Bermulanya Piramid Dokumen ini wujud adalah ketika Seminar Be The Legend Trainer pada 2021. Ini adalah tajuk yang dibawakan. Tentang Piramid dan ianya mula dengan isu yang timbul “Banyak sangat dokumen ni cikgu. Pening nak ingat!”

 

Mengikut 4 I.D.E.A untuk hasilkan hasilkan pembelajaran berimpak, maka terhasillah Piramid Dokumen ini dengan tujuan sebagai pemudahcara untuk memahami topik 3 Prinsip Akaun Tingkatan 4.

 

 

Bagaimana Piramid Improve Imaginasi Pelajar?

 

Ya, Piramid Dokumen ini sudah hampir 2 tahun CA cuba praktikkan dengan pelajar dan Alhamdulillah 2023 baru yakin untuk sebar luaskan kepada lebih ramai pelajar dan pendidik sebagai satu Alat Bantu Mengajar (ABM) Inshaa Allah. Itupun selepas launched semasa Pesta Buku 2022 dan tahun ni diapproached oleh Cikgu Hazel, Cikgu Prinsip Akaun di SMK Subang.

 

Jika ada pendidik yang ingin mendapatkan PiDi Kit, jangan risau dah okay. Sebab CA sudah sediakan Akses Video Cara Penggunaan untuk bantu Pendidik faham dan bantu ajar pelajar pula di sekolah atau di pusat tuisyen.

 

Actually, Bgaimana Piramid Dokumen (PiDi Kit) ni Membantu Pelajar?

 

1.  4 Sisi Bentuk Visual Yang Mudah Dicapture

  • Piramid Dokumen terdapat 4 sisi bentuk yang mempunyai peranan tertentu. Bentuk, saiz dan susunan dalam PiDi Kit dapat bantu menguatkan ingatan pelajar. Ini kerana fikiran mereka akan lebih tersusun dalam 1 bentuk Piramid sahaja.

 

2.  Setiap Tingkat Mempunyai Fungsi Berbeza

  • PiDi Kit disusun mengikut jenis dokumen, persamaan dokumen, perbezaan dokumen, sebab dokumen wujud, bentuk ilustrasi dan contoh urus niaga. Jadi, pelajar akan lebih jelas fungsi dokumen sekiranya diberi dalam soalan. Ini kerana, terdapat 14 jenis dokumen yang disusun dalam PiDi Kit.
  • Pelajar takkan teragak-agak untuk tentukan dokumen tersebut dikategorikan dalam Buku Catatan Pertama yang mana satu kerana sudah tahu ianya berkenaan hutang atau tunai atau barang niaga atau selain dari itu.

 

3.  Relate Terus Piramid Dengan Soalan Praktikal / Latihan

  • Pelajar akan alami kesukaran untuk menyelesaikan topik 4 Buku Catatan Pertama kan? Biasanya kerana Topik 2 masih stuck debab kebanyakan pelajar hafal, betul? Sama je dengan pelajar CA ketika sebelum 2020.
  • Subjek Akaun ni berkait rapat. Jika lemah basic, makin jauh ketinggalan nak faham topik belakang dan topik Tingkatan 5.
  • Maka, bila pelajar dah faham Topik 3 (Piramid Dokumen), maka mudahlah untuk kaitkan dengan Topik 4. Inshaa Allah lebih smooth, cepat dan betul sebab tools untuk dirujuk.

 

Piramid Dokumen

 

Upgrade dari Piramid Dokumen lama kepada PiDi Kit yang baru.

 

Piramid Dokumen

 

Pelajar gunakan PiDi Kit yang sama untuk buat Latihan Buku Catatan Pertama (BCP).

 

 

 

Kenapa Gunakan Model Piramid?

Sebab CA nak hasilkan ABM yang CA sendiri akan guna sampai bila-bila. So, of course CA akan hasilkan yang ready-to-use, travel size dan compact! That’s my reason. And of course, CA tak buat for myself. I did for my lovely students juga. So, CA bantu untuk permudahkan issue yang dihadapi pelajar CA.

 

Yes, ianya berbalik pada Apa 4 I.D.E.A untuk hasilkan pembelajaran berimpak.

 

Nak hasilkan sesuatu Tools, Kit, DIY, ABM, then CA cuba explore based on masalah pelajar. Dan sekarang, dah makin ramai pendidik / cikgu sekolah yang sudi saling share pengalaman masing-masing. Tak dikecualikan pengalaman mencabar untuk bantu anak-anak didik yang nak Drop Akaun :O So, CA memang belajar banyak dari pengalaman orang lain yang lebih expert.

 

 

Alhamdulillah, CA bersyukur sangat. masa Ramadhan baru ni, ada seorang Cikgu sekolah yang sudi untuk dapatkan PiDi Kit ni. Inshaa Allah, Mei 2023 akan supply 150 helai PiDi Kit pada pelajar-pelajar Tingkatan 4 dan 5 di salah sebuah sekolah di Selangor. Dan CA juga dijemput untuk buat Bengkel Fun Akaun bersama pelajar-pelajar Tingkatan 5 nanti.

 

Inshaa Allah, doakan moga dipermudahkan ya sahabat. Sekolah Offline ketiga tahun ni inshaa Allah. Fighting! Demi anak-anak yang lemah Akaun, kita bantu sampai anak-anak naik semangat untuk teruskan sampai SPM!

 

Piramid Dokumen

 

Sedang prepare untuk postage kepada Cikgu sekolah di Kedah dan 2 Cikgu Tuisyen Akaun di Selangor. Terima kasih atas sokongan kalian.

 

Berminat Beli Kit Akaun?

 

Baca artikel :

No Response Yet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Apa Kata Adik Husna?
Apa Kata Adik Aminah?
Apakah The Baesic Kit?
YOUR INTEREST
ARCHIVES