Ramai pelajar menilai bila tak faham sesuatu perkara, slow learning dan perlu mengulang banyak kali sesuatu perkara itu adalah TIDAK PANDAI dan buatkan diri rasa terpaksa dalam proses belajar. Yang mana itu adalah sebuah proses yang harus dijalani setiap dari kita. Itu Normal. 3 Tip Enjoy Belajar Akaun Tanpa Rasa Terpaksa.

 

Jujurnya, CA akui bukan semua orang suka subjek Akaun. Bukan semua orang dilahirkan akan survive dengan subjek ini. Bukan semua orang gifted dapat faham subjek ini dengan baik. Bukan semua orang.

 

3 Tip Belajar Akaun Tanpa Rasa Terpaksa!

1.  Betulkan niat belajar

Bukan kerana orang lain. Tapi, kerana masa depan diri sendiri.
Tidak juga untuk dibangga-bangga bila pandai. Tapi, untuk beri manfaat pada orang.
Malah, bukan juga untuk menjatuhkan orang. Tapi, untuk saling membantu rakan yang memerlukan.

Sejujurnya bila kita tahu our WHY. Kita tak terlalu high expectation pada diri sendiri, kita lebih bertenang bila tak faham sesuatu. Kita akan cuba pelbagai cara untuk cari tahu bagaimana solusinya.

 

2.  Cari guru / mentor / rakan yang sesuai

Nak mulakan pembelajaran bukan sekadar perlu ada stationeries, buku, dan kalkulator dik. Perlukan supports system yang power dan kita selesa dengannya sepanjang perjalanan bersama. Lama proses untuk kita berjalan bersama.

 

Beginilah antara yang Aisyah (Pelajar Funtastic Prinsip Akaun batch 2022), bermula dengan class Form 4 masa 2021, tak berapa fokus. Tapi, mula serius pada 2022, ambil semula class Form 4 dan 5. Sebelum ni gagal, result paling tinggi 26% saja. Now, alhamdulillah meningkat pada 50%. Mungkin kecil bagi sesetengah pelajar. Tapi, besar bagi seorang Aisyah.

 

Aisyah sedang bina journey suksesnya, inshaa Allah. Kita doakan untuk Aisyah ye adik-adik.

 

 

3. Betulkan Mindsetting

Cukup cukuplah belajar hanya kerana nak exam. Belajarlah untuk menuntut elmu kerana ingin faham dengan baik dan bukannya hafal semata-mata. Belajar cara untuk mengaplikasikan sesuatu hal dengan kehidupan seharian, praktikal dengan dunia realiti sebenar.

Reset mindset belajar hanya sebab exam semata-mata. Alangkah ruginya masa yang kita habiskan bertahun-tahun hanya sebab mempertahankan gred sahaja namun hakikatnya seperti tin kosong.

 

Baca : 3 Guideline Study Subjek Akaun

 

 

Sebenarnya tak ada hal yang senang dalam dunia ni. Semuanya perlukan proses. Dan kita lah yang perlu menghargai setiap proses itu. Kerana tanpa proses, tiadalah kemanisan dalam kejayaan yang kita capai itu.

Biarkan penat lelah, gagal dan jatuh berkali-kali itu tetap berlaku. Dan buktikan dengan kebangkitan! Semuanya bergantung pada diri kita. Kitalah yang harus bermula dan mengambil tindakan!

 

Itulah dendam terindah bagi sebuah kegagalan 🙂

 

Macamana nak jadi seperti Kakak Aisyah Humaira yang dulunya gagal dan perlahan-lahan cipta journey paling manis sepanjang belajar Prinsip Akaun. Hanya untuk yang nak dibantu je, yang tak takut upgrade diri je. Yang rasa dah expert, rasa dah confident tak perlu masuk sini ya 🙂

 

Jemput lihat success stories pelajar lain : www.pelajarberjaya.com.

Yakin Sebelum Berjaya 🙂

No Response Yet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Apa Kata Adik Husna?
Apa Kata Adik Aminah?
Apakah The Baesic Kit?
YOUR INTEREST
ARCHIVES