Misi Sukarela Agihan Makanan Somalia Refugee Community

Ramai sebenarnya insan yang sungguh baik hati dan yang terpilih dalam membantu insan yang serba kekurangan di luar sana. Adakah awak juga antaranya? Alangkah bertuahnya CA dapat bersama team MyCare Volunteer, dapat bersama dalam Misi Sukarela Agihan Makanan di Somalia Refugee Community.
Pengalaman yang sangat mahal.
Dapat menyantuni mereka yang diuji.
Belajar dari pengalaman mereka.
Peluang tak datang selalu, kan? Jadi, kita grab sebaiknya apabila ada peluang, masa dan kesihatan yang baik.
 
22 Julai 2020 | Rabu | 9 pagi – 4 petang
 
Mahalnya networking dengan sahabat baru yang datang dari pelbagai background. Bertemu kerana satu matlamat. Untuk membantu yang memerlukan. Lillahi Ta’ala.. Moga usaha kita semua diredhai Allah dan dipermudahkan.
 
Misi Sukarela kalini di bawah My Care Volunteer. Lokasi agihan makanan di :16, Jalan 10/21d, Medan Idaman, 53000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Antara wajah-wajah volunteer harini. Alhamdulillah dimudahkan Allah SWT buat kita semua harini.
Hanim, baru nak grad.
.
Atirah pula graduates Medical Student dari Indonesia.
.
Zara pula stewardess dari Oman Air.
.
Okay, semua dari background yang hebat-hebat. Alhamdulillah.

Ke Lokasi Agihan Makanan

Lokasi agihan barang makanan adalah dalam lebih kurang 30 minit dari Seri Kembangan. Kami ke kawasan Somalia dulu baru ke kawasan bantuan untuk Indonesia camp pula.
 
Kawasan yang kami pergi adalah Office atau di pusat utama untuk Somalia Refugee.
Manakala, refugee stay di kawasan berhampiran. Dengan keadaan kawasan perumahan di sekitar, CA diberitahu bahawa ada NGO yang bantu berikan dana untuk pembayaran sewa. Alhamdulillah.
 
Sebenarnya masa ada di pusat agihan tadi, CA ada dengan perbualan volunteer dengan salah seorang ibu tunggal yang menguruskan community di situ.
 
–  Katanya, refugee dari Somalia antara  yang ada di Malaysia yang paling susah nak dapat kerja
–  Atas banyak faktor. Mereka hanya buat bisnes kecil-kecilan
–  Contohnya, menjual kraftangan, menjahit dan sebagainya
 
Untuk kerja di luar. Memang susah.
 
 
Lagi atas faktor perbezaan bahasa. Ada di antara mereka yang masih belum faham bahasa Malaysia atau English. Tapi, mereka ada cikgu bahasa Inggeris. Untuk memudahkan translation dengan Orang Malaysia yang nak berikan sumbangan.
 
Memang banyak ujian dan halangan. 
 
 
Tapi percayalah.
 
–  “Allah takkan menguji di luar kemampuan hambaNya.”Semoga mereka kuat dan teruskan berjuang! Inshaa Allah..
 
Tak dinafikan. Kita semua ada mentaliti yang sama. Kita takut dan risau dengan foreigner. Tapi, apa yang kita boleh buat selain bersangka baik. Moga Allah bantu kita semua 🙂
Atirah bersama dengan salah seorang ibu tunggal. Dia menguruskan pusat refugee Somalia di Malaysia yang fasih berbahasa Inggeris.
 
Perjalanan CA dari Damansara ke Seri kembangan dari seawal jam 8 pagi. Kononnya nak elak jammed. Rupanya, program dijangka bermula jam 11. Hehe.. Alhamdulillah nasib baik team belum gerak lagi. Maka, kami berempat sajalah kuntuman bunga yang sertai misi kalini.
Terimakasih atas peluang ini, Ya Allah.. I’ll try my best inshaa Allah.
Buktinya.. Semalam dah postponed 1 class online. Sekali van My Care menghala ke office. So, apa lagi on balik lah class online yang dah postpone awal tadi. Syukur Allah mudahkan jalan tadi.
Paling best, tak sempat sampai Sungai Buloh.. Jammed mak aii. Kita berhenti kejap tepi MRT TTDI, terus buat online class. Lepastu sambung live di IG for 1 hour. Lepastu shoot pergi Bukit Jelutong ada class offline. Wow! Hebat betul perubahan yang CA lakukan, haha!
Moga perubahan ini membawa kebaikan pada kita semua. Inshaa Allah. Ameen.
 
Road to next location. Misi Sukarela 2020 Mood is On!! Banyak wishlist CA akan cuba untuk fulfill kan. Moga Allah redha dan mudahkan jalan. Inshaa Allah. Ameen..
 
Be Consistent Until Success. That’s the Attitudes of Winner.
Misi Sukarela Agihan Makanan Somalia Refugee Community
 
Assalamualaikum!
 
Baca artikel :

2 Responses

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Apa Kata Adik Husna?
Apa Kata Adik Aminah?
Apakah The Baesic Kit?
YOUR INTEREST
ARCHIVES