing-masing kan? Agak-agaknya ramai tak readers yang berumur 18 tahun yang baru nak melangkah ke dunia universiti? TAHNIAH CA ucapkan. Dan harini CA nak kongsikan Etika Pakaian buat bakal pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) di seluruh Malaysia.

 

Buat sesiapa yang bakal mendaftar ke UiTM dan bakal mengikuti kuliah di UiTM. Jemput baca dan kongsikan pada kawan-kawan lain jom. Ini REBRANDING dari artikel 2011 dan 2016 dulu.

 

Kredit : Website UiTM

 

Ciri Umum Mahasiswa dan Mahasiswi :

 

  1. Pamerkan Kad Matrik setiap masa ketika berada di sekitar Universiti
  2. Kad matrik harus dilampirkan pada paras dada
  3. Menjaga Penampilan Profesional semasa menghadiri kelas, semasa lawatan rasmi ke bangunan Fakulti / Pentadbiran
  4. TATTOOS dilarang di mana-mana bahagian badan
  5. Tidak memakai topi dalam bangunan perpustakaan, dewan akademik, kuliah, kafetaria dan pejabat
  6. Elakkan memakai pakaian yang TIDAK sesuai termasuk :
    – Seluar pendek atau seluar pendek boxer
    – T-shirt leher bulat
    – Baju tanpa lengan
    – Seluar ketat
    – Selipar

 

Dalam Mana-Mana Acara Rasmi Universiti

  • Lelaki : Kemeja lengan panjang, tali leher, seluar slacks (bukan jeans) dan kasut kulit atau OUTFIT NEGARA YANG LENGKAP
  • Perempuan : BAJU KURUNG’ atau pakaian yang sesuai seperti skirt panjang atau seluar longgar

 

Ciri – Ciri Pakaian Mahasiswa (Lelaki) :

 

 

BAJU :

  • Bersih dan kemas
  • Berlengan dan berkolar
  • Tali leher / Baju batik Malaysia setiap hari ISNIN (Hari Korporat UiTM)
  • Baju jenis masuk ke dalam (tail-cut) hendaklah kemas dan dimasukkan ke dalam seluar
  • Tidak mempunyai tulisan perkataan atau gambar yang membawa pengertian liar
  • Tidak memakai perhiasan perempuan termasuk memakai anting-anting, subang atau gelang tangan

 

SELUAR :

  • Seluar panjang
  • Tidak koyak dan bertampal-tampal
  • Kaki tidak berserabut dan berbulu-bulu

 

KASUT :

  • Kasut hendaklah sempurna bertutup
  • Tidak memakai selipar atau terompah

 

RAMBUT :

  • Rambut kemas dan diurus rapi
  • Tidak panjang (rambut belakang tidak melebihi kolar baju, rambut hadapan tidak melebihi kening dan rambut tepi tidak menutup telinga)-Tidak terbiar hingga boleh menghilangkan identiti seorang lelaki
  • Fesyen rambut tidak melambangkan budaya asing
  • Dilarang sebarang bentuk FREESTYLE HAIRDO sama sekali

 

 

Ciri – Ciri Pakaian Mahasiswi (Perempuan) :

 

 

TUDUNG :

  • Tidak dibenarkan memakai Veils di kampus

 

BAJU :

  • Baju tidak jarang dan ketat sehingga menampakkan susuk badan, menjolok mata
  • Bahagian neck line tidak terdedah
  • Lengan panjang sampai ke pergelangan tangan
  • Labuh sekurang-kurangnya menutup punggung
  • Tidak mempunyai tulisan perkataan atau gambar yang membawa pengertian liar
  • Memakai baju kurung setiap ISNIN (Hari Korporat UiTM) dan JUMAAT (pelajar bukan Islam digalakkan)

 

KAIN :

  • Labuh
  • Tidak terbelah
  • Longgar
  • Tidak jarang

 

SELUAR :

  • Longgar dan tidak menampakkan bentuk badan
  • Tidak jarang
  • Tidak koyak dan bertampal-tampal
  • Dipakai dengan baju longgar dan labuh yang menutup punggung
  • Jeans boleh dipakai cuma tidak dibenarkan terlalu ketat

 

KASUT :

  • Kasut hendaklah bertutup untuk sesi kuliah dan waktu rasmi
  • Tidak memakai selipar atau terompah ke kelas

 

Untuk persoalan yang di luar jangkaan, jom kita baca komen kawan-kawan korang di bawah. Semoga bermanfaat untuk semua.

