Masih berbaki 5 hari lagi sebelum kita melangkah ke Tahun baru, 2022. Kalini rasa lebih nervous dari last year. Apa lah yang menanti ye di tahun depan? Tak apa, itu letak tepi. Harini CA nak share dengan semua ‘How to create Pinterest topic board best‘ dengan you guys.
Ini berdasarkan Pinterest CA yang baru 7 hari CA grow kan. Kita cuba apply ilmu Pinterest yang kita dah belajar, now kita tengah buat experiment. Semoga menjadi lah kalini ya. Baru tujuh hari guys, posting ini CA akan buat sebagai My Edublog Journey. So, kita nak tengok seberapa jauh dia akan pergi nanti.
PERBEZAAN VIEW BOARD PINTEREST
Ini pertama kali CA cuba sendiri dan nampaknya CA dah jumpa apa topik hot yang CA nak kongsikan dalam blog ini.
Semoga sedikit sebanyak ilmu ini dapat dikongsikan. Kalau perasan view topik ni je yang paling ramai view iaitu 158 setakat ni. Yang lain dalam 20+ je view.
– “Korang tengok apa tu … Belum ada posting lagi lah.”
Jadi, disebabkan taknak lah hampakan harapan audience yang cari artikel tu kan. Tengok-tengok tak ada benda nak baca. Mesti rasa hampa kan? Jadi, CA dah masukkan beberapa artikel yang menurut CA best dan cikgu-cikgu boleh dapat idea dari situ untuk buat tutoring services ya.
“Sayangnya dah ada Edublog, tapi orang tak tahu…”
CA nak kongsikan 3 Tips Create Topic Pinterest Yang Sesuai dengan Blog kita. Ada beberapa cara kita boleh cuba untuk grow kan kita punya Pinterest. CA pun baru saja apply dalam 7 harini. Later, kita share lagi untuk kita belajar bersama, inshaa Allah.
3 Tips Create Topic Pinterest Yang Sesuai dengan Blog
1. Banyakkan content bersesuaian. Digalakkan sangat buat content yang kita rasa dekat, mudah nak kongsi, tak susah nak hasilkan, tak makan masa lama sangat, bermanfaat untuk audience dan kita boleh produce secara konsisten. Bila makin banyak content sesuai, orang mudah tahu Edublog kita tentang apa. Contohnya, subjek matematik kehidupan, share resepi masakan, teknik belajar dan lain-lain.
2. Linkkan semua post image ke Pinterest. Semua posting yang kita buat, digalakkan untuk Pin-it ke Pinterest dan masukkan ke dalam Board yang sesuai dan mudahkan untuk audience kita cari. Cara nak connect Pin-It dari post image kita, boleh baca Tutorial Add Pinterest Icon di Blog Image.
3. Create Board yang Eye-Catchy. Ini salah satu yang CA belajar. Sangat digalakkan untuk kita susun content kita ke dalam board yang lebih menarik. You guys boleh gunakan Canva Free sahaja untuk create. Kalau tak ada idea, boleh tengok contoh CA punya Pinterest.
Ada lagi beberapa tips lain, CA akan susun dan buat dalam next post okay!
Jom buat 3 tips ni untuk Edublog kita harini! Tak lama pun, asingkan 2 jam saja untuk hasilkan 1 blog posting setiap hari. Fighting!
Dan you guys yang nak belajar lagi cara nak grow tutoring services, check out these posts :
One Comment
[…] Siapa sini yang datang dari posting 3 How to create Best Pinterest topic for blog? […]