5 Persediaan Pelajar Sebelum Hadapi Peperiksaan | Biasa tak korang rasa stres sebelum hari peperiksaan?Mesti ada kan? Dan ianya memang selalu terjadi, betul? Bukan setakat perasaan takut saja tau, perasaan stres pun ada sebab tak prepare materials untuk peperiksaan lah, tak hafal lah dan lain-lain lagi. Okay, dalam article ni saya nak kongsikan 5 Persediaan Pelajar Sebelum Menghadapi Peperiksaan.

Jom, explore..

Baca artikel : Seminar Finale Prinsip Akaun SPM


1. Sediakan Peralatan / Alat tulis Untuk Peperiksaan

Kamu boleh mudahkan kerja dengan menyenaraikan barang yang perlu bawa ke bilik peperiksaan di sebuah kertas atau di note app. Tak perlu pun senarai terlalu banyak, beli hanya yang perlu sahaja.

Mesti kalau dah tiba masa peperiksaan tu muncul perasaan gila-gila kan seperti :
   1. Nak beli 10 pen kalau tiba-tiba habis dakwat
   2. Nak beli 3 pembaris kalau tiba-tiba patah
   3. Nak beli 3 pemadam kalau dah habis boleh guna lain
   4. Beli pensel 5 kalau satu patah boleh guna lagi

So perasan-perasan tu cuba control. Just bawa barang yang kamu dah biasa guna masa sekolah tu walaupun dah guna tapi jimat duit. Paling penting beli 3 pen yang baru dan yang lain tu boleh guna yang lama punya.

2. Sebelum Sebulan Baca Nota

Kumpulkan semua nota sekolah dan tuisyen sebelum sebulan tu. Jangan kumpulkan semua dalam sehari pula hihi. Sebab apa sebulan? Kalau sebulan kamu akan ada masa untuk arrangge jadual untuk baca semua nota.

Kalau sehari habis lah. Kita ni bukan robot untuk baca semua tu. Lagi-lagi bukan just 2 atau 3 subjek je tapi ada 9 subjek dengan chapter yang lebih daripada 4 tu untuk satu subjek.

Terlalu banyak subjek dan topik yang perlu kita cover, betul?

3. Hafal yang Mana?

Sebenarnya atleast kamu perlukan sebulan untuk cover semua subjek dan topik-topik. Kamu mesti biasanya akan guna buku teks dan buku rujukan kan untuk baca dan hafal. Sebenarnya ada secret. Kalau macam subjek pengiraan ni kamu just perlu tahu cara jawab soalan dan formula. So, kamu boleh kuasai 2 perkara tu dengan tengok video-video di youtube dan laman sesawang yang lain.

Subjek fakta-fakta seperti Sejarah tu sama juga kamu just ambil buku nota dan hafal yang key penting yang terlepas tu. Kalau banyak tengok je video-video di youtube. Sebab apa video-video tu boleh bantu? Macam subjek fakta tu biasanya jawapan akan berulang-ulang. So, tengok video dan ambil tahu tentang skema pemarkahan. Itulah tricks dia.

4. Jaga Pemakanan

Tip ni paling susah daripada semua tips di atas hehe. Kalau cakap makanan saja mesti ingat makan kegemaran kamu kan lagi-lagi kalau makanan seperti :

        1. KFC
        2. McDonald
        3. A&W
        4. Subway
        5. Starbucks

Sedapkan hehe. Tetapi kamu kena elakkan juga makanan tu atleast seminggu sebelum peperiksaan okay. Sebab apa? Mungkin ada sesetengah orang tu makan aiskirm 2 ketul pun tak jatuh sakit. Ada yang kadang-kadang sakit kalau just makan sedikit saja walaupun cup aiskrim yang kecil tu.

So untuk elakkan jatuh sakit dekat-dekat nak exam, tolong elak amalkan pemakanan itu. Bukan makanan saja tau, benda-benda sejuk seperti air bikarbonat atau air gas pun cuba elakkan.

5. Elakkan Pergi Kelas Fizikal

Kelas Fizikal seperti :

         1. Badminton
         2. Futsal
         3. Basketball
         4. Bola baling

Sebab nanti kalau kamu dapat injury nanti kena ambil peperiksaan dengan rasa sakit atau kemungkinan terpaksa skip ambil ujian di sekolah. Paling utama kelas martial arts tu. Kamu yang masuk kelas Martial Arts boleh hold dulu kelas tersebut kerana kelas tersebut akan buat diri kita mudah cedera atau terseliuh.

Sekian, semoga perkongsian kecil saya ini dapat membantu kamu yang berada di luar sana.

All the best yang nak exam tu! 😉

Credit : Kodiswaran
Alumni Pelajar Funtastic Online Tuition (FOT) Sesi 2020

                                                            ==========================

Jom join Special Funtastic Class bersama Cikgu Akin secara PERCUMA! Promosi Funtastic Raya Learning ini hanya untuk Mei 2021 saja. Klik link >> bit.ly/FuntasticRayaLearning untuk pendaftaran. Siapa cepat, dia dapat guys! Yang nak belajar Akaun dengan santai, yang nak belajar Akaun gaya Visual.

Yang nak belajar akaun tanpa fikir you terkejar kejar habiskan silibus, jemput join. Jemput kongsikan jika bermanfaat 😉

#CMNAcademyPetalingJaya
#CMNAcademy
#FuntasticOnlineTuition
#Tipsbelajar #PrinsipAkaunSPM

No Response Yet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Apa Kata Adik Husna?
Apa Kata Adik Aminah?
Apakah The Baesic Kit?
YOUR INTEREST
ARCHIVES