Dianugerahkan Sijil Legend Blueprint Mentorship 2021 Modul Prinsip Akaun Pertama!

Syukur alhamdulillah atas peluang sepanjang 60 hari Quarantime bersama team dan para pendidik hebat. Saya sertai Legend Blueprint Mentorship 2021 pada tarikh 30 dan 31 Januari 2021.

Seramai lebih 70 peserta LBM yang menyertai bengkel LBM, Vaksin LBM, Extraordinary Class LBM 1, Extra Class LBM 2 dan Final session untuk touch up final draft seminggu sebelum Graduation day. Setiap sesi memang coach akan guide dan bantu each peserta untuk commit dan guide peserta yang ada isu, dari isu basic seperti nama Modul sesuai, content yang wow, bagaimana nak create VALAD dalam tutoring journey kita, bagaimana menjadikan Modul kita High Impact dan banyak lagi.

Kadang terfikir, Value yang Coach Mohd Noor bagi selama ni sebenarnya tersangatlah Value Over Price! 😀

Berkat tunjuk ajar Coach, maka terhasillah Modul Pertama saya, E-Book Santainya Belajar Akaun Dengan Aktiviti!

Tahun 2020 hingga 2021 adalah Tahun paling banyak perubahan yang Allah izinkan. Allahu.. Moga ini menjadi pembuka jalan bagi saya untuk bantu lebih ramai pelajar dan bakal pendidik yang perlukan bantuan untuk berubah ke tahap yang seterusnya. Sangat terinspirasi dengan gaya leadership CMN yang tak pernah push kami tapi sentiasa bagi support!

Sebab itu, kadang-kadang kita kena ubah mind set supaya jangan kedekut untuk membuat pelaburan ilmu. Confirm tak menyesal. Yang penting ada tindakan yang betul dengan panduan dan guru yang betul. Inshaa Allah.

Majlis Penganugerahan Sijil Legend Blueprint Mentorship Award 2021 berjalan secara Virtual dan saya sertainya dari Program Youtube Master Class dan masa ni saya bersama team, Chegu Beeha dan team Editor, Bro Azraai Shah selama 5 hari di Melaka.
Allah Maha Baik. Dia permudahkan urusan kami bertiga di Melaka dan kami dapat join Majlis Penganugerahan tanpa sebarang isu. Alhamdulillah.

Buat para pendidik yang tertanya-tanya, macamana caranya untuk bergerak lebih jauh, bukan sekadar mengajar, teringin mencari peluang untuk bergerak bersama team dan ingin belajar untuk mempunyai Modul atau produk pengajaran sendiri, kami di CMN Academy mengalu-alukan kedatangan kalian.

Yang berminat untuk join Legend Blueprint Mentorship, boleh pm team di sini. Cuma satu perkara yang saya selalu buat dan praktikkan adalah,

“Jangan kedekut dalam pelaburan ilmu. Kerana ilmu dapat menambahnilai bukan saja nilai pada diri kita malah nilai pada orang lain juga.” 

Saya doakan kalian yang membaca posting ini mendapat sesuatu dari perkongsian ringkas saya. Dan moga Allah berkati setiap apa yang kalian laksanakan dan moga ada insan lain yang mendapat sesuatu daripadanya. Buat pelajar yang berminat untuk mendapatkan E-Book Santainya Belajar Akaun Dengan Aktiviti secara PERCUMA! Terhad kepada 50 pelajar terawal sahaja !

 

 
CMN Academy Petaling Jaya

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Apa Kata Adik Husna?
Apa Kata Adik Aminah?
Apakah The Baesic Kit?
YOUR INTEREST
ARCHIVES