Frequently Question and Answer

 

Soalan di bawah ni CA summarize kan based on soalan majoriti korang ya. Tapi, kalau tak ada tak boleh tanya ke? Eh, boleh. Jemput komen ye di bawah.

 

Q1  : Pakaian masa MDS macamana? Baju semasa riadah?
A1  : Lelaki pakai kemeja berkolar, bertali leher dan kasut bertutup. Perempuan perlu berbaju kurung biasa, pastikan memakai kasut hitam bertutup dan tidak terlalu tinggi. Semasa riadah, seluar sukan dan kasut sukan ikut selesa. Masih tudung hitam.

Q2  : Kena pakai baju apa masa pendaftaran?
A2  : Lelaki pakai kemeja berkolar, bertali leher dan kasut bertutup. Perempuan perlu berbaju kurung biasa, tak perlu baju kurung putih.

Q3  : Bila perlu pakai baju kurung putih, kain hitam dan tudung purple?
A3  : Semasa hari terakhir program MDS (Minggu Destini Siswa).

Q4  : Macamana pakaian ke kelas? Boleh ke pakai jeans, kasut sneakers, jaket dan jubah?
A4  : Boleh. Isnin (Formal), selasa – khamis (Casual) dan Jumaat (Baju Melayu, Baju Kurung)

Q5  : Boleh ke pakai selipar ke kelas?
A5  : Kot ye pun nak sempoi. Takkan la pakai selipar jamban ke kelas dik. Lecturer tengok pun tak ada selera nak ajar awak tau. Senonoh sikit please. At least kasut bertutup, smart la sikit awek nak tengok pun.

Q6  : Macamana nak elak kena tahan dan kena saman dengan polis bantuan?
A6  : Elak pakai pakaian yang menjolok mata, tidak menutup aurat dan tidak mengikut sahsiah rupa diri. Oh lagi satu, tak pakai matric card? Siap-sedia kena saman. Melayang RM50 kau haha.

Q7  : Boleh pakai cardigan? Masa kelas dan round sekitar uitm?
A7  : Boleh dan boleh.

Q8  : Lelaki berambut panjang?
A8  : Smart lah sikit. Bak kata kawan CA dulu, “Uni ni tempat cari jodoh.” Kau tak nak cari jodoh ke?

Q9  : Free hair dibenarkan?
A9  : Untuk lelaki dibenarkan 😀 Untuk perempuan, tak semua UiTM benarkan student free hair. Non muslim, Ya.

Q10 : Boleh ke pelajar berpurdah?
A10 : Tak dibenarkan. Atas sebab-sebab keselamatan. Kawan CA di luar baru pakai purdah dan dah habis diploma baru fully berpurdah. Islam tu kan memudahkan.

Q11 : Boleh pakai shawl di UiTM?
A11 : Tergelak akak diknon 😀 Janji shawlehah ya.

Q12 : Boleh ke balik kolej lewat?
A12 : Ada UiTM yang limit waktu. Contoh, lepas 11 malam, pagar kolej perempuan akan ditutup. Kalau lepas dari tu, pandai-pandai lah knak hidup. Hihi. Boleh slow talk dengan polis bantuan dan bagi lah korang punya sebab musabab yang munasabah.

 

Dan selebihnya adalah soalan berulang 🙂

Kalau rajin silalah baca komen di bawah ya.

 

Baca artikel :

  • Etika Pakaian untuk Graduan dan Tetamu UiTM (Latest)
  • Tips Saving Duit Masa Belajar Untuk Pelajar Sepenuh Masa
  • Tips Kurangkan Rasa Gemuruh Masa Presentation

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *