Perjalanan ke Lokasi Misi Bantuan
“Come On! MyVi kottt..” Bak kata Mila.
Mostly, orang kampung naik motor je sebagai transport harian. Kereta biasa ada saja sebenarnya. Sebab Akin nampak saja diorang angkat barang sumbangan naik kereta.
Sumbangan dari NAMA FOUNDATION (Egypt)
Misi kemanusiaan kalini kita bersama keluarga orang asli di Kampung Kachau Dalam, Semenyih ni adalah sumbangan dengan kerjasama NAMA Foundation. Kita tak sempat lagi nak buat research on NAMA Foundation, yang CA sempat tahu, NAMA Foundation based di Egypt. Dan mereka banyak buat program dan sumbangan untuk Palestin. Rupanya nama besar juga NAMA Foundation ni.
– Okay, Akin baru tahu tentang itu hihi. Knowledge baru bagi CA.
Alhamdulillah.
Ada sesi diskusi dengan ustaz dan wakil penduduk kampung Kachau Dalam. Banyak juga ilmu yang CA dapat tentang perkampungan ni. Kan tadi CA ada bagitahu, jalan nak masuk ke kampung ni kena lalu jalan yang agak rosak dan laluan kecil kan?
Ingatkan macam, deme taknak ke upgrade sistem jalan ni bagi baik sikit kan?
Rupanya mereka dah pun buat permohonan untuk buat jalan turap juga. Cuma mungkin lambat permohonan diluluskan. Wallahua’alam.
Masa haritu pun, line phone pun kami tak dapat juga dalam kampung haritu. Didoakan semoga segala urusan di kampung Kachau Dalam dipermudahkan. Inshaa Allah..
“Eh Mila. Buat apa tu? Hehe.” Penat sangat ke tu layan karenah budak-budak tu. Seronok, pengalaman yang menarik bagi CA. Lepas ni, kena banyak study tentang misi kemanusiaan yang deal dengan keluarga yang ada anak-anak kecil dan remaja.
First thing first, Thanks to Mila.. Inshaa Allah next time, CA dah boleh study lebih lebih sikit tentang family yang ada anak-anak ni.
List Apa Perlu Dibuat Oleh Volunteer Sebelum Misi
CA listkan juga apa yang CA baru discover, perlu ready dan perlu study.
Maybe boleh jadi rujukan CA next time or sahabat-sahabat lain.
- Study dan review sikit tentang lokasi Misi Sukarela sebelum misi bermula.
- Bersedia fizikal dan mental supaya tak mental breakdown semasa misi berjalan
- Bawa kelengkapan yang lengkap dan perlu sahaja
- Sediakan cenderahati atau candies yang sesuai untuk kanak-kanak
- Persiapkan aktiviti yang menarik untuk dibuat bersama anak-anak
Background bukit di kawasan Kampung Kachau Dalam memang nice. Lagi pula, dekat je dengan Bukit Broga.
Nanti kita susun masa untuk aktiviti hiking pula. Inshaa Allah CA nak cuba capai semua wishlist untuk tahun 2020.. Doakan ye guys! CA nak buat yang terbaik tahun ni, inshaa Allah. Moga Allah mudahkan urusan kita semua.
Ameen…
Awesome Journey Today!
Ada jodoh dan rezeki kita jumpa lagi okay, Nash & Mila. Gembira jumpa hampa dua, very inspirative person. Semoga teruskan semangat berbakti untuk masayarakat guys..
Terimakasih atas peluang ini, Ya Allah.. I’ll try my best inshaa Allah.
Road to next location. Misi Sukarela 2020 Mood is On!! Banyak wishlist CA akan cuba untuk fulfill kan. Moga Allah redha dan mudahkan jalan. Inshaa Allah. Ameen..
Be Consistent Until Success. That’s the Attitudes of Winner.
Jumpa lagi next entry! Assalamualaikum!
One Comment
[…] Misi Sukarela Kampung Orang Asli Kachau Dalam, Semenyih […]