Permulaan bulan yang agak mencabar dan penuh dengan pelbagai emosi. Ini tentang bagaimana permulaan bagaimana menjadi tutor yang serius dalam tutoring. Menjadi seseorang yang baru dengan komitmen yang baru dan menjadi speaker untuk subjek Prinsip Akaun bagi CA agak mencabar. 

Perasaan bercampur. Allah saja yang tahu. Cuma CA berharap dan berdoa semoga kami, team FUNTASTIC dapat laksanakan amanah ini sebaiknya.

 

 

  • Kami bermula dengan nawaitu yang ikhlas.
  • Ingin membantu anak-anak yang memerlukan bantuan.
  • Kami berniat untuk mendidik. Bukan semata-mata mengajar.

 

Moga Allah redha. Dan izinkan kami. Banyak CA dapat belajar dalam circle bersama team CMN Academy yang berkongsi pengalaman, bagaimana Menjadi Tutor Luar Biasa. Alhamdulillah, satu langkah ke hadapan. Inshaa Allah.

Permulaan awal bulan April 2020. Diberi tugasan untuk mengajar subjek Prinsip Akaun dalam skala yang agak besar. Mungkin sebab depan mata, maka ada elemen emosi. Mudah sampai. Tapi, kalini perasaan yang agak baru bila 20 orang dalam kelas. Dan 10 orang dalam 1 kelas secara group tuition.

 

Semuanya baru and yeah memang baru bagi CA.

Teringat suatu ketika dulu mengajar di pusat tuisyen, asalnya 10 orang pelajar. Lepas CA mengajar, tinggal 1 pelajar saja 🙂 Ya, CA seorang tutor yang tiada nama. Orang kata ikan bilis. Bukan siapa-siapa.

CIKGU AKIN AKAUN
Tak pernah dengar kan?

Industri pendidikan. Bukan industri pilihan CA. Tiada cita-cita untuk terjun bidang pendidikan. Tapi, inilah jalan yang Allah pilih untuk CA terokai.

Bila dah terbiasa deal dengan pelajar personal dan kuantiti sedikit. Mudah untuk CA guide student agar boleh faham apa yang ingin disampaikan. Bimbing buat latihan from A to Z. Follow up untuk buat latihan. Terang bila diperlukan. Tapi, kalini perasaan yang lain. Mencabar lain macam.

 

 

3 Tips Tutor Newbie Mengajar Pelajar Ramai

  • Pastikan kita MASTER apa yang kita nak sampaikan. Bantu diri lebih yakin.
  • Practise makes perfect! Practise present! Seriously akan bantu kita bersedia dan kurang gugup.
  • Bersedia dari segi bahan dan aktiviti. Membantu untuk pelajar tak fokus pada kita 100%.

 

Persediaan sangat penting! Kerana 80% dari sebuah kejayaan datang dari persediaan. Ingat! Kejayaan tak datang secara tiba-tiba ya 🙂

Ada masa kita akan rasa down. Tapi, cepat-cepat balik jumpa Allah. Mengadu dengan Dia. Terus ingatkan diri, semua ni adalah proses belajar dan CA perlu Enjoy the process. Even though perkara ni keep on berlaku. CA yakin, lama-lama kita akan terbiasa dan adapt dengan situasi ni. Biarpun tak lama, anggaplah ini sebagai pengalaman baru.

 

Jadi manusia yang memberi manfaat. Allah dah izinkan. Walaupun langkah ini mungkin yang paling lambat sekali sampai. Tak mengapa.

 

PERCAYALAH. Sebagai pendidik, kita akan sentiasa lalui proses yang bermacam ragam. Dan proses itu akan menjadi pengalaman yang akan kita hargai. Sama seperti yang kita tanam dalam diri anak-anak murid kita untuk tak takut berbuat kesilapan. Tak gitu? 🙂

 

Yang mencari diri,
Akin
27/4/2020
Damansara

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Apa Kata Adik Husna?
Apa Kata Adik Aminah?
Apakah The Baesic Kit?
YOUR INTEREST
ARCHIVES