Ramai pelajar lepasan SPM, terutamanya yang mengambil subjek Prinsip Perakaunan, mungkin tidak sedar bahawa mereka sebenarnya berpeluang memperoleh satu lagi sijil antarabangsa secara automatik — iaitu Sijil LCCI Tahap 2 (Book-keeping and Accounts).Â
Dalam artikel ini, saya kongsikan langkah-langkah terkini untuk memohon sijil LCCI, lengkap dengan pautan rasmi, dokumen yang diperlukan dan kelebihan yang awak akan peroleh jika memilikinya.Â
Memohon Sijil LCCI Pelajar Prinsip Akaun 2025
Sijil ini bukan sahaja memberi pengiktirafan tambahan kepada pencapaian awak dalam SPM, malah membuka lebih banyak pintu untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perakaunan atau memohon kerja dalam industri kewangan.
Harini, lepas selesai SPM 2025, Instagram CA dibanjiri dengan soalan,
“Bila boleh ambil sijil LCCI?”
“Macamana nak mohon?”
“Kena bayar ke cikgu? Berapa?”
dan sebagainya.

Jadi, harini saya nak kongsikan dengan awak semua segala information yang boleh dibaca dan jika bermanfaat, jemput kongsikan dengan kawan-kawan. Sebelum kita ke prosesnya, jom kita ambil tahu serba sedikit apakah Sijil LCCI yang menjadi idaman pelajar Akaun ni.
Apakah Sijil LCCI & Projek Dua Pensijilan SPM?
Secara istilah, LCCI bermaksud (London Chamber of Commerce and Industry)Â International Qualifications yang merupakan salah satu badan pengiktirafan antarabangsa yang terkemuka dari United Kingdom yang mengiktiraf kursus-kursus berkaitan dengan bidang perniagaan.
Melalui kerjasama antara Kementerian Pendidikan Malaysia dan LCCI International Qualifications, pelajar SPM yang mengambil subjek Prinsip Perakaunan berpeluang memperoleh Sijil LCCI Tahap 2 dalam Book-keeping and Accounts.
Inisiatif ini dikenali sebagai Projek Dua Pensijilan SPM, bertujuan meningkatkan kebolehpasaran pelajar dalam bidang perakaunan.
- Kemahiran vokasional LCCI adalah kelebihan yang berharga bagi pengiktirafan antarabangsa
- Kelulusan ini merupakan antara yang terbaik dalam akademik dan industri
- Semakin ramai graduan LCCI yang memasuki universiti dan badan professional
- Pelajar yang ada sijil LCCI dengan kemahiran tertentu, pasti mempunyai peluang pekerjaan yang cerah
Sesiapa saja yang ambil subjek Prinsip Akaun dalam SPM dan mendapat kelulusan yang melayakkan awak untuk dapat sijil ni, awak boleh mohon untuk dapat sijil ni. Ini dapat bantu support awak ketika nak mencari pekerjaan satu hari nanti.
Maklumat lanjut : Website LCCI
Siapa Boleh Mohon Sijil LCCI?
Permohonan Sijil LCCI hanya boleh dibuat oleh calon yang :
- Menduduki subjek Prinsip Perakaunan dalam SPM
- Mempunyai kod kelayakan memohon sijil LCCI pada slip keputusan SPM
- Dalam result SPM, tertulis kod di bawah :
3756 (LCCI) – 1 : Pass with Distinction
3756 (LCCI) – 2 : Pass with Credit
3756 (LCCI) – 3 : Pass
Kod-kod ini menunjukkan kelayakan untuk memohon sijil LCCI. Pastikan kod ini tertera pada slip keputusan SPM anda.
Kalau ada, TAHNIAH ANDA LAYAK!
Layak bermaksud awak berhak. Berhak memohon untuk mendapatkan Sijil LCCI. Kelayakan calon berdasarkan kod di bawah :
Bagaimana Prosedur Memohon Sijil LCCI?
📌 Permohonan Secara Online
- Langkah 1 : Isi borang online di Website LCCI.
