Pernah explore adakah kita termasuk dalam 3 ciri pelajar growth mindset ni? Tahukah kamu growth mindset ni boleh membantu diri kita untuk meningkatkan produktiviti dan kualiti output?  Termasuklah output dari kerja dan tugasan harian kita. Boleh ke kita jadi salah seorang student yang ada mindset yang berkembang?

 

growth mindset

 

Ringkasnya, growth mindset ni  adalah satu pola fikir dalam diri seseorang manusia tu yang merasakan bahawa diri masih boleh berkembang dan mampu untuk buat sesuatu perkara lebih daripada apa yang dia tahu buat atau pernah buat. Individu ni ada perasaan yang dia yakin bila melalui kegagalan, itu adalah satu proses untuk dia belajar lebih dan lebih lagi.

Bukan berhenti terus kerana – “Aku tidak berbakat untuk buat benda ni.”

 

Keadaan macam ni biasa terjadi dalam diri kita kan. Ada masa kita rasa semangat nak belajar sesuatu, tapi bila gagal atau kecewa terhadap sesuatu, apa tindakan kita?

 

Individu yang mempunyai growth mindset dalam diri, biasanya :

  • Berinisiatif untuk cuba pelbagai cara. Walau macam mana cara sekalipun, dia akan cuba sehabis baik untuk selesaikan tugasan itu walaupun dia tak pernah buat sebarang tugasan itu. Jadi growth itu adalah di saat dia ingin membuat perubahan dalam kehidupan dia dan dia percaya benda baru yang dia buat ni dapat membantu improve kehidupan dia.
  • Tak lihat pada perkataan gagal. Menariknya, individu atau pelajar seperti ini cenderung untuk lihat life lesson yang dia boleh pelajari dari kegagalan tu.
  • Tak terikat pada pengalaman lampau. Student yang growth mindset nampak cabaran masa depan dan tak mahu pengalaman lampau ‘selalu gagal, tak boleh buat, tak pandai’ itu menghantui. Pelajar begini hebat sebab mampu control minda untuk sentiasa jadi diri yang baru dan lebih positif.

 

Behind the mindsets — beliefs

Ya. Di sebalik Mindset – Ada kepercayaan

Fixed mindset beliefs 🧱


– “Saya tak boleh buat subjek Akaun ni. Saya lemah kira-kira.
– “Oh, susah la task ni. Aku memang dilahirkan untuk jadi kuli. Tak biasa jadi boss.”
– “Kau bolehlah, dah lama duduk bandar. Tahu driving. Aku duduk kampung lama. Tak biasa.”

DARI VIEW PELAJAR

Actually, growth mindset ni sangat applicable kalau kita apply untuk pendidik dan student.

Bila masing-masing ada satu growth mindset ingin sentiasa mahu tambah baik dalam proses pembelajaran dan pengajaran, maka prosesnya akan mudah untuk disampaikan dan diterima oleh both side..

 

Haa, jadi masing-masing kena develop satu mindset yang – “Aku boleh jee pandai kalau aku usaha lebih lagi.”

 

DARI VIEW EDUCATORS

Pendidik yang ada growth mindset sentiasa ada perasaaan nak update :

  • Apa lagi aku boleh bantu student belajar tentang subjek sekian-sekian
  • Mencari inisiatif untuk improve pengajarannya supaya pelajar rasa lebih enjoy dalam kelas bersama kita

 

 

3 Ciri-Ciri Student Growth Mindset :

  • Passion for Learning. Sentiasa ada inisiatif untuk improve diri. Buat sesuatu perkara kerana ingin tambah skil dan pengalaman yang membantu untuk masa depan nanti.
  • Self-Belief. Tak meletak kegagalan yang dihadapi tu atas bahu orang lain. Tapi, sentiasa reflek diri sendiri. Lihat gagal itu atas diri sendiri. Dan cuba tambah baik sebagai bukti self-growth.
  • Accept Exciting Challenges. Kita percaya, bila gagal tu maknanya kita masih ada masa untuk jadi lebih baik. Tak layan sangat rasa kecewa tapi lebih cari jalan penyelesaian untuk masalah yang kita lalui. Sentiasa rasa nak cabar diri untuk buat lebih baik dari sebelumnya.

Student macam ni percaya kejayaan buat sesuatu task itu bukan sebab BAKAT semata-mata, tapi melalui usaha keras, strategi yang betul [perlu belajar], belajar dari mentor, rakan seperjuangan dan orang lain yang lebih berpengalaman.

 

Teruskan usaha!

 

 

Sedikit sebanyak moga dapat beri manfaat.
Kongsi sebab sayang.
Cikgu Akin

 

#CikguAkin
#CMNAcademyPetalingJaya
#ProAkaunVisual
#JadiPelajarOutstanding

2 Responses

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Apa Kata Adik Husna?
Apa Kata Adik Aminah?
Apakah The Baesic Kit?
YOUR INTEREST
ARCHIVES