Memang tak mudah untuk deal dan arrange masa dengan pelajar seorang ni. Dalam tak mudah pun akhirnya selesai juga kes dengan student Degree. Adalah pengalaman pertama mengajar pelajar degree ni. Tahun lepas ada 2 pelajar request untuk belajar basic accounting. Tapi, tak dapat commit atas sebab masa clash dengan pelajar sedia ada.
.
Alhamdulillah tahun ni sekali lagi diberi peluang untuk mengajar pelajar Degree.
.
.
Normally, sebelum deal any task berkaitan pelajar degree punya syllabus, adalah sangat digalakkan untuk ambil tahu berkenaan silibus mereka. Ini sebab setiap universiti dan kolej mempunyai silibus yang berbeza.
.
Jadi, memandangkan CA dulu Ex-UiTM student, dan kita belajar subject Accounting in English. Ya, ini merupakan bonus bagi CA. Untuk faham terms yang biasanya student IPTA dan IPTS ni guna.
Level lebih kurang sama.
.
IPTA dan IPTS.
.
Buku yang student gunakan masa belajar mungkin ada sedikit berbeza sebab berlainan universiti. Tapi, at the end of the day, syllabus dalam buku agak menghampiri apa yang CA dah study masa zaman Diploma dan Degree dulu. 
 .
Syukur masih ingat lagi walaupun masa belajar tahun 2011 dan degree masa 2014.
.
Alhamdulillah. Task kali ni, basic acccounting untuk student Human Resources (HR) yang belajar di UniSEL.
.
.
Alhamdulillah, bertuahnya dapat parent dan pelajar baik-baik.
.
Tak terasa jauh walaupun di Rawang bila dapat client yang sangat menyantuni tutor.
 .
Dalam masa 5 jam kita marathon. Untuk cover basic things, pelajar nampak apakah itu akaun. Sempat juga discuss soalan-soalan exam past year. Alhamdulillah sedikit sebanyak membantu. Sebab mostly soalan yang keluar tu lebih kurang macam soalan yang keluar masa SPM dan cuma convertkan saja dalam English.
.
Untuk Nabila, akak doakan kejayaan awak. Moga kecemerlangan dan kejayaan sentiasa mengiringi jalan kehidupan awak. Supaya dapat terus berbakti terus pada orang tua dan orang sekeliling. Ameen 🙂
.
CA kongsikan sedikit :
.

Tip Dapat Tugasan Mengajar Pelajar Degree & Diploma

  1. Sebelum setuju dengan case, tanya silibus pelajar
  2. Double confirm content, if possible minta manual or snapshot content pembelajaran
  3. Tanya pelajar tentang sejauh mana kefahaman pelajar setakat ini
  4. Ada request any topic untuk difokuskan?
  5. Nak mula dari awal atau sebahagian topik sahaja?
  6. Beri cadangan masa untuk topik yang akan didiskusikan
  7. Kedua pihak setuju dengan Tuition rate dan masa?
  8. Deal masa yang sesuai untuk buat class

.

Semoga membantu!

.

#TutorProfesionalMalaysia
#CMNAcademy
#CikguAkin
#ProAkaunVisual
.

2 Responses

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Apa Kata Adik Husna?
Apa Kata Adik Aminah?
Apakah The Baesic Kit?
YOUR INTEREST
ARCHIVES