“Macamana aku nak jadi tutor?”
“Aku dah lama jadi tutor. Macamana nak grow lagi jauh ya?”
“Apa lagi yang aku boleh improve lagi dalam kelas online aku ya?”
Assalamualaikum para pendidik. Harini saya nak kongsikan satu perkara best yang ditujukan khas buat para pendidik yang masih tercari-cari, di mana kita dapat belajar dan tambah baik kelas dan sebagainya. Saya juga sebenarnya salah seorang seperti kalian pada 6 tahun lepas. Mencari platform untuk bertanyakan soalan berkenaan tutoring.
“Tapi, tak ada pun. Yang ada hanyalah seminar, kelas untuk pelajar dan buku. Saya pun teringin nak tahu pengalaman orang lain yang saya boleh jadikan panduan semasa kelas saya nanti.”
Saya kira kami bukanlah pakar tapi kami sediakan platform PCG Circle ini untuk berkongsi dengan kalian bagaimana perjalanan sebagai tutor, pengalaman kami sepanjang mengajar dan sebagainya. Pada kami, pengalaman adalah ibunya. Dan kami mengambil inisiatif ini untuk membantu bakal-bakal tutor untuk design journey tutoring anda.
Kami bantu dan kongsikan pengalaman yang kami ada dengan tujuan untuk memudahkan kalian untuk bertanya soalan yang kalian teringin nak tahu.
SIAPA KAMI?
Kami terdiri daripada 3 tutor dari Tutor Profesional Malaysia. Kami datang dari latar belakang dan kepakaran berbeza dalam bidang masing-masing. Kenalkan :
Chegu Beeha merupakan salah seorang speaker Funtastic Online Tuition (FOT) bagi subjek Matematik Tahun 4, 5 dan 6. Modul creator
Cikgu Akin merupakan :
> Speaker Funtastic Online Tuition (FOT) bagi subjek Prinsip Akaun SPM
> Speaker Bengkel Beyond Expectation Student Tutoring (BEST) Prinsip Akaun SPM
> Penulis blog cikguakin.com dan mawarassufi.com
> Modul Creator Ebook ‘Santainya Belajar Prinsip Akaun dengan Aktiviti‘
> Berkongsi content dalam Funtastic Akaun Show (FAS) di Youtube Channel Cikgu Akin Akaun
> Sharing santai Tutor Talk Time (3T) di Instagram Akin.Assufi
Teacher Zy merupakan :
> Speaker Funtastic Online Tuition (FOT) bagi subjek Sains PT3 dan Sains SPM
> Speaker Bengkel Beyond Expectation Student Tutoring (BEST) Sains PT3 dan Sains SPM
PLATFORM PERKONGSIAN?
Kami akan berkongsi pelbagai content menarik untuk disembangkan bersama di beberapa media sosial di bawah :
Facebook : PCG Circle
Instagram : PCG Circle
Youtube : PCG Circle
Telegram Channel : PCG Circle – Rakan Tutor Anda
BOLEH KE KALAU SAYA NAK BERTANYA SOALAN?
Boleh. Kami alu-alukan persoalan dari tutor hebat di luar sana, yang baru nak memulakan langkah pertama sebagai tutor secara rasmi, kami buka Q & A dari kalian dan boleh usulkan pertanyaan kalian di link di bawah ..
List Q&A Tutor dan di PCG Circle – Rakan Tutor Anda.
Dari admin,
PCG Circle
Rakan Tutor Santai Anda
#TutorProfesionalMalaysia
#BeTheLegend
#YakinSebelumBerjaya
#TipsTutoring
#TutorTalkTime
One Comment
[…] PCG Circle – Sembang Santai Rakan Tutor Anda […]