Bagaimana Ibubapa Dapat Membantu PDPR Anak? | Terkini PKP dijalankan di seluruh negeri di Malaysia. Sudah pasti semua pihak akan terkesan termasuk dunia Pendidikan. Pelajar sekolah tidak lagi hadir ke sekolah kerana semua sekolah diarahkan oleh kerajaan untuk tutup bagi mengelakkan penularan wabak covid-19.

Hal ini menyebabkan pelajar sekolah tidak lagi boleh belajar seperti biasa, bertemu empat mata dengan guru dan kawan-kawan sekelas. Walaupun kelas diteruskan secara online, masih ramai pelajar yang tidak dapat fokus dan ketinggalan dengan mata pelajaran yang di ajar di sekolah.

1. TAHU KEKUATAN DAN KELEMAHAN ANAK

Solusi dari masalah ini adalah ibu bapa harus bertanggungjawab dalam memastikan pembelajaran anak- anak tetap berjalan seperti biasa tanpa membiarkan anak-anak ketinggalan. Ibu bapa harus mengetahui :

   (a) Kekuatan dan;
   (b) Kelemahan

anak masing-masing semasa belajar secara online supaya boleh mencari penyelesaian kepada kelemahan anak terutamanya dalam subjek-subjek yang memerlukan lebih perhatian untuk diperbaiki.

Masih banyak pilihan yang ibu bapa ada untuk memastikan anak-anak kekal belajar seperti biasa. Memandangkan pusat tuisyen juga tidak dibenarkan beroperasi di musim PKP ini, pasti ibu bapa sudah buntu. Mungkin juga, tidak ada idea bagaimana nak memastikan anak-anak terus belajar dan tidak ketinggalan.

Ramai ibu bapa masih tidak mengetahui bahawa masih ada jalan dan cara untuk pastikan anak-anak kekal belajar iaitu dengan mendaftarkan anak ke online tuition atau home tuition.

2. KOMUNIKASI DUA HALA LEBIH EFISYEN

Ramai ibu bapa yang masih tidak sedar bahawa online tuition dan home tuition juga mendatangkan banyak kelebihan dan manfaat kepada anak-anak. Seperti yang semua sedia maklum, online tuition dan home tuition kedua-duanya berlangsung dari rumah sahaja.

Antara kelebihan online tuition dan home tuition adalah :

(a) Interaksi dua hala ibu bapa dan guru
(b) Penyampaian telus, cepat dan mesra

Ibu bapa boleh perhatikan sendiri kelas yang berjalan antara tutor dan anak. Ibu bapa juga boleh perhatikan sendiri interaksi dua hala yang berlaku antara tutor dan pelajar. Perkembangan anak-anak juga boleh dinilai dengan cepat dan terus bertanya kepada tutor.

3. LEBIH SELAMAT DAN SELESA

Seterusnya, online tuition dan home tuisyen lebih selamat dan selesa. Di musim pandemik ini, pasti ibu bapa mahu elakkan anak-anak daripada terdedah dengan orang dan tempat awam. Jadi, online tuition dan home tuition merupakan pilihan yang terbaik untuk memastikan anak-anak kekal belajar di musim pandemik ini dan dalam masa yang sama terhindar daripada wabak covid-19.

Ini antara tanggungjawab ibu bapa yang penting untuk memastikan PDPR berjalan dengan lancar adalah menyediakan tempat belajar yang selesa dan kondusif buat anak-anak.

4. BERI LEBIH PERHATIAN PADA KEPERLUAN ANAK

Akhir sekali, dengan mendaftarkan anak ke online tuition atau home tuition, ibu bapa dapat beri lebih perhatian pada anak-anak dengan melengkapkan keperluan pelajaran mereka.

Kesimpulannya, tahap perkembangan Pendidikan anak-anak harus dititikberatkan. Lebih-lebih lagi di musim pandemik covid-19 ini. Dengan adanya online tuition dan home tuition, ibu bapa dan tutor lebih terdorong untuk memperbaiki kelemahan anak-anak dalam pembelajaran terutamanya dalam subjek-subjek yang memerlukan lebih perhatian.

Sekian, semoga perkongsian ringkas saya ini dapat membantu kamu yang berada di luar sana.

Semoga kita dapat sama-sama menggunakan masa yang ada ini untuk membantu anak-anak kita supaya mereka tidak ketinggalan dalam pelajaran 😉

Credit : Cik Nisa Naimah

==========================

Jom join Special Funtastic Class bersama Cikgu Akin secara PERCUMA! Promosi Funtastic Raya Learning ini hanya untuk Mei 2021 saja. Klik link >> bit.ly/FuntasticRayaLearning untuk pendaftaran. Siapa cepat, dia dapat guys! Yang nak belajar Akaun dengan santai, yang nak belajar Akaun gaya Visual.

Yang nak belajar akaun tanpa fikir you terkejar kejar habiskan silibus, jemput join. Jemput kongsikan jika bermanfaat 😉

#CMNAcademyPetalingJaya
#CMNAcademy
#FuntasticOnlineTuition
#Tipsbelajar #PrinsipAkaunSPM

No Response Yet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Apa Kata Adik Husna?
Apa Kata Adik Aminah?
Apakah The Baesic Kit?
YOUR INTEREST
ARCHIVES