kesilapan umum bila mengajar pelajar lemah dan cara atasinya

“Cikgu, saya tak faham akaun ni… Susah la…” Pernah tak dengar keluhan macam tu dari pelajar? Atau mungkin, tiap kali masuk kelas Prinsip Akaun, muka pelajar terus jadi kosong, mata pandang bawah, pensel pegang tak bergerak. Sebagai guru, kita tahu mereka sebenarnya boleh… Tapi, kenapa tak jadi?

 

Tanpa sedar, kita sendiri mungkin buat beberapa kesilapan kecil tapi beri kesan besar kepada pelajar yang lemah. Jangan risau — bukan nak salahkan sesiapa, tapi lebih kepada buka mata dan sama-sama kita cari solusi.

 

Dalam artikel ni, saya kongsi 5 kesilapan biasa yang cikgu buat dan saya pernah buat bila ajar pelajar lemah prinsip akaun dan yang penting — cara atasinya.

 

5 Kesilapan Umum Pendidik Bila Mengajar Pelajar Lemah Akaun


1. Terlalu Fokus pada Hafalan, Bukan Pemahaman

Ramai pelajar lemah akaun gagal bukan sebab mereka malas. Tapi sebab dari awal mereka diajar untuk hafal, bukan faham. Contohnya, bila kita minta mereka hafal maksud aset, liabiliti, ekuiti… mereka hanya tahu ayat, bukan maksud sebenar.

 

Cara atasi : Gunakan pendekatan visual dan cerita. Dalam Kit The Baesic Map, setiap istilah akaun ada ilustrasi yang mudah difahami — contohnya inventori akhir digambarkan macam sebuah kotak yang mempunyai barang niaga.

 

the baesic map 5 Kesilapan Umum Pendidik Bila Mengajar Pelajar Lemah Akaun


2. Bergerak Terlalu Cepat Tanpa Pastikan Pelajar Faham

Silibus padat, masa terhad — tapi kalau kita terlalu laju, pelajar lemah akan terus tertinggal. Mereka perlukan ulang banyak kali dan masa untuk fikir. Mungkin boleh ambil sedikit masa buat Extra Class untuk bantu yang lemah.

 

Cara atasi : Gunakan teknik spiral — ajar sikit, ulang banyak. Jangan risau kalau satu topik ambil masa lebih panjang, sebab bila asas kukuh, topik seterusnya jadi lebih senang. Lajuuu je pelajar faham.

 

Pelajar boleh manfaatkan Buku BADLEH XPRESSGO, yang menyusun koleksi 100 Quesation & Answer Debit vs Kredit Pantas dan Mudah.

 

badleh xpressgo, cikgu akin prinsip akaun

BADLEH XPRESSGO diterbitkan pada 2025

3. Kesilapan Umum – Tak Buat Aktiviti Interaktif

Pelajar lemah akaun biasanya cepat hilang fokus kalau kelas hanya pasif — Dengar, Salin, Hafal. Tapi bila diberi peluang buat aktiviti, mereka sebenarnya lebih mudah ingat dan faham.

 

Cara atasi : Gunakan aktiviti susun kad, padanan akaun, roleplay dan sebagainya yang sesuai untuk pelajar slow learner.

 

the-baesic-map-cikgu-akin-prinsip-perakaunan-persamaan-akaun 5 Kesilapan Umum Pendidik Bila Mengajar Pelajar Lemah Akaun

 

 


4. Menganggap Semua Pelajar Belajar Cara Sama

Kita mungkin terlupa bahawa pelajar ada gaya belajar berbeza — ada yang visual, ada yang kinestetik, ada yang perlukan suara. Bila kita ajar satu cara je, pelajar yang tak sesuai dengan gaya tu akan makin jauh dan mungkin worst part – pelajar akan drop subject.

 

Cara atasi : Gabungkan pelbagai elemen dalam satu sesi. Mula dengan cerita (auditori), tunjuk gambar rajah (visual) dan beri aktiviti  (kinestetik). Dalam artikel ni, saya ada kongsi bagaimana pembelajaran visual bantu pelajar kuasai prinsip akaun lebih cepat.

 

Baca : Bagaimana Piramid Dokumen Dapat Improve Imaginasi Pelajar?


5. Kurang Galakan Emosi & Keyakinan Diri

Bila pelajar rasa mereka “lemah”, mereka akan mula tutup diri. Bila salah sikit, terus rasa down. Kadang-kadang, cara kita komen pun tanpa sedar menambah tekanan.

 

Cara atasi : Fokus pada kemajuan kecil. Bila mereka jawab walau satu je betul, raikan. Bila mereka tanya soalan, beri pujian. Bina suasana kelas yang selamat untuk salah.

 

Saya sendiri pernah hampir gagal prinsip akaun masa sekolah, tapi bila jumpa guru yang betul-betul sabar dan faham gaya saya belajar, segalanya berubah. Perjalanan itu saya kongsikan dalam artikel personal ini.

 

 


Penutup : Prinsip Akaun Tak Mustahil untuk Difahami

Bila kita ubah pendekatan, pelajar akan ubah reaksi. Bila pelajar rasa dihargai, mereka akan mula suka belajar. Prinsip akaun bukan untuk pelajar pandai saja, tapi untuk semua — kalau diajar dengan cara yang sesuai.

 

Baca lagi :

No Response Yet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *