Journey menjadi Speaker adalah tak mudah. Tapi, ia juga tak mustahil kan bunyinya. Apa khabar mindset kalian harini?

“Aku tutor nak mengajar je.”
“Ish, boleh ke?”
“Nak cakap pasal apa ni?”
“Macamana kalau takda idea eh?”
“Adeh, nervous lah.”

Itu apa yang dilalui semua speaker pada awal-awal proses. Saya juga merasainya. Tiada keyakinan, risau, takut, tak mampu menghadapi high expectation orang dan sebagainya.

Rasanya itu normal kan? πŸ˜€

Alhamdulillah. Kepercayaan yang datang dari team dan keyakinan entah dari mana datangnya. Berlangsunglah 3 kali Seminar Online oleh team Funtastic dalam masa kurang setahun. Berbekalkan ilmu sebagai speaker online sebelum-sebelum ni, kita cuba anjurkan Seminar Online (Revision Akhir) untuk pelajar SPM batch 2020 dengan kerjasama CMN Academy Petaling Jaya pada 6 dan 7 Mac 2021.

Alhamdulillah. Target 50 pelajar yang berdaftar. Yang berdaftar sehingga hari kejadian alhamdulillah 69 orang. Dan syukur pada Allah, kehadiran hari pertama adalah 46 pelajar. Manakala, pada hari kedua lebih kurang 41 pelajar. Dan rezeki pelajar batch 2020. Saya buat extra session 1 jam yang disertai lebih kurang 25 pelajar.

EXTRA SESSION

Saya rasa lega dan bahagia apabila soalan yang kami diskusikan semasa Extra Session, memang keluar semasa SPM2020. Ini bukan soalan spot mahupun ramalan ya πŸ˜‚ Saya tak meramal ramal soalan ni. Ini semua adalah gerak hati yang Allah tuntunkan untuk berkongsi lebih sikit pada hari terakhir sebelum pelajar berjuang esoknya. Alhamdulillah.

Sebelum seminar selesai, rasa sebak bila bagi ucapan akhir sebelum selesai Seminar Finale Prinsip Akaun Cikgu Akin. Maaf anak-anak, Cikgu Akin tersebak dan termenangis 😭

Ini pula adalah sedutan semasa Program Seminar Finale Prinsip Akaun pada 7 Mac 2021 yang berlangsung selama 3 jam bermula jam 3 hingga 6 petang. Alhamdulillah, pelajar dari luar yang join dekat 50% juga. Dan lagi best apabila pelajar-pelajar dari luar juga kongsi yang mereka dapat sesuatu semasa perkongsian. Orang cakap bila kita berkongsi ni kan. Kita niatkan saja untuk kebaikan orang dan cuma letakkan harapan pada Dia sahaja.

Alhamdulillah, Seminar PERCUMA je tapi penyertaan dan kehadiran amat menggalakkan.

Sebak pula. Terima kasih atas sokongan padu kalian. Yang tak pernah join Seminar, tiba-tiba inform nak join. Alhamdulillah.

Nak tahu tak sebenarnya kenapa saya bersedia untuk buat Seminar Finale Prinsip Akaun ni walaupun last minute? Walhal asalnya nak buat untuk student yang saya ajar saja.

Ini kerana jadual saya yang sangat padat di hari-hari akhir sebelum Prinsip Akaun paper pada 8 Mac. So, saya rasa bersalah dan agak terkilan bila buat kelas si A, tapi kelas si B tak dapat buat sebab tak ada masa free. So, finally I decided untuk terus buat seminar, terus share tips, terus share apa patut share dan sebagainya. Berbekalkan ilmu sebagai Speaker Funtastic Prinsip Akaun di CMN Academy, kita cuba aplikasikan ke dalam Seminar Finale ini.

Dah alang-alang buat untuk student sendiri dekat 35 orang, why not cuba buka untuk stduent luar juga kan. Gitu 😍 Alhamdulillah. engagement semasa seminar is best kerana peserta ada yang reply through microphone dan komen di chat juga sangat aktif.

OFF CAMERA ISSUES?

Ni common issues. So, not a big issues for me. End up, mereka dapat tak apa kita cuba sampaikan? Kalau dapat alhamdulillah. So, overall.. Thanks to team CMN Academy yang sudi membantu saya dalam kelancaran pendaftaran pelajar seminar.

Ini merupakan seminar online pertama bersama CMN Academy Petaling Jaya. Alhamdulillah πŸ˜ƒ Bulan ni team kami akan adakan Vaksin Yakin Berkomunikasi bagi tutor yang berminat untuk upgrade ke next level. Untuk menjadi trainer, speaker dan fasilitator.

Yang berminat, JOM UPGRADE LEVEL TUTORING kita ke next level, sama-sama nak? πŸ˜‰

Jemput tonton video di atas ya dan jemput kongsikan jika bermanfaat πŸ˜‰

#CMNAcademyPetalingJaya
#CMNAcademy
#tipsbelajar
#PrinsipAkaunSPM

2 Responses

  1. […] 5 Persediaan Pelajar Sebelum Hadapi Peperiksaan | Biasa tak korang rasa stres sebelum hari peperiksaan?Mesti ada kan? Dan ianya memang selalu terjadi, betul? Bukan setakat perasaan takut saja tau, perasaan stres pun ada sebab tak prepare materials untuk peperiksaan lah, tak hafal lah dan lain-lain lagi. Okay, dalam article ni saya nak kongsikan 5 Persediaan Pelajar Sebelum Menghadapi Peperiksaan.Jom, explore..Baca artikel :Β Seminar Finale Prinsip Akaun SPM […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Apa Kata Adik Husna?
Apa Kata Adik Aminah?
Apakah The Baesic Kit?
YOUR INTEREST
ARCHIVES