strategi menghadapi exam spm

Banyak betul subjek nak ulangkaji untuk SPM ni, subjek pula lebih dari 8 matapelajaran. Mana tak penat dan rasa overwhelmed. Tak masuk lagi dengan tugasan dari sekolah dan tuisyen, betul? Percayalah, bukan awak seorang alami pengalaman begini.

 

Kita semua ada 24 jam dalam sehari. Tetapi, beza kita adalah bagaimana menggunakan 24 jam tersebut dengan optimum. Mari Cikgu bantu awak dengan 10 Strategi Menghadapi Exam PT3 / SPM. Strategi ini Proven tau!

 

strategi menghadapi exam

 

10 Strategi Menghadapi SPM (2023)

1. Jaga Hubungan Dengan Sang Pencipta

Kita biasa dengar, nak berjaya ni kena Usaha, Doa dan Tawakal, betul?

 

Tapi, bagi cikgu, kalau anda nak berjaya, ini Strategi Menghadapi Exam iaitu : Doa, Usaha dan Tawakal. Sebab sebelum nak mula apa pun sesuatu atas muka bumi ni, mula dengan doa, minta supaya Allah mudahkan perjalanan, moga Allah lapangkan urusan, moga Allah berikan yang terbaik dalam setiap keputusan.

 

Maka, Allah pasti mudahkan. Amalkan juga solat hajat. Jangan putus-putus minta padaNya. Insyallah anda belajar mudah sangat ingat dan faham. Dah berdoa, kita usaha buat semaksimum mungkin, dan kemudian kita bertawakal. Kita tak akan mudah menyesal kerana semua yang kita buat, bersandarkan pada Allah SWT.

 

 

2. Ada Matlamat dan Sasaran Dalam Hidup

Matlamat dalam hidup menjadikan kehidupan kita lebih terurus kerana kita tahu apa yang kita nak capai. Ada impian, bina strategi untuk capai impian tu. If there’s no dream, create one!

 

“The journey of a thousand miles begins with one step.”

 

Mulakan dengan langkah pertama, impian harini adalah untuk siapkan 2 Tugasan. Esok untuk siapkan Nota Topikal. Lusa nak buat soalan Objektif. Tulat nak buat Study Group, jadi presentor yang explain pada kawan-kawan pula.

Bila ada impian, matlamat dan strategi, fit kan dengan Ciri-Ciri SMART.

 

S (Spesifik) M (Measurable) A (Achievable) R (Reasonable) T (Time Frame)

 

 

3. Pengurusan Masa Efektif

 

 

4. Monitor Waktu Tidur Mencukupi

Jika anda fokus pada Exam SPM. Jaga waktu tidur anda, jangan terlalu berjaga di lewat malam kerana ini boleh mengganggu body clock anda dan anda juga boleh rasa penat selalu di siang hari. Kalau anda lebih selesa belajar selepas bangun dari tidur selepas anda solat Suboh. Jangan tidur balik selepas bangun tidur! Tidur sehari dalam 5 dan saja pun dah memadai, gais!

 

Ini akan buatkan badan anda lemah dan tidak bertenaga untuk beraktiviti dalam seharian.

 

 

5. Jaga Pemakanan Harian

Penting sangat untuk jaga apa kita makan dalam seharian. Jika anda kurang bertenaga, mungkin boleh ambil supplement atau minum susu sebagai energy booster di waktu pagi.

 

Hal ini boleh memicu otak kita untuk lebih focus, jadi lebih bertenaga untuk buat tugasan harian dan selesaikan tugasan lebih efektif dan efisyen.

 

 

6. Strategi Menghadapi Exam Dengan Optimize Study Group

Ada pelajar gemar untuk belajar sendirian, tetapi jangan remehkan betapa berkesannya belajar dalam kumpulan. Mungkin kekangannya adalah, untuk menemui buddies yang betul. Percayalah, setiap daripada anda ada kelebihan yang berbeza.

 

Agihkan topik untuk minggu ni. Agihkan ketua untuk membincangkan subtopik tertentu. Bincangkan setiap subtopik dan topik yang perlukan extra attention.

 

Bagi cikgu, bila ada pengagihan topik, student akan lebih hardworking untuk cuba present and berikan yang the best. Sebab each person akan ada point tertentu dari cara dia memahami sesuatu point tu.

 

 

7. Tentukan Study Style Yang Kena Dengan Diri

Biasa dengar Belajar Kaedah V, A, K? Boleh google. Jika dah kenalpasti gaya belajar yang sesuai dengan anda, ajar dan teruskan berkongsi ilmu dengan seberapa ramai kawan-kawan supaya menguatkan lagi daya ingatan dan kefahaman anda.

 

Mula buat notes atau cara sesuai mengikut teknik tersendiri supaya cepat faham dan boleh explain dengan lebih yakin.

 

Baca : Belajar Akaun Dengan Teknik Visual

 

 

8. Mentor vs Mentee

 

 

9. Minta Restu Ibu Ayah

Kadang-kadang bila belajar saja pun boleh jadi stress, kan? Jangan push the limit. Rehat sekejap. Kalau dapat call  ibu  ayah pun  better. Minta semangat, doa dan nasihat daripada mereka.

 

Jika ada test or quiz, cubalah bersembang sekejap dengan mereka. Insyaallah. pasti tenang dan rasa exam tu ujian dunia saja. Tak ada apanya.. Cubalah, doa ibu ayah ni cukup MUSTAJAB.

 

 

10. Bersedia Dengan Segala Bahan

Tahukah Anda? Kejayaan yang cemerlang bermula dengan 80% Persediaan. Yes! Strategi Menghadapi Exam, Persiapkan diri dengan segala macam bentuk ilmu yang perlu difahami, persiapkan segala material atau apa yang perlu dibawa semasa ke dewan peperiksaan.

 

Jangan bazirkan waktu.

 

Baca doa penerang hati separti surah Al Insyirah.

 

Baca ayat yang membantu mudah jawab kertas peperiksaan iaitu (Rabbi yassir wala tu’assir)

 

Penutup

Akhir sekali, cikgu doakan semoga cemerlang dalam peperiksaan SPM Adik-Adik! Moga kecemerlangan milik anda semua 🙂

 

 

Credit : Format Cara Lulus Cemerlang SEMUA Skor A

 

Nak sangat Expert dalam Subjek Prinsip Akaun, tak pasti mana nak mula? Jom Belajar Akaun Teknik Visual!

No Response Yet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Apa Kata Adik Husna?
Apa Kata Adik Aminah?
Apakah The Baesic Kit?
YOUR INTEREST
ARCHIVES