Ramai sebenarnya yang tak perasan kan tarikh kad CIMB tu expired. Know-know eh dah tak boleh guna. Know-know eh dah tak active. Sama, CA juga begitu. Guna Maybank dan Cimb, dua-dua rupanya dah tak aktif. Sebenarnya ada beberapa cara untuk kita renew kad debit / kad atm. Melalui online atau pergi ke cawangan terdekat.

 

Jika you all teringat nak renew tu waktu pagi dan ada kelapangan masa, boleh ke cawangan terdekat, lebih cepat siapnya. Dalam tempoh 1 jam menunggu dah boleh siap. Bergantung pada ramai atau tidak pelanggan di kaunter bank. Tapi, proses biasanya tak lama sangat, menunggu je yang lama.

 

Cadangan waktu untuk renew kad : Dalam tempoh 3 bulan sebelum expired.

 

 

Cara Renew Kad Debit / Kad ATM Cimb Secara Online

 

1.   Isi borang CIMB Debit Card Renewal

2.   Masukkan 6 nombor digit IC.
(Contoh : 982211-88-5225) Masukkan 885225.

3.   Masukkan 4 nombor digit terakhir kad debit / kad atm semasa.
(Lihat di depan kad debit Cimb : 1 2 2 1 – 2 3 3 4 – 4 5 5 4 – 5 6 6 5) Masukkan 5 6 6 5.

4.   Tekan butang ‘PROCEED’

5.   Masukkan OTP (One-Time Password) yang diterima melalui SMS untuk tujuan verifikasi. Tekan CONFIRM.

6.   Pilih ‘Renew my debit card and deliver to me’. Tekan butang ‘PROCEED’ untuk ke langkah seterusnya.

7.   Semak alamat terkini. Jika alamat yang terpapar adalah berbeza, pilih ‘Mailing Address’ dan masukkan alamat terbaru untuk penghantaran kad.

8.   Semak alamat dan tekan butang ‘YES’ untuk sahkan permohonan. 

9.   You all akan terima kad debit CIMB yang baru dalam tempoh 14 hari bekerja.

 

CA haritu renew secara online. Dalam seminggu saja dah sampai. Dengan Maybank punya kad debit sekali, selang sehari. Memang tak sampai 7 hari pun. Mungkin lain tempat lain tempoh masanya.

 

Maklumat Lanjut :

Untuk maklumat lanjut, hubungi CIMB Call Center di 1 300 885 300 (tempatan) atau +603 2295 6888 (luar negara) atau kunjungi mana-mana cawangan CIMB Bank terdekat untuk buat laporan berkenaan kehilangan atau kerosakan kad dan sebagainya.

 

Prihatin terhadap harta peribadi masing-masing okay.

 

Lokasi CIMB Bank terdekat :

You all boleh kunjungi kaunter CIMB terdekat, rujuk lokasi dalam senarai ini :

->  Lokasi Cawangan CIMB Bank

 

Cabaran : Possibility kad mungkin boleh hilang semasa penghantaran

 

Baca : Tutorial tambah Pinterest icon di blog image

 

No Response Yet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Apa Kata Adik Husna?
Apa Kata Adik Aminah?
Apakah The Baesic Kit?
YOUR INTEREST
ARCHIVES