3 Easy game Ubah Accounting Block. Accounting Block ni macam mana? Mental Block biasa dengar? Dalam salah satu buku Tony Robbins, ada share tentang situasi di mana fikiran kita dah sampai tahap lelah dan susah nak focus. Situasi di kebanyakan keadaan kita,  Ia adalah satu keadaan di mana fikiran kita dah mula stop new things daripada masuk dalam fikiran kita. Begitu analoginya.

 

Secara naturalnya, kebanyakan pelajar Akaun, jauh dalam sudut hati masing-masing mereka akan mengatakan Akaun adalah killer subject, saya tak pernah boleh pass, semua exam saya fail, saya dah cuba pelbagai cara, saya tetap tak faham akaun ni macamana prosesnya. Kita mudah lelah dengan hal yang buat kita bosan sebab selalu fail. Kan? So, di sinilah tugasan kita sebagai pendidik untuk pecahkan satu mindset supaya pelajar lebih faham,

 

– “Oh rupanya akaun ini tak adalah susah sangat.”
– “Eh, macam ini je akaun?”
– “La…  Senang je nak faham rupanya.”

edugamers

BAGAIMANA CARANYA?

Mulakan Dari Basic
Conceptual Learning. Melalui Story telling
Ada Sample Depan Mata Much Better

 

They NEED That, Dear Teachers

Tak faham konsep Akaun adalah masalah terbesar kebanyakan student. So sayanglah, walhal konsep tu mereka tahu bila kita relate kan pada kehidupan semasa mereka.

 

Contoh, – “Bila somebody pinjam duit you, you buat apa?”

“I bagi lah.” “Okay, lepastu..”

“Bulan depan I minta duit daripada diorang”

“What if mereka tak ada duit, hutang sampai 3 tahun. You ingat tak? Bila ramai pinjam duit you.”

“Then, nak buat apa?”

“Buku. Tulis dalam buku.”

“Buku apa nak buka kalau orang hutang?”

“Hem… Jap. Hutang eh. Akaun kawalan.”

“Perfect! You bijak!”

 

Simple je konsep dia. Kalini, CA nak share dengan rakan pendidik, 3 Games Super Easy yang kita boleh buat untuk Uji Understanding student kita selain Quizzes, Blooket, Wordwall dan Kahoot.

 

3 Jenis Easy Game Ubah Accounting Block!

1.  Task Card Game. Game yang sesuai untuk soalan teori dan pengiraan. Boleh apply untuk student offline dan online. CA selalu main simple game dengan student, gunakan task card sama tapi buat untuk pelbagai topik. Jimat dan seronok, teachers boleh tambah elemen cabaran, tahap soalan mengikut kertas warna dan reward dalam game Task Card ini. Boleh guna bantuan Wheel of Names untuk tentukan giliran students.

 

2.  Online Game Kit. Game ini berbentuk online. Sesuai digunakan untuk semua topik. Baru-baru ni CA guna game kit ni untuk topik  Perakaunan Kos. Ada open-ended soalan. Macam-macam jawapan student. Boleh letakkan video untuk ditonton atau audio untuk didengari dan ada cabaran boleh diubah… Boleh apply untuk student offline dan online. Bestnya game ni sebab boleh main dalam kumpulan dan ada reward. Reward berbentuk COINS. Ada coins board untuk rekod all the coins. Kumpulan terbanyak coins adalah pemenang. Cara menang adalah pilih Kad Strategi KBAT [coins tinggi] tapi kalau nak selamat, pilih Kad Strategi KBAR.

 

 

3. Jeopardy. Permainan ketiga ni biasa kita main Jeopardy untuk topik teka ayat, soalan teori kan? Tapi kali ni kenapa tidak kita main bersama student tentang topik pelarasan penyata kewangan, contohnya topik pelarasan tingkatan empat. Untuk soalan price rendah kita bagi soalan teori, tapi untuk price mahal kita sajikan dengan soalan pengiraan. Nice kan? Pelbagaikan bentuk soalan, olah mengikut kesesuaian tahap pelajar kita.

Kita boleh agihkan mengikut topik ulangkaji :

  • Kategori A : Topik Persamaan Akaun
  • Kategori B : Topik Akaun Kontra
  • Kategori C : Topik Akaun Kawalan
  • Kategori D : Topik Susutnilai
  • Kategori E : Topik Buku catatan pertama

Mulakan dengan soalan yang sangat-sangat senang. Excited student nak jawab nanti. Kalau ada grouping pun menarik, kalau ketua tak dapat jawab, members boleh bantu.

Integrate-kan Gamifikasi Akaun boleh buat student rasa excited nak unblock Accounting Block!

 

 

Kongsi selagi boleh.
Semoga bermanfaat.
Cikgu Akin.

#CikguAkin
#ProAkaunVisual
#CMNAcademy
#ImpactfulVisualLearning
#Azam2022

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Apa Kata Adik Husna?
Apa Kata Adik Aminah?
Apakah The Baesic Kit?
YOUR INTEREST
ARCHIVES