Ramai yang bertanya berkenaan posting tentang maksud 119 (GCE-O) dalam Slip Result SPM ni. Mari cikgu kongsikan serba sedikit berkenaan status English 1119 dalam result SPM yang baru awak dapat tu.

 

Cikgu tahu benda ni sejak tahun 2010 cuma baru terasa nak kongsi dengan awak semua baru-baru ni hihi.

 

gce english test

 

Maksud 1119 (GCE-O) Dalam Result SPM

Ini adalah keputusan SPM salah seorang pelajar cikgu Akin. Dan result English cikgu pun actually lebih kurang sama saja dengan student cikgu ni.

 

Okay, sekarang pergi tengok result masing-masing. Dapat result apa tu? Untuk makluman awak semua, status itu merupakan tahap esei awak yang disemak mengikut standard British. Dan markah yang awak semua dapat adalah seperti di bawah :

 

1A 

2A

3B

4B

5C

6C

7D

8E

9G

 

Maksud Kod 1119 tu adalah Kod kertas Essei Bahasa Inggeris / English SPM (Paper 1 & Paper 2)

  • Paper 1 ialah soalan yang ada 2 esei
  • Paper 2 ialah Multiple choice questions (MCQs), Reading Comprehension and Literature

 

GCE-O pula adalah result / keputusan kelayakan O-Level

Gred yang diberikan adalah sama dengan keputusan GCE O-Level yang juga sama digunakan di negara-negara luar seperti United Kingdom (UK) dan Singapura.

 

Tujuan Status Ini :

1.  Memudahkan permohonan belajar ke luar negara

  • Keputusan GCE-O adalah laku untuk selama-lamanya
  • Sesetengah universiti luar negara hanya menerima keputusan GCE-O yang diperoleh tidak lebih daripada 3 tahun lalu
  • Jika keputusan yang baik dan memenuhi keperluan Bahasa Inggeris di kebanyakan seperti universiti di UK, Australia dan New Zealand anda diterima masuk ke universiti mereka, dan anda tidak perlu lagi menduduki satu ujian International English Language Testing System (IELTS)

 

2.  Bertujuan untuk menyemak kualiti penulisan kita

  • Yang mana ianya mengikut standard Cambridge English dan pemeriksanya adalah dari Cambridge.

 

Cikgu difahamkan bahawa, siapa yang dapat gred yang cemerlang (Gred 1,2 atau 3) sahaja yang layak apply belajar ke luar negara. Maksudnya kualiti penulisan awak sangatlah awesome.

 

Tapi, faktanya di Malaysia, untuk subjek English ramai je yang dapat A+, tengok GCE ramai yang dapat 4, 5 atau 6.

 

#TutorProfesionalMalaysia
#CMNAcademy
#CikguAkin
#ProAkaunVisual

9 Responses

  1. Terima Kasich cikgu sbb share psl ni.. haritu ada interview kerja, dia tanya pasal GCE O ni

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Apa Kata Adik Husna?
Apa Kata Adik Aminah?
Apakah The Baesic Kit?
YOUR INTEREST
ARCHIVES