Upgrade Content Dengan Aktiviti Brainy Puzzle

Dalam satu kelas, pelajar kita ada pelbagai tahap kemampuan. Sebagai pendidik, fasilitator, tutor mahu apa saja gelaran, kita perlu tahu apa dan bagaimana memenuhi keperluan pelajar kita. Selain menjadikan content sebagai satu elemen penting dalam kelas, perlunya juga context untuk menambahnilai content yang kita deliver. Jadi, perlu ke Cipta Content Dengan Aktiviti Brainy Puzzle?

 

Pstt : Untuk Download Bahan Percuma, terus Scroll ke Link di bawah 🙂

 

Bagaimana Memenuhi Keperluan Pelajar?

Kelmarin, saya berkesempatan tonton sedikit dari Live Coach Isa bersama Dr Norzila Zakaria. Tajuk berkenaan keperluan Kanak-Kanak. Tapi, ada benda yang kita boleh ambil dan apply pada student masing-masing. Antaranya, tentang keperluan emosi anak.

 

Tonton Live di sini

 

Bagaimana Saya Track Progress Pelajar?

Actually CA create tools, Funtastic Kit, Modul-Modul Prinsip Akaun, Innovative Account Packs ni untuk memenuhi keperluan pengajaran CA bersama student home tuition, online tuition, seminar akaun, bengkel akaun, personal mahupun grouping. Dan ini semua adalah berdasarkan masalah yang dihadapi oleh pelajar Akaun CA sendiri, yang mana 90% pelajar adalah gagal atau result exam kurang memberangsangkan.

 

Sumber Yang Tidak Mencukupi

Sejujurnya, CA sediakan ini sebagai Alat Bantu Mengajar (ABM) yang akan bantu pelajar CA ‘fall in love’ dengan subjek Akaun yang mereka paling benci. Itu sudah mencukupi bagi CA sendiri.

 

Plus, susah nak jumpa content subjek Akaun yang enjoy, fun learning dan lain dari biasa selain daripada Nota Padat, Teknik Menjawab dan Past Year Question Tutorial dekat luar sana. Itu jugalah yang menjadi turning point CA ingin MENCUBA sesuatu yang baru!

 

Alhamdulillah, perjuangan ni CA akan teruskan sampai bila-bila. Inshaa Allah. Dan kalau tanya, CA yakin bila pelajar willing untuk absorb ilmu baru dengan pendekatan baru dan belajar untuk hargai proses diri sendiri.

 

Tak apa, kita slow and steady jee 🙂

 

Feedback Kelas Cikgu Akin Prinsip Akaun

 

Apa Target Bila Upgrade Content Guna Teknik Misi & Aktiviti?

Soalan yang CA selalu tanya pada diri sendiri. Apa manfaat semua perjuangan ini? Ya, CA ada choice untuk buat seperti orang lain. Dengan teknik menjawab yang pelbagai, kepakaran dan pengalaman yang hebat lagi dasyat itu.

 

Sungguh, kalau duduk di situ memang jauh sekali ye teman-teman, hihi. Jauh kena tinggal, kita tak menang di situ.

 

Jika saya fokus pada soalan exam kerana sekolah ada exam-oriented, sebenarnya saya sedang ‘feeding school’s need’ not student’s need! Maka, dari itu. Saya buat keputusan, exam oriented is second. Saya percaya, pelajar hebat apabila foundationnya cukup hebat!

 

Maka, CA fokus pada student’s need first.

 

Mereka fall in love = Akan suka buat sesuatu tanpa kita paksa.

 

We save energy.

Emotion under control.

Positive vibes bila belajar bersama.

 

Dan bila belajar bersama, content pengajaran perlu diselarikan dengan context yang pelbagai. Antaranya kita buat Brain Puzzle untuk pelajar buat sesuatu yang light-light tapi ada Misi dan Reward! Student suka rewards!

 

 

Nak Template Brainy Puzzle Akaun Kawalan?

Download Template Brainy Puzzle secara PERCUMA.

 

Dalam simpanan, CA ada banyak puzzle, brain games, manual quiz yang boleh dimainkan secara offline, online dan grouping. Especially untuk pelajar subjek Akaun. Doakan CA panjang umur untuk compile semua aktiviti yang dibuat bersama pelajar Funtastic Prinsip Akaun since 2020 dulu ya.

 

 

Feedback Student selepas belajar guna Brainy Puzzle :

 

 

 

Bagi yang berminat nak dapatkan update terkini, bolehlah follow Telegram Cikgu Akin dan Facebook Group bagi Pendidik. Sebarang update, CA akan maklumkan di sana ya 🙂

 

Sampai bertemu lagi.

Cikgu Akin
#ProAkaunVisual

Konsultasi Percuma

 

No Response Yet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Apa Kata Adik Husna?
Apa Kata Adik Aminah?
Apakah The Baesic Kit?
YOUR INTEREST
ARCHIVES