-
Langkah 2 : Lengkapkan borang dan sertakan :
-
Salinan slip keputusan SPM yang memaparkan kod kelayakan LCCI.
-
Salinan kad pengenalan yang telah disahkan oleh Pengetua atau Pegawai Kerajaan Kumpulan A.
-
Nota : Permohonan lewat mungkin dikenakan bayaran tambahan.
=============================================================
KEMASKINI TERBARU (12 MEI 2025)
=============================================================
Kredit : Cikgu Shahida Shahar
💰 Bayaran Permohonan
Once result SPM keluar, dalam sebulan awak boleh dapatkan borang atau sentiasa update website LCCI. Boleh terus mohon online. Jangan delay, nanti makin lewat dan awak terlupa. Dan jika lewat, bayaran akan meningkat.
-
Sehingga 31 Disember 2025 : 10 Pound British / RM60+-
-
Selepas 31 Disember 2025 : 30 Pound British / RM180+-
Difahamkan tahun 2022 dan tahun-tahun sebelumnya, sudah tidak dapat memohon Sijil LCCI.
Baca : Apa Maksud 1119-GCE-0 Dalam Slip Keputusan SPM?
Maksud Pengecualian ACCA-CAT-FA1?
Nak further study memang banyak jalannya. Especially yang berminat nak sambung hingga ACCA. Jalan ni khas untuk awak yang nak further study sambung ACCA melalui CAT. Ni laluan terus untuk professional accountant. Dalam dunia accounting ni, orang akan pandang professional certificate which is lebih tinggi daripada degree akaun.
Contohnya ; ACCA, CFA, CIMA, ICAEW, etc.
ACCA ni adalah salah satu professional board untuk accounting. So, kiranya orang yang ada ACCA ni kira power dan lebih expert. Walaupun repeat, tak kesah. Janji ada cert tu. Basically, ACCA ni 100% exam-based learning. No carry marks macam diploma degree. Dan pemeriksa kertas jawapan adalah dari UK bukan Malaysia (kecuali paper Malaysia : Taxation dan Law).
Berminat nak bertanya tentang ACCA : direct contact Cik Sobiha.
Ada beberapa cara atau jalan untuk dapatkan ACCA :
- SPM > CAT/FA > ACCA (Dapat pengecualian Paper F1 dalam exam CAT/FA – Foundations in Accountancy)
- SPM > Diploma > ACCA
- SPM > Diploma > Degree > ACCA
- SPM > A level/Ausmat/IB etc > ACCA
- SPM > Matrik > Degree > ACCA
- SPM > Matrik > ACCA
Kelebihan Memiliki Sijil LCCI
- Pengecualian ACCA-CAT-FA1 : Pelajar yang memiliki Sijil LCCI Tahap 2 layak mendapat pengecualian bagi kertas FA1 dalam program ACCA-CAT.
- Peluang Kerjaya : Meningkatkan kebolehpasaran dalam bidang perakaunan dan kewangan.
- Pengiktirafan Antarabangsa : Diiktiraf secara global, membuka peluang untuk melanjutkan pelajaran atau bekerja di luar negara.
- Cost saving / Time saving : Kalau tak ada subjek Prinsip Akaun masa SPM tapi nak mohon sijil LCCI, kena belajar dan bayar dengan kos yang lebih tinggi.
- Sebagai Added Value : Ada company perlukan sijil LCCI sebagai salah satu syarat untuk apply kerja. So, ini dikira bonus bagi awak yang ada. Tapi, LCCI tahap SPM belum cukup melayakkan diri untuk bekerja lagi. Tambah sikit, diploma atau STPM. Kelayakan untuk bekerja dah pass, cuma gaji masih di tahap pembantu lagi. Nak gaji lebih baik, pursue study lebih tinggi, seperti ACCA, Degree dan lain-lain. Qualification ada, Certificate ada, cari pengalaman. Okay, ready dah to market your service.
So, bagi menjawab persoalan, pengecualian ACCA-CAT-FA1 tu bermaksud awak akan dapat jimat masa, jimat duit dan jimat tenaga sebab dapat pengecualian salah satu paper CAT-FA1 sekiranya melalui CAT. Tapi, kalau tak melalui CAT dan terus ke ACCA, maka pengecualian paper F1 tu kira tak apply lah sebab tak ambil CAT/FA.
Untuk makluman, CAT adalah laluan paling cepat untuk dapatkan ACCA tu.
Lebih kurang macam laluan dari asasi nak ke degree. Kira macam ambil CAT/FA boleh, tapi mungkin kerja sebagai pembantu akaun je. Tapi, kalau further ke ACCA, baru complete study tu. That’s why CAT is stands for Certified Accounting Technician. Memang focus to be professional accountant.
Step by Step Nak Mohon Sijil LCCI
Mestilah ada. Saya kongsikan petikan Video LCCI Cikgu Fadzliani.
Penutup
After all, cikgu harap awak boleh cross check dengan Cikgu Akaun masing-masing dekat sekolah ya untuk confirmation anything jika tak pasti okay. Selamat maju jaya, semua!
Baca lagi :





18 Responses
nak tanya mohon sijil ni ada limit masa ke
In general, Sijil LCCI yang student dapat tu tak ada had masa sah laku.
Salam cikgu.
Saya ada sijil LCCI (SPM) dan LCCI Diploma in Accounting, adakah cara untuk saya melanjutkan ke peringkat Bachelor’s di IPTA?
Wsalam. Awak batch SPM tahun bila ya? LCCI Diploma Accounting awak, study dekat mana? Sbb kena check dulu LCCI diploma awak diiktiraf MQA ke tidak dulu. Baru blh tgok laluan mana yg sesuai.
Nak tanya, kalau dah bayar, sijil tu akan hantar kat mana ye? Dan bila dia akan hantar.
Hantar ke sekolah. Boleh follow up & confirmkan dgn cg akaun sekolah masing2.
Do mana boleh Anak saya membuat pendaftaran LCCI?
Ada link yang disertakan – https://www.iablcci.org.uk/certification/
Sedihnya saya cikguu.. Spm 2012 aliran Akaun tak ada sape acknowledge saya pasal sijil lcci. Da tak dpt mohon. 😠Tak ada rezeki
Tak apa awak, jangan sedih. Anggap saja bukan rezeki awak. Apa2 pun, semoga terus berjaya di masa depan okay! 😉
Hi,Anak I hendak belajar LCCI, dia dah peroleh SPM prinsip acount 2006, nak tanya di mana boleh belajar lanjutan LCCI? Dekat KL
Hi Puan. Boleh cuba survey Institut Kemahiran MARA (IKM) / Kolej Profesional MARA (KPM). Jika swasta, boleh google. antara yang saya tahu di Sunway College (KL) & Reliance College (KL) ada tawarkan LCCI program (3 Level LCCI). Semoga membantu.
Salam cikgu,
Saya ada mengambil bahagian Prinsip Perakaunan ketika menduduki SPM tahun 2017. Adakah boleh diterima pakai lagi level 1 LCCI or kena ambil lagi?
Ya, masih je boleh pakai. Cuma lagi bagus, jika ada sijilnya. Kalau utk sambung belajar, boleh confirmkan dgn uni yang awak nak sambung belajar tu.
Sijil apa itu? Saya sekarang ni as engineer and berminat nak belajar balik cuma saya tak tahu apa requirement and kalau boleh saya nak belajar secara online
Sijil LCCI ni biasanya sesuai utk yg nak continue dalam bidang perakaunan. Jika nak sambung belajar, tengok bidang apa dan tahap apa? Boleh tgok requirement utk bidang tersebut dalam uni berkenaan. Kemudian baru tgok uni mana yg tawarkan program pembelajaran online sprt yg awak nak. Dan jika ada uni sesuai, baru tgok requirement specific uni tu. Moga membantu.
Alright tq. Noted
Baik. Sama2.