Jika korang sudah mengenal teknologi komunikasi terkini, tentu korang pernah dengar term podcast. Dan hakikatnya podcast ni dah lama juga bertapak di Malaysia since 2018. Dalam artikel kalini, CA nak share khas untuk adik-adik yang bakal mengambil SPM. CA akan launched podcast berepisod dan panduan lengkap namun, dalam versi video dan tutorial khusus. Apa itu Podcount? Definisi, Siapa boleh mengakses dan Bagaimana?
Ikhtiar ini CA sediakan secara Percuma. Podcount berepisod ini akan di-Live Stream kan, video replay akan bertahan selama 48 jam sahaja, dan hanya akan dibuka kepada Public semula seminggu sebelum paper Prinsip Akaun SPM 2022.
Jom take note sikit.
Apa itu Podcount?
Untuk makluman, podcast pertama kali diusulkan oleh seorang journalist The Guardian, Ben Hammersley pada 2004. Tahukah korang? Podcast adalah singkatan ‘play-on-demand’ dan broadcast. Yang mana akhirnya digunakan oleh Apple Podcast.
Jika biasanya yang korang faham Podcast adalah audio, betul?
Tapi, kalini CA akan buat Video Berepisod (Tutorial Menjawab Soalan dengan Tips & Tricks mengikut topik) khas untuk pelajar SPM yang mengambil subjek Elektif Prinsip Akaun. Tutorial berfokus dan khusus mengikut topik tertentu. Namun, ianya harus mengikut timing yang sudah ditetapkan (Sila aware hari dan masa). Baca artikel sampai habis ya!
Baca juga : 3 Kelebihan Belajar Akaun Melalui Podcount
Apa Kelebihan Podcount?
Sekarang kita explore sikit apa kelebihan Podcount yang pelajar perlu tahu. Beberapa kelebihan Podcount lain adalah :
- Youtube. Live boleh diakses melalui internet dan Youtube channel Cikgu Akin.
- Lebih Fokus & Khusus. Podcount adalah Tutorial berepisod yang lebih berfokus dan khusus mengikut topik Tingkatan 4 dan 5.
- Perbincangan Soalan Percubaan Prinsip Akaun SPM, Kertas 1 dan Kertas 2.
- 1 Podcount 1 Day. Setiap hari 1 episod sehingga Peperiksaan SPM bermula (5 hari seminggu)
- Tiada iklan. Tidak seperti radio. Hanya fokus pada Tips dan Tricks dan Tutorial Menjawab Soalan.
- Lebih Flexible. Waktu siaran Live, dari jam 11 – 12 malam sahaja. Korang boleh ready print bahan dulu sebelum sesi Live Podcount bermula!
- Percuma. Dan replay akan diset Open to Public selama 48 jam sahaja!
Baca juga : 5 Cara Improve Productivity Sebagai Pelajar
Siapa Yang Tak Sesuai Mengakses Podcount?
Sesiapa saja yang :
- Dah Master Basic and Advance tak perlu join
- Rasa tak perlu dibantu dah, jemput untuk tak perlu join
- Dah yakin 100% dan bersedia nak masuk exam, program ni tak sesuai untuk korang
Siapa Yang Sesuai Mengakses Podcount?
Selagi mana ada kemahuan nak belajar, dijemput untuk bersama-sama kita tambah ilmu dalam Podcount. Dan berkongsi ilmu bersama. Dicadangkan :
- Pelajar Tingkatan 5 yang masih lemah basic (CA nak share Tips, Do & Don’t sambil2 menjawab soalan)
- Pelajar Tingkatan 5 yang nak topup ilmu tambahan @ recap semula
- Pelajar yang nak belajar Extra knowledge
- Dijemput juga pelajar Tingkatan 4 (Bagi Podcount Episod Tingkatan 4)
- Mereka yang sudi nak belajar dan berkongsi ilmu bersama
- Pelajar seluruh Malaysia
Apa Saya Perlu Tahu dan Buat?
Segala notification dan update, CA akan masukkan dalam group Telegram ya. Jadi, untuk dapatkan update, jemput join Telegram terlebih dulu.
- Join Telegram Cikgu Akin.
- Jemput Subscribe Channel Cikgu Akin, tekan butang notification untuk dapat notication direct bila ada Live sharing.
- Print bahan / soalan (Link bahan akan dimaklumkan di Telegram setiap hari – 5 hari seminggu)
- Bersedia untuk belajar selama 1 jam atau kurang (Ready di meja bukan di atas katil)
- Live boleh direplay dalam 48 jam saja dari tempoh Live.
- Note : Tiada recording.
Baca juga : 3 Panduan Study Smart dan Effektif Untuk Student
Bila Podcount Akan Bermula dan Sampai Bila?
Episod Podcount akan bermula dari 1 Disember 2022 iaitu, Khamis ini. Ia akan ditayangkan secara Live dalam Youtube Channel sehingga sehari sebelum SPM 2022 bagi Subjek Prinsip Akaun SPM berlangsung. Maka, yang ada kelapangan untuk ulangkaji subjek Prinsip Akaun, you all boleh join setiap hari. Diingatkan bahawa tiada recording ya.
Yang dah tertinggal Episod semalamnya, boleh dapat update di Telegram atau klik saja Link mengikut date di bawah :
Kandungan Episod Podcount [Disember 2022]
1. 01/12/22 :Persamaan Perakaunan (F4) K2 – Trial Kelantan 2019
2. 02/12/22 : Belanjawan Tunai (F5) K2 – Trial Pulau Pinang 2018
3. 05/12/22 :
4. 06/12/22 :
5. 07/12/22 :
6. 08/12/22 :
7. 09/12/22 :
8. 12/12/22 :
9. 13/12/22 :
10. 14/12/22 :
11. 15/12/22 :
12. 16/12/22 :
13. 19/12/22 :
14. 20/12/22 :
15. 21/12/22 :
16. 22/12/22 :
17. 23/12/22 :
18. 26/12/22 :
19. 27/12/22 :
20. 28/12/22 :
21. 29/12/22 :
22. 30/12/22 :
Sebarang soalan atau cadangan, boleh PM Inbox Cikgu Akin di Instagram atau di TikTok . Jemput sebarluaskan pada kawan-kawan sekelas, sekolah untuk kita belajar bersama. Inshaa Allah, moga usaha CA untuk bantu student SPM tahun ni dipermudahkan dan moga usaha korang untuk tambah ilmu dilapangkan 🙂
Ikhtiar Cikgu Akin Untuk Bantu Pelajar SPM
Setiap Tahun (2020 – 2022)
1. Seminar Virtual Prinsip Akaun 2020 (SVPA2020)
Kalau Tahun 2020, CA bantu dengan buat Seminar Online. Ramai yang dapat masuk Uni bidang Akaun masa ni, rasa terharu sebab ramai pm result masing-masing padahal join seminar 2 kali je masa 2 hari seminar sebelum SPM. I’m touched :’)
2. Seminar Offline Prinsip Akaun 2021 (Library PPAS Shah Alam)
Pengalaman Tahun 2021 memang awesome di kala kita bertemu secara online menjadi pertemuan secara offline. Alhamdulillah, tahun 2021 mencatatkan paling ramai student yang asalnya result fail, tak faham apa-apa tentang Akaun, trial dapat B dan C. Dan result SPM yang ohsem sangat. Sesungguhnya, kejayaan itu memang satu proses yang kita perlu hargai perjalanannya. Beberapa student dapat sambung ke America untuk program pertukaran pelajar. CA doa yang terbaik untuk masa depan kalian. Alhamdulillah 🙂
3. Podcount Buddies (2022)
Tahun ni jika diikutkan isu yang dihadapi ramai student CA adalah, tak sempat habis silibus di sekolah. Agak rushing dan tak sempat catch up banyak benda. Maka, banyak yang mereka lost dan tertinggal, especially student CA memang majoriti slow learner dan agak lemah. Jadi, CA berhajat nak bantu student-student yang banyak tertinggal dengan cara hasilkan Podcount ini.
Moga Allah merahmati usaha kita semua untuk membantu anak-anak kita bersama. Inshaa Allah 🙂
Baca artikel :
No Response Yet