Tak sangka Impian Pertama Tahun 2022 dah tercapai. Alhamdulillah! 2022 dimulakan dengan rezeki terima Award lepas dapat message “Congratulations on your achievement in V-AIS 2022.” Sangat terkejut sebab tak sangka! Tertanya-tanya “Bagaimana modul digital boleh menang award inovasi?

 

inovasi award prinsip akaun cikgu akin

 

BAGAIMANA CA HASILKAN MODUL DIGITAL?

Ni contoh modul digital yang CA hasilkan untuk pelajar Tingkatan 4. Boleh dapatkan Modul Digital di sini. Sesuai untuk pelajar yang nak ulangkaji ringkas sebelum masuk ke exam. Dan ia boleh didapatkan secara PERCUMA sahaja.

 

 

DI MANA SAYA BELAJAR TENTANG BUAT MODUL?

Saya merupakan Alumni #LBMFighters yang grad dalam menghasilkan modul buat kali ke 6. Alhamdulillah, LBM yang sedang berjalan hingga harini adalah LBM Batch ke 7.

 

Saya juga antara yang bersama dalam Legend Blueprint Mentorship (LBM) dari Batch 1 hingga 7. Boleh kata macam senior pula ya. Dah join banyak kali pun, kenapa saya join lagi?

 

Bagi saya, jangan pernah berhenti belajar.

 

–  Once you stop learning, you stop growing.

 

Alhamdulillah ini Moment Graduation LBM kami pada Batch ke 6. Belajar untuk upgrade diri dan jadi tutor yang lebih outstanding. Bukan di timeline orang, tapi di timeline diri sendiri.

 

 

BAGAIMANA DISCOVER ‘TALENT’ SEMASA BUAT MODUL?

Saya buat modul, niat asal nya adalah untuk cuba breakthrough hal-hal yang saya tak pernah buat, kenali personaliti diri dan sampailah belajar untuk kenali peribadi. Rupanya saya cenderung ke arah design dan visual yang cantik. Hingga gunakan hashtag #ProAkaunVisual dan buat content di social media menggunakan Content Akaun Visual juga.

 

Kita mungkin boleh buat banyak benda dan cuba banyak cara. Tapi, bila burn out. I choose for drawing eventhough rasa burn out and rasa taknak buat apa-apa.

 

–  Find yourself one.

 

CA share sikit moment sharing ketika LBM Batch 7 : Masterpiece Edition. Jemput tonton ya.

 

 

 

BAGAIMANA TERFIKIR NAK JOIN INOVASI?

Permulaan join Inovasi adalah pada Januari 2022. Yang mana ketika itu, baru grad dari LBM ke 6, CA submit modul gamifikasi. Boleh guna untuk pendidik. Dapatkan di Sini.

 

Coach Mohd Noor berkali-kali bagitahu, cuba saja. Dapat award atau tak dapat, itu belakang kira.

 

Lepas dah dapatkan Ebook Tips Inovasi Emas Cikgu Afandi, dan Cikgu Nora sahabat LBM Fighters juga support dan ajak join Inovasi juga. Alhamdulillah. Cubaan pertama. Banyak juga cabaran nak siapkan, tapi ini adalah pengalaman pertama.

 

CA submit Modul pertama yang sudah ditambah baik iaitu, Modul Syok-Count. Tak sangka, modul yang pertama juga kita cuba di cubaan pertama. Dan inshaa Allah sudah didaftar untuk Copyright. Moga dipermudahkan urusan inshaa Allah.

 

Modul SYok-Count cikgu Akin

 

 

PROSES SAYA LALU SEPANJANG JOIN INOVASI INI :

  1. Google Pertandingan Inovasi 2022 atau ada networking dengan sesiapa yang selalu join Inovasi dan biasa dengan pertandingan inovasi
  2. Buat bayaran penyertaan (Ada kategori pelajar dan akademik)
  3. Submit borang, Abstrak dan Video (Based on requirement)
  4. Tunggu majlis perasmian / pengumuman
  5. Update sistem samada dapat Award apa.

 

Alhamdulillah, Inshaa Allah CA lebih bersemangat nak hasilkan modul lain dan join Pertandingan Inovasi lagi di masa akan datang. Bukan untuk nama, tapi untuk membina legasi sebelum menutup mata. Juga untuk lebih dipercayai, lebih credible dan dapat disebarluaskan kepada lebih ramai pelajar dan pendidik yang memerlukan.

 

 

Bila kita buat benda kita tak pernah buat,
Kita akan dapat benda kita tak pernah dapat.

 

modul digital cikgu akin menang inovasi

 

Saya percaya perjalanan itu harus dijalani, bukan duduk dan menanti taqdir berubah ikut kehendak hati.

Dapat sesuatu?

 

Nak belajar lagi tentang Edublog, check out these posts guys :

No Response Yet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Apa Kata Adik Husna?
Apa Kata Adik Aminah?
Apakah The Baesic Kit?
YOUR INTEREST
ARCHIVES