CA yakin ramai je antara kita yang suka berbelanja? Lagi-lagi sekarang adalah zaman digital. Tapi, selalu rasa bersalah sebab duit makin berkurang. Kalau CA tanya, korang suka tak kalau dapat shopping dan dalam masa sama, dapat cashback? Shopback Program mungkin sesuai untuk korang.
Ish, siapa yang tak suka dapat cashback. Ibarat macam kita berbelanja tapi dengan diskaun. Kalini, kita dapat cash. Bukan dengan shopping saja dapat berikan kita duit, tapi dengan berkongsi link pun kita boleh dapat Bonus Cashback!
Mudah sangat. Ramai lagi belum tahu tentang peluang ni tau sebenarnya.
Contoh Mudah Cashback!
Contoh mudah, CA selalu beli Foodpanda. Sebelum ni, CA masuk terus dalam Apps Foodpanda, dan hanya boleh guna Voucher ‘All Day’, ‘Pestapanda’, ‘Order Now’, ‘Ten’ dan lain-lain voucher. Sekarang, selain shopping online food, CA dapat vouchers dari Foodpanda, CA dapat vouchers dan Cashback dari Shopback sekali!
Dan lagi terbaik, CA buat pembayaran melalui Boost. Dengan Boost pun, CA dapat generate coins yang boleh ditukarkan kepada duit. Bestnya semua boleh dapat convert jadi duit 🤑
Contoh, Foodpanda berikan 14% Cashback dari harga pembelian makanan korang. Selalu shopping di Shopee? 11% cashback. Hujung bulan, ada sale di Zalora dan Lazada kan? 9% cashback. Rugi kan tak claim cashback ni?
Ni antara history Cashback CA. Bila dah confirm dapat banyak kali Cashback ni, memang everytime shopping, mesti masuk Cashback dulu. Barulah tak rugi hihi
Macamana nak buat duit dengan ShopBack?
Jana pendapatan semudah ni kadang-kadang nampak macam, “Eh, boleh percaya ke?”
Sejujurnya CA dah dua kali gunakan income shopback untuk beli Voucher Foodpanda dan Shopee dengan harga yang murah. Contoh, Voucer RM10 beli dengan harga RM9.50. Jadi, bila beli harga makanan RM10. Kita dah automatically dapat Cashback RM0.50. Bijak kan? Bayar menggunakan Boost, dapat Coins. Kumpul coins, boleh tebus Prepaid Reload. Double bijak bukan? 😀
Sejujurnya juga CA belum lagi withdraw duit. Memang target nak kumpul dulu sampai RM500. Nak masuk Self Contribution ke EPF. Alhamdulillah, Shopback memang boleh bantu kita yang nak buat duit passively.
Jom, CA bantu korang. Tak kisah siapa pun. Kita sama-sama berfikiran jauh. Tahun 2023 dijangkakan akan berlaku inflasi. Jadi, ini caranya untuk kita dapat berjimat dan maximise peluang dengan baik.
Ni adalah bukti history CA yang baru mendaftar sebulan. Pun dah banyak macam ni cashbacknya. Apa lagi kalau setahun nanti. Kan banyak berbelanjanya kan ehek.
Apakah itu Shopback?
Shopback adalah satu platform yang dapat berikan kita peluang untuk dapatkan pulangan wang daripada hasil kita berbelanja. Setiap perbelanjaan kita adakan ada % cashback yang berbeza mengikut pada shopping platform masing-masing.
Ada lebih dari 5 kategori stores :
- Special : Ongoing Promotion
- Marketplaces
- Travels
- Fashion & Sport
- Health & Beauty
- Electronic and Home Appliances
- Mom & Baby
- Food & Groceries
- Lifestyle & Others
Wow, banyak kan? Macamana nak mula dapat Cashback? Jom Daftar dulu dan CA nak berikan Bonus bernilai RM10 untuk korang mula shopping and get your First Cashback!
Daftar Shopback Secara Online
Cara yang mudah dan sesiapa sahaja boleh mendaftar. Terdapat tiga langkah untuk dibuat.
Langkah 1 : Pendaftaran Shopback
- Klik Shopback
- Klik Continue (Automatik dapat RM10 Bonus)
- Masukkan nombor telefon > Create Account (p/s : Boleh mendaftar gunakan Akaun Facebook peribadi)
Langkah 2 : Activation! (Tahniah! Bonus RM10 telah dikreditkan!)
- Klik pada RM10 tersebut
- Klik ‘Cashback Overview’
- Update your Account
- Klik pada ‘You have not verified your account yet. Click here to get a verification email’
Langkah 3 : Email Activation Code
- Login ke email yang didaftarkan
- Cari email dari Shopback bertajuk ‘Verify your Email’
- Klik ‘Verify your email’
TAHNIAH! Akaun Shopback korang sudah diaktifkan. Mulakan shopping dan dapatkan update cashback untuk setiap pembelian di kedai-kedai online yang tersenarai.
Actually, CA risau terbeli melalui Foodpanda apps, jadi CA remove apps foodpanda siap-siap dari halaman depan. Hanya letakkan apps cashback sahaja. Yes, very convenient dan tak lupa ingatan lepas tu. hihi
Macamana Nak Withdraw Duit?
Haa, sampai terlupa ya. Nasib baik ada soalan ni. Jawapannya, sangat mudah. Apabila dah mula mendapat cashback korang perlukan minimum RM10 saja di dalam Akaun Shopback masing-masing. Then, dah boleh withdraw ke bank akaun masing-masing.
Perlukan lebih kurang 7-14 hari bekerja ya untuk succesfully withdrawn duit.
See? Mudah je kan? Bukan saja boleh monitor dari website. Boleh saja monitor juga melalui smartphone masing-masing. CA sarankan, download apps Shopback di telefon masing-masing melalui Google Playstore atau Apple Store.
Baca lagi :
- Cara Buat Duit Mudah dengan Touch & Go
- Cara Tambah Income Dengan Boost
- Cara Buat Duit Extra dengan Produk Shopee Affiliate (Non Influencer)
No Response Yet