Membuat postingan di media sosial bukanlah satu perkara yang mudah. Tapi, dengan membuat postingan inilah dapat membantu kita lebih ke hadapan dalam berkongsi idea dan pendapat.

Berkongsi dan terus berkongsi.

Dengan cara kita.

 

Cara ini juga boleh dijadikan sebagai satu batu loncatan untuk orang lebih mudah mengenali kita.

 

Siapa kita?

Apa kita buat?

Kita bisnes apa?

Kita ada produk apa?

Produk kita membantu orang ke?

Dan sebagainya.

 

 

Dulu…. “Alah, tiada siapa nak kenal aku. Aku kerja biasa saja. Cukup aku dengan dunia aku.”

 

Oh, tak apa. Tak semua orang suka war-warkan apa kita lakukan. Saya pun sejujurnya tak suka. Tapi, isunya bukan soal saya SUKA tapi saya PERLU. Perlu untuk kenalkan diri pada audience.

 

Siapa saya ni?

 

Apa saya buat?

 

Tujuannya adalah membina TRUST. Orang percaya siapa kita. Bagi saya, sebelum seseorang menjadi client atau prospek kita, kita perlu menjadi seseorang yang genuinely bersahabat dulu. Makna kata, kita berkawan ikhlas bukan sebab nak dia beli produk atau servis kita. Kita berkawan untuk bernetworking. Tak jadi client pun tak apa.

 

Yang penting, kita luaskan networking dari pelbagai cara.

 

Siapa orang di sebalik SAYA ni?

Student saya panggil saya Cikgu. Tapi, panggil saya Akin saja. Saya orang biasa. Saya cuma ada sedikit pengalaman untuk dikongsi. Long story short, pernah juga menjadi jemputan media untuk Karangkraf, Coolblog dan Ayamas pada 2017.

Sejujurnya, pernah mendapat job tuition juga 5 kali dari blog. Alhamdulillah.

Serba sedikit tentang saya di sini.

Saya menulis dari tahun 2009. Upgrade pada domain dotcom pada 2017.

Dan mulakan blog baru, cikguakin.com pada September 2020.

 

 

Harini saya berhajat untuk buat #30DaysBlogPostChallenge adalah untuk saya cabar diri saya dan saya juga berharap kalini saya tak berjalan sendiri.

 

Saya bersama anda yang sudi!

 

 

Yang dah baca sampai habis dan nak Join tu, boleh komen… “Saya Sahut Cabaran!” di ruangan komen?

 

Baca : 30 Days Blog Post Challenge Started !

 

#30DaysBlogPostChallenge
#TutorProfesionalMalaysia

 

2 Responses

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Apa Kata Adik Husna?
Apa Kata Adik Aminah?
Apakah The Baesic Kit?
YOUR INTEREST
ARCHIVES