Dari Tutor Biasa Kepada Speaker Online! | Allah Maha Tahu apa yang terbaik buat kita semua. Begitu juga apa yang Allah rancangkan buat kami, Team Funtastic. Pertemuan bersama Coach Mohd Noor, Allah dah rancang sejak awal lagi.

Perjalanan ini ingin diabadikan sebagai coretan permulaan sebuah perjalanan baru. Supaya nanti setelah 20 tahun, alkisah indah ini masih terlakar dan bernadi segar dalam ingatan. Melihat team CMN di alam maya sejak tahun 2015 tapi cukup sekadar di belakang tabir.

SEJAK 2015

Berlanjutan ke tahun 2017 dan 2019 dengan banyak kisah di sebaliknya. Alkisahnya bermula pada 2019. Lanjut ke 2020. Dan lanjut lagi pada April 2020. Tarikh keramat akan diingat sampai bila-bila. 5 April 2020, pertama kali ditawarkan masuk sebagai Team Funtastic, sebagai Tutor Prinsip Akaun. 6 April 2020 mula kelas pertama. 3 kali kelas percuma, Alhamdulillah, ada student Premium, Advance dan alhamdulillah ada 1 student Platinum.

 

Rasanya terlalu awal untuk menyerah.

Walaupun pernah terfikir untuk give up di fasa awal adaptasi Funtastic Online Tuition dulu. Hari ke hari, bulan ke bulan. Alhamdulillah, improve a lot. Sebutlah apa saja.

Slide. Teaching method. Tools. Handout. Digital equipments. Bamboo pad. New Laptop. Two laptop. New Smart phone. Webcam Logitech. Mahal tapi worth it. Meja. Ring lamp. Whiteboard. Phone stand. Table stand. Mouse. Speaker. Microphone. Green screen. Planner.

APA PERSAMAAN SEMUA TOOLS DI ATAS?

Persamaan dia adalah itu semua investment ūüĎ©ūüĎĆ Kita rasa takut nak invest sebab takut tak setimpal pulangan? Cuba reset mindset semula. Dan daripada home tutor dah boleh upgrade kepada online tutor (Impian dari 2019 lagi). Dan yang sangat best berlaku dalam 2020 adalah terlunaslah azam 2019 untuk menjadi speaker. Speaker apa, itu kita bagi Allah yang decide.

Alhamdulillah. Sebenarnya ini semua nak didedikasikan buat semua team CMN Academy. Coach Mohd Noor, Coach Isa, Coach Amir, Coach Wahidah, Coach Ikha dan Coach Aini. Kehadiran kalian sangat memberi sinar harapan dalam bidang tutoring ni.

Buktinya dulu, STPM 2019. Hanya datang sekadar memenuhi kuota 4 orang. Dan kemudian, join LBM2020 tanpa tahu sebenarnya LBM tu apa.

Guru cakap, yang penting jalan dulu.

Alhamdulillah, rasanya pengalaman dah upgrade jadi online tutor pun dah cukup bersyukur. Inikan pula insan ini menjadi Speaker secara virtual pula. Pengalaman paling manis adalah apabila diberi peluang untuk breakthrough sesuatu yang menjadi ketakutan pada awalnya.


“Kalau kami boleh percaya semua team mampu buat, kenapa tidak diri korang sendiri?”
 kata CMN.

Jadi, bermulalah Seminar Beyond Expectation Student Tutoring (BEST) pada 31 Mei 2020 jika tak silap. Alhamdulillah berlanjutan ke seminar-seminar online yang seterusnya.

Maka, terlaksanalah Seminar BEST Online Prinsip Akaun. Mindset sebelum ni adalah, subjek Prinsip Akaun ni pengajaran secara tradisional je boleh sampai pada pelajar tapi, pendekatan kali ini lebih advance dan lebih santai penyampaiannya. Rupanya dapat lebih sampai, lagi-lagi pada pelajar jenis kinestatik dan visual.

Ada juga dikongsikan dalam laman blog peribadi di sini tentang speaker-speaker BEST. Jemput singgah untuk berkenalan dengan team kami, team Funtastic dari tahap UPSR, PT3 dan SPM. Semoga bermanfaat buat semua di luar sana.

================

Jom join Special Funtastic Class bersama Cikgu Akin secara PERCUMA! Promosi Funtastic Raya Learning ini hanya untuk Mei 2021 saja. Klik link >> bit.ly/FuntasticRayaLearning untuk pendaftaran. Siapa cepat, dia dapat guys! Yang nak belajar Akaun dengan santai, yang nak belajar Akaun gaya Visual.

Yang nak belajar akaun tanpa fikir you terkejar kejar habiskan silibus, jemput join.

Jemput kongsikan jika bermanfaat .

#CMNAcademy
#BelajarAkaunGayaVisual
#CMNAcademyPetalingJaya
#FuntasticOnlineTuition
#Tipsbelajar #PrinsipAkaunSPM